Monday, December 7, 2009

Lain di doa Tok Guru, Lain yang pecahh


Gambar dari wenkt

“kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada penyokong PAS di Medan ilmu Kota Bharu dan telah ia disahut dengan sorakan para penyokongnya, Sewaktu program himpunan bagi menyokong kepimpinan Tok Guru diadakan pada pagi Jumaat lalu, selang dua hari berikutnya iaitu semalam secara tiba-tiba bangunan pusat membeli belah terbesar di Kota Bharu iaitu KB Mall pecah dilanggar kereta hingga menyebabkan 2 mangsa terkorban di dalam bangunan pusat membeli belah tersebut.

Menurut siasatan awal pihak berkuasa punca kejadian adalah disebabkan batuan konkrit yang dibina di bahagian parking di tingkat 3 bangunan terbabit tidak kukuh dan tidak mengandungi kerangsa besi dan keluli bagi menguatkan tembok tersebut.

KB Mall merupakan pusat membeli belah yang dibina oleh PKINK dengan kerjasama sektor swasta di Kota Bharu dengan menempatkan 1 Hypermarket , pusat bowling dan kedai jualan. Selain kompleks membeli belah tersebut mengikut perancangan asal akan juga dibina sebuah hotel disebelah kompleks tersebut, namun sehingga kini ia masih belum mampu berjalan di sebabkan beberapa isu hingga dibawa ke mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasar raya.
“Kita akan panggil jabatan berkaitan seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak pengurusan pasaraya KB Mall pada mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya selain akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan pasar raya di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini hari ini.


Datuk Nik Aziz pula ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.
"Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri," katanya yang melawat kawasan kejadian kira-kira setengah jam.

8 comments:

Anonymous said...

hehehehehe

Anonymous said...

itu baru amaran TG
musahabah dirilah sebelum ada yang lebih pelik berlaku di kelantan lagi. semua itu kuasa tuhan ingin tunjukkan kepada hamba takbur dan ego. Apalah TG nak hairan kan, perbanyakkan lagilah doa-doa bala dan pecah perut terhadap umat islam. Mungkin selepas ini banyak lagi perkara yang pelik pelik berlaku di kelantan. Ahli-ahli Pas yang bersubahat dengan TG terima sajalah bala yang berlaku nanti. mungkin akan terkena pada keluarga anda semua. Jangan terlalu taksub sangat kepada TG hingga melupakan jujungan kita rasulullah S.A.W. Rasulullah sangat kan umatnya berkali-kali ia menyebut umati, umati, umati. TG mendoakan kehancuran umat Rasulullah kerana hal politik. Takziah kepada keluarga yang kehilangan anak dalam kejadian di KB mall. Bersabar sajalah

Anonymous said...

takziah kepada keluarga mangsa...

kes ni kena siasat, sapa kontraktor yg PKINK lulus... kena cari kot2 ada YB-YB yang ada share...saya pelulus bangunan tu.

siasat.. edisi 2009.

mesti ada unsur rasuahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

shonzu said...

Oooo.... macam itu rupanya nak jawab kalau kena batang hidung sendiri ye. Terima kasih Tuan Garu Mudalilul amPAS atas 'komen' yang diberi. Kita dengar apa pencacai hamPAS akan cakap bila ada keruntuhan bangunan di negeri lain pula selepas ini.....

PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all

Ampatuan Jr said...

Ada sapa2 yg tau tak nak buat camna kalu perut kita pecah? Ada ubat atau pill yg boleh guna ka? Orang belah KB nampak macam sure jer perut Najib akan pecah tak lama lagi...eee,takot nyer!!

pencinta kebenaran said...

"Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri," katanya yang melawat kawasan kejadian kira-kira setengah jam.

tgk tu time tempat dia..ulasan baik punya...cuba korng tgk kes kat perak -jambatan gantung..yg budak2 nakal loncat2 sampai runtuh..x mo pulak tok guru klua kan ayat cenggitu..klau kat perak tu bapak dia nak saman berjuta pd kerajaan lepas ni family mangsa yg meninggal pon bleh buat perkara yg sama pd tok guru n co.

Anonymous said...

Saman Tok Dungu dan balaci2 yang bagi lulus serta kontraktornya sekali..... tu pasai Tok Dungu beriya-iya nak duit minyak... nak bayar saman orang rupenya...

Anonymous said...

takde sape nak report sprm ke.? tu kalau org lain atau negeri lain dah tentu sibuk repot sprm...