Wednesday, December 30, 2009

Produk Membangun Bersama islam : Pemimpin PAS pun ingkari arahan mahkamah syariah


Kisah Bumi di serambi mekah nampaknya semakin menggelikan hati, dahulunya orang PAS lah beria-ia ingin di daulatkan hukum syariah islam, tetapi apabila bekas Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Rosli Alani mengabaikan arahan Mahkamah Syariah agar tidak tinggal bersama disebabkan keraguan perkahwinan beliau yang dipercayai diaturkan sindiket perkahwinan. Sudah tentu ia menimbulkan satu tanda yang pelik dan menghairankan.

Tok Guru dan penceramah PAS seringkali melaungkan mereka berkawan dengan PKR dan DAP sebab ingin berdakwah islam, tetapi isu yang terjadi di depan mata membuktikan pemimpin PAS sendiri belum cukup ilmu islam. Oleh itu bagaimana mereka ingin berdakwah kepada orang DAP dan pendokong islam liberal yang penuh di dalam PKR.

Silap percaturan mungkin PAS yang akan terkedu didakwah oleh golongan islam liberal didalam PKR bagaimana inginkan kuasa dengan mengorbankan prinsip yang dipegang, jika kita mengambil contoh kepada apa yang wujud pada politik dalaman PAS di Kelantan sekarang.
Tuan Ibrahim Tuan Man dalam temubual MStar mengatakan apa yang terjadi kepada Rosli Alani tidak akan menjejaskan PAS kerana ia adalah kes individu, sambil menasihatkan bekas pegawai Khas Husam Musa itu menurut perintah Mahkamah kerana ia melibatkan soal halal dan haram.

Naib Presiden PAS berkata demikian mungkin hanya ingin meredakan kekalutan yang dialami PAS sekarang, tetapi beliau terpaksa menerima hakikat bahawa isu tersebut akan sedikit sebanyak menyebabkan umum akan bertanya mengenai imej PAS sekarang yang sudah jauh berbeza dengan orang PAS dahulu, lebih-lebih lagi sejak berpoligami dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Isu di Kelantan dari satu kes beralih ke satu kes seolah tidak pernah berhenti malah hingga menyebabkan Tok Guru Nik Aziz pun terpalit sama dengan khilaf, apa yang berlaku ini seolah merupakan petunjuk dari Allah supaya PAS Kelantan janganlah takabur sangat dengan selalu memperlekehkan dan mengaibkan pihak lain.

Adalah seeloknya mereka mengenalpasti kenapa Allah menguji mereka dengan perkara seperti ini, sedangkan mereka berada didalam Parti islam dan sering melaungkan slogan membangun bersama islam dan bersama kepimpinan ulama.

Jika kita ingin melihat hasil atau produk sesebuah polisi, dalam tempoh 20 tahun mungkin masa yang sesuai, kalau anak teruna atau dara sudah boleh berkahwin. Dari situ adakah peristiwa yang berlaku di Kelantan hari ini hasil produk slogan PAS sebelum ini?

Dengan kekalutan sosial, sehingga pelbagai isu kekotoran di bandar Kota Bahru adakah ia cerminan Kota Bharu bandaraya islam, ia belum dikira dengan pelbagai kecacatan yang disembunyikan dibawah karpet yang wujud sepanjang Kelantan ditadbir oleh PAS. Semoga pimpinan PAS Kelantan dapat menganalisa kelemahan diri dan jangan hanya menuding jari kepada pihak lawan.

No comments: