Thursday, December 17, 2009

Konvesyen Pakatan Rakyat alami masalah, Anwar bertukar "sesumpah" selamatkan keadaan?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipetik BERNAMA telah menafikan wujud silap faham antara parti pakatan pembangkang berhubung isu pemilihan anggota majlis tempatan.

Sambil menafikan dakwaan bahawa PAS dan DAP tidak bersetuju dengan isu berkenaan, beliau berkata mesyuarat selama tiga jam semalam membincangkan butiran mengenai konvensyen parti pakatan yang akan diadakan di Shah Alam pada hujung minggu ini.

"Tidak betul (untuk menyatakan wujud silap faham antara parti pakatan). Saya tidak tahu bagaimana timbul dakwaan wujud jurang perbezaan pendapat yang besar antara kami.

"Contohnya pada hari ini, kami fokus kepada mukadimah dan isu pemilihan majlis tempatan merupakan perkara uang dibincangkan pada mesyuarat lepas," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal parti pakatan.

"Tetapi anda tahu kedudukan setiap parti, seperti Islam pastinya PAS mempunyai lebih kekuatan manakala pendidikan Cina, DAP pula memiliki kelebihan.

"Jadi, kami akan mencari satu formula supaya ia menjadi satu polisi yang jelas," katanya.

Sebelum ini PAS juga digambarkan telah bersetuju dengan setiap polisi termasuk agama seperti yang dinyatakan kepada media oleh Sallehudin Ayub selepas perbincangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat diadakan, hingga dikatakan akan ada suatu perjanjian keramat baru bagi menganti perjanjian kontrak sosial yang di lakukan oleh pimpinan kerajaan sebelum ini.

Namun menurut beberapa maklumat dalaman mengatakan kata sepakat antara DAP dan PAS tidak seperti digambarkan kerana dikatakan wujud percanggahan besar dalam perbincangan isu tersebut. DAP dikatakan tidak selesa dengan pendirian PAS yang ingin membawa islam sebagai agenda utama.

Manakala PAS dikatakan tidak selesa dengan tindakan DAP yang cuba mengenepikan perlembagaan sedia ada termasuk kedudukkan institusi islam.

Sejauh mana Anwar berjaya meleraikan pertikaian antara kedua parti tersebut kini menjadi perhatian umum kedua parti tersebut. Kerana dikatakan PAS mula mempertikaikan tindakan Anwar yang terlalu memberi ruang kepada DAP hingga sokongan pengundi Melayu di Malaysia mula beralih kembali kepada UMNO dan BN dalam tempoh kebelakangan ini.

Adakah anwar sekali lagi akan bertindak seperti "Sesumpah"seperti yang tertera di satu video ceramahnya di BTN, kita akan dapat mengetahui selepas berlansungnya konvesyen pakatan rakyat hujung minggu ini.

3 comments:

hanizam said...

lantak ko le nuar oiiii...ko yang mulakan macam-macam drama...ko selesaikanlah sendiri....

jadilah sesumpah sampai bila-bila...

kalau NIAT TAK BETUL sebab nak jadi PM sekadar untuk balas demdam, tu sebabnya Allah tak makbulkan permintaan hambanya...maner taknya, dapat perintah negeri pun jadi huru-hara...

tuhan tu maha adil lagi bijaksana...kalau teraniaya tu, pasti doanya dimakbulkan...tapi bab kes nuar ni, hanya tuhan je yang lebih mengetahui...

kalau berani lawan je kat mahkamah...tak perlu takut...tak perlu kencingkan penyokong...

moga ALLAH berikan jalan untuk tunjukkan kebenaran kepada rakyat malaysia....

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Setuju dengan pandangan Sdr.

Tom Yam said...

biasala kan...