Monday, December 14, 2009

Anwar Atarturk : Melayu Singapura mula tolak PAP, Melayu Malaysia menyokong ?


Sokongan orang Melayu kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura adalah kritikal, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, sewaktu Konvesyen Parti PAP di Singapura baru –baru ini.

Laporan yang dipetik dari akhbar dari seberang tambak itu juga juga menyatakan aras sokongan kaum Melayu kepada Pemerintahan PAP adalah paling kritikal semenjak Negara tersebut berpisah dengan Malaysia pada tahun 1963.

“Anggota Melayu perlu bekerja keras untuk berkhidmat kepada semua rakyat dan membolehkan semua masyarakat maju seiring dengan negara,' gesa Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP kepada kelompok pewakilan Melayu didalam parti tersebut.

Anehnya Melayu di Malaysia pula seakan lansung tidak mengambil iktibar mengapa orang Melayu di Singapura hari ini tidak lagi menyokong seratus peratus parti pemerintah.

Sebelum ini juga dilaporkan orang Melayu di Singapura sebenarnya tiada pilihan untuk memberi sokongan kepada mana-mana pihak lantaran terhadnya demokrasi di negara pulau tersebut, hingga menyebabkan terpaksa memberi undi kepada PAP.

Namun dikhabarkan situasi semasa yang tidak memberi impak yang positif kepada orang Melayu menyebabkan kaum minoriti di negara pulau tersebut semakin tawar hati untuk menyokong parti yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew .

Di Malaysia khususnya di Selangor sebaliknya berlaku apabila di dalam PAS apabila ada wakil rakyat DAP mempertikaikan hak orang islam dan Melayu ada kalangan pimpinan PAS yang Pro Anwar telah mengambil tindakan membela wakil rakyat DAP, sebagaimana tindakan Nga Kor Meng mempertikaikan bilangan masjid di Malaysia dibela oleh Khalid Samad dan Dr. Mariah.

Selain itu gara-gara Hassan Ali tidak ingin tunduk kepada desakan DAP dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor telah menyebabkan pemimpin tersebut tidak popular dikalangan penyokong Pakatan Rakyat samada daripada PAS ataupun PKR.

Akhirnya Hassan Ali terpaksa membuat sesi penjelasan kepada anggota parti apa sebenarnya konflik yang wujud di negeri Selangor. Antara hujah yang dinyatakan oleh Hassan Ali dihadapan penyokong PAS di dalam satu majis di Puchong ialah mempertahankan tindakkannya menyingkirkan Saari Sungib dan Khalid Samad dari Dewan Harian PAS Selangor.

1. Hassan Ali menganggap kedua pemimpin tersebut adalah terlalu liberal
2. Saari Sungib dan Khalid Samad bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka hanya orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor sahaja yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Khalid dan Saari Sungib dilaporkan bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantuan tersebut.Walaupun mengetahui sekolah agama lebih banyak berbanding sekolah cina dan Tamil.
4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Dalam isu ini Khalid Samad dan Saari Sungib dilaporkan bersetuju.
5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang akan dibina di sesuatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (Khalid dan Saari juga bersetuju).
6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Khalid dan Saari tidak bersetuju kerana menggunakan hujah ia merupakan enakmen yang digubal kerajaan UMNO. Hassan berhujah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangkan enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.

Walaupun Hassan mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku, namun diberitakan tindakan Hasan Ali telah menyebabkan ia tidak menjadi popular dikalangan orang Melayu yang Pro Pembangkang.

Adalah ini dengan nyata timbul persoalan apakah naluri sebenar Melayu yang menyokong Anwar dan DAP? kerana tindakan mereka menunjukkan sebenarnya mereka bukanlah ingin mendaulatkan Islam di Malaysia tetapi lebih inginkan kuasa dan melaksanakan agenda peribadi.

Mereka mengetahui DAP sesekali tidak akan membiarkan Islam akan dilaksanakan di Malaysia, malah mereka seringkali mempertikaikan institusi Melayu dan Islam. Pemimpin PAS demi menjaga hati sekutu politik sanggup memejamkan mata apa sahaja hinaan yang dilakukan oleh DAP.

Mungkin mereka belum mengalami pengalaman kehidupan yang dialami oleh Melayu Singapura menyebabkan mereka merasakan apa yang ada hari ini lebih teruk dari impian melangit yang belum pasti dapat menguntungkan umat islam.

1 comment:

Anonymous said...

aku dah 9 thn kerja& tggl kat sgpore,sungguh sedih melihat nasib melayu dan islam di sini bila org cina yg memerintah padahal ikut sejarah sgpore tu asalnya org melayu punya.kepada melayu di mlysia ingatlah jgn smpai jd mcm kat sini.