Tuesday, December 29, 2009

Pergolakan PAS Kelantan: Husam, Anwar dan kuasa


Kecohnya politik Kelantan kini dilihat seakan belum reda sepenuhnya apabila pergolakan antara Husam Musa dan keluarga Tok Guru Nik Aziz nampaknya belum nampak ia akan berakhir sepenuhnya, seakan sama dengan musim tengkujuh di Kelantan yang difahamkan belum berakhir dan laut masih bergelora.

Kini dilaporkan Husam cuba memburukan personaliti anak kepada Nik Aziz iaitu ustaz Nik Abduh, Nik Amalina dan juga menantu Arifahmi Abdul Rahman sebagai punca pergolakan politik di Kelantan sekarang.

Sementara Ustaz Nik Abduh dan Nik Amalina masih meletakkan kesalahan kepada Husam Musa atas apa yang berlaku pada kekalutan dalaman Kerajaan Negeri Kelantan.

Tindakan Husam membawa masuk Syed Azidi sebagai orang penting dalam pentadbiran kerajaan negeri di anggap kedua anak Tok Guru itu sebagai satu kesilapan besar yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan yang berimej Islam.

Hari ini dikhabarkan Husam tidak hadir dalam mesyuarat exco negeri dan dikhabarkan beliau sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri, setelah merasakan dirinya tidak berguna lagi kepada PAS Kelantan.

Husam kini dilaporkan mula mengintai kerusi Parlimen yang sesuai untuk ditandingi pada pilihanraya akan datang, dan antara kerusi yang di intai oleh adun Salor tersebut adalah kerusi Parlimen Kubang Kerian dan secara kebetulan Salor terletak dalam parlimen tersebut.

Parlimen Kubang kerian menjadi pilihan kerana dia sedar adalah sukar untuk dirinya diterima oleh PAS kawasan lain kerana permusuhan dalaman PAS Kelantan.

Lantaran itu Kubang Kerian merupakan parlimen paling tepat dan sesuai untuk ditandingi lebih-lebih lagi penyandang sekarang adalah bukan anak jati Kelantan, iaitu Naib Presiden PAS Sallahudin Ayub.

Untuk membolehkan dia bertanding di kerusi tersebut, Husam terpaksa memikirkan cara untuk menghalau Salahudin Ayub dari bertanding di kerusi tersebut pada pilihanraya akan datang.

Dari situ difahamkan isu calon luar yang tercetus sebelum ini di kelantan sehingga Ketua Dewan ulama PAS Kelantan pun bersetuju dan Nik Aziz pun sanggup memikirnya sebenarnya adalah ciptaan Husam Musa dan kumpulannya supaya matlamat dirinya untuk bertanding di kerusi Kubang Kerian tercapai nanti.

Husam juga dikatakan tidak begitu selesa dengan prestasi Sallehudin Ayub yang kini berada dalam keadaan terbaik untuk menjadi pemimpin masa hadapan PAS. Kerana Husam mengagak sekiranya Sallahudin tidak disekat peluangnya untuk menjadi pemimpin PAS pada masa akan datang tergugat dengan kredibiliti dan prestasi yang ditunjukkan Sallahudin.

Husam lansung tidak gentar dengan Mahfuz omar, kalau ada pun sedikit kerisauan beliau ialah kepada Tuan Ibrahim Tuan Man iatu anak saudara Menteri besar sekarang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sesungguhnya Husam seperti mana Khalid Samad sememangnya sudah mengetahui Anwar Ibrahim memang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti liwat dan akan terhumban ke dalam penjara apabila keputusan kes liwat dengan Saiful Bahari mula dibicarakan di Mahkamah nanti.

Oleh itu, Husam dikhabarkan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi pemimpin PAS supaya dia dapat menggantikan Anwar sekirannya Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia pada pilihanraya nanti.

Dari yang demikian Husam akan mencuba habis-habisan untuk meletakkan dirinya pada kedudukan yang terbaik dalam gabungan Pakatan Rakyat walaupun terpaksa mengenepikan Haji Hadi Awang.

Walaupun Nik Aziz semalam cuba menutup isu pergolakkan PAS Kelantan dengan mengumumkan pindaan yang membolehkan orang bukan Melayu beragama islam menjadi Menteri Besar di Kelantan. Sesungguhnya kekalutan di Kelantan langsung tidak akan berhenti dengan semudah memadamkan api yang marak dalam kebakaran.

Arifahmi sehingga harii ini masih dilihat negatif pada rakyat Kelantan, malah Husam dan penyokongnya sehingga sekarang menggerakan jentera memperlekehkan menantu Tok guru tersebut. Kegagalan dan permasalahan projek Bazar Tok Guru dan projek sekolah agama berhampiran rumah Tok Guru di Pulau Melaka juga menjadi tanda tanya masyarakat.

Dengan kes Wan Ismail Jusoh Adun Melor dengan isteri keduanya masih lagi belum selesai dan kewujudan kes baru yang mengemparkan melibatkan bekas pegawai Khas Husam iaitu Dr. Rosli Alani yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan melibatkan perkahwinan sendiket, menjadikan PAS Kelantan kini kian tidak keruan.

Dahulunya isu-isu kroni, dan masalah sebegini begitu sukar didapati dari ahli PAS. Namun semenjak ahli PAS mengenali dan berkawan dengan Anwar Ibrahim kes kes sebegini kian hari kian banyak diperkatakan.

Laman Screw kuat ada mendedahkan sedikit mengenai satu skandal melibatkan seorang pemimpin kanan PAS di peringkat Pusat, dan difahamkan anggota dalaman yang mendedahkan skandal tersebut kepada pihak lawan. Sekiranya benar wujud skandal seperti yang didakwa tersebut, sudah tentu ia merupakan pukulan paling teruk dialami oleh Parti Islam tersebut sepanjang tahaluf siasi PAS dengan PKR dan DAP.

No comments: