Saturday, December 5, 2009

Anwar Atarturk : Siapa bersandiwara krisis PAS Kelantan?


“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan.TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya. Apakah sandiwara begini hendak PAS jaja buat mereka yang mengundi PAS. PRU 12 mungkin PRU terakhir buat TGNA tetapi yang pasti bukan terakhir buat PAS. Saya bertahan tidak mahu insiden ini menjadi persepsi pada PAS dan Islam.

Tetapi semuanya berakhir disini. Ternyata insan-insan kecil dan kakitangan PMBK tiada bererti buat TGNA berbanding anak beranaknya. Mengapa lagi perlu ada rasa hormat dari insan kecil buat TGNA, parti dan individu yang membelanya?” Kata Syed Azidi didalam blognya, bagi mengulas isu yang membabitkan dirinya dengan menantu Tok Guru Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Dalam saat ini boleh dikatakan Syed Azidi begitu kecewa layanan yang diterimanya susulan pendedahan demi pendedahan melibatkan Ariffahmi dan keluarga Tok Guru Nik Aziz. Sekiranya dahulu ia dipuja oleh sebilangan besar penyokong PAS kerana kelantangannya membela Tok Guru Nik Aziz berkaitan isu kerajaan perpaduan dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang. Kini beliau sedar majoriti penyokong PAS Kelantan telah mengalihkan sokongan kepada keluarga Menteri Besar Kelantan, malah dia dianggap sebagai beban pula kepada PAS Kelantan.

Pertelingkahannya dengan Ariffami telah menyebabkan ia menjadi isu pergaduhan keluarga apabila ustaz Nik Abduh dan Nik Amalina mengeluarkan kenyataan membela Ariffahmi dan menyalahkan Syed Azidi dan Husam Musa sebagai punca kekalutan.

Di Kelantan hari ini, pelbagai pihak telah mula mempertikaikan tindakan Husam Musa membawa masuk Syed Azidi ke dalam PAS Kelantan yang berstatus ahli VIP. Husam yang panas dengan situasi pergelutan antara menantu Tok Guru dan blloger upahannya seolah tersepit antara isu tersebut.

Bagi mencari jalan selamat Husam dikhabarkan mula berbaik dengan Takiyudin Hassan, exco kerajaan tempatan yang sebelum ini difahamkan mempunyai hubungan yang kurang baik dengannya. Malah seakan ingin menunjukkan kehebatannya apabila beliau mengugut ingin meletak jawatan Exco Kerajaan Negeri pada mesyuarat yang diadakan sebelum hari raya Aidiladha lalu.

PAS Kelantan kini seakan sudah boleh menilai apa yang dilakukan oleh Husam ini adalah salah, namun begitu adakah ia bermakna mereka juga sudah memahami bahawa Husam Musa yang seharusnya bertanggungjawab apabila muncul krisis dalaman PAS melibatkan ustaz Nasharudin dan Tok Guru Nik Aziz.

Pada masa itu hampir seluruh negeri Kelantan, poster dan banner dinaikkan dengan menggesa Ustaz Nasharudin meletak jawatan dan masuk ke dalam UMNO kerana mendakwa Timbalan Presiden PAS tersebut inginkan kerajaan perpaduan. Isu tersebut telah menyebabkan perasaan dan hati keluarga Ustaz Nasharudin terguris malu.

Husam Musa yang dilihat penentang utama kerajaan perpaduan kerana wala kepada Anwar Ibrahim, dilihat begitu berdendam dengan ustaz Nasharudin kerana beliau telah ditewaskan dalam pertandingan 3 penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS di Shah Alam yang lalu.

Jadi disini timbul persoalan adakah apa sahaja musibah yang berlaku kepada Husam Musa dan krisis PAS di Kelantan ini adalah hasil doa petunjuk kebenaran yang dipohon oleh Ustaz Nasharudin sebelum ini.

Walaupun isu antara syed Azidi dan bos kepada PMBK .GLC negeri Kelantan kian reda, namun adalah diyakini bahawa isu tersebut akan menyebabkan jurang antara PAS negeri Kelantan akan semakin melebar. Kumpulan Husam Musa diyakini tidak akan membiarkan maruah dirinya jatuh tersemban di kubu sendiri gara-gara dimalukan oleh Arifahmi dan keluarga.


1 comment:

DR 1221 said...

salam
nampaknya kickdefella semakin berani menghentam nik ajis apatah lg peluangnya utk masuk kembali ke pmbk semakin tipis