Friday, December 25, 2009

Antara skandal Anwar, Tiger Wood dan Bill Clinton : Wujudkah perbezaan?

Agensi berita AFP melaporkan bahwa kecurangan Tiger Woods bukan satu rahsia kepada pemain-pemain golf lain, kata bintang LPGA, Helen Alfredsson semalam, ketika majalah Golf Digest mengumumkan yang ia akan menghentikan kolum tulisan pemenang kejohanan utama sebanyak 14 kali itu.

Alfredsson adalah pemain golf profesional pertama menyatakan ada mendengar cerita mengenai kerenah Woods yang ‘bermain kayu tiga’ terhadap isterinya, Elin Nordegren, lapor akhbar New York Daily News yang memetik wawancaranya di rangkaian televisyen Sweden, TV4.

“Saya terdengar mengenainya semasa kejohanan Terbuka British,” kata Alfredsson.

Tambahnya, Woods kelihatan ‘dingin dan aneh’ di sebalik imej bersih yang dipaparkannya sehinggalah skandal seks jutawan golf itu terdedah empat minggu lalu.

“Di dalam air yang paling tenang, di situlah terdapat ikan yang paling hodoh,” ujarnya.

Woods yang bakal berusia 34 tahun seminggu dari sekarang, menangguhkan karier golfnya untuk menangani masalah peribadi selepas ribut media mendedahkan hubungan sulitnya dengan 14 orang wanita setakat ini.

“Sekiranya dia membayar untuk teman sosial, saya memahaminya. Tiada sesiapa perlu tahu.

“Tetapi dia melakukan kesemuanya dengan teman wanita dan pelbagai lagi,” tegas pemain golf wanita ini.

Alfredsson, 44, juga tertanya-tanya mengapa Woods berkahwin sedangkan dia dilaporkan menggunakan kehamilan Nordegren sebagai alasan tidak dapat berasmara selama setahun sebelum anak pertamanya dilahirkan.

“Apabila dia memberitahu wanita lain tidak dapat berjumpa kerana urusan keluarga, semasa Nordegren melahirkan anak, adakah itu tidak dingin?,” tambah Alfredsson.

Golf Digest yang memaparkan Woods dan Presiden AS, Barack Obama di muka depan majalah itu sebelum skandal seks pemain golf tersebut menjadi kontroversi, menyatakan yang Woods tidak akan menulis sehinggalah dia menyambung kembali karier golfnya.

Kisah Tiger Wood ini seakan sama dengan kisah tokoh selebriti Amerika lain seperti Bill Clinton yang terpaksa menanggung malu dan kehilangan sokongan gara-gara skandal dengan Monica Lewinsky sewaktu memegang tampuk Presiden Amerika Syarikat.

Sebenarnya kisah orang politik atau selebriti terlibat dengan skandal terlampau bukanlah perkara aneh untuk dibincangkan, malah boleh menghinggap sesiapa sahaja tidak kira jawatan dan status.

Di Malaysia skandal yang melibatkan ahli politik juga wujud dari ahli politik biasa hinggalah kepada empunya badan yang berstatus Timbalan Perdana Menteri, jawatan kedua tertinggi dalam hirarki pemerintahan di Malaysia.

Namun yang peliknya skandal seks liwat tabie yang melibatkan Anwar Ibrahim seolah cuba dinafikan oleh pelaku dan penyokongnya demi takut hilangnya sebuah populariti.

Kalau kita bandingkan antara Tiger Wood, Bill Clinton ataupun Anwar Ibrahim status dan imej yang ada pada mereka sebelum skandal terbongkar seakan sama, kerana mereka dilihat manusia yang cukup hebat, mempunyai personaliti yang sempurna dan menjadi kegilaaan pelbagai lapisan masyarakat.

Namun apabila terbongkarnya pelbagai skandal, Tiger Wood dan Bill Clinton nampak gayanya lebih jantan berbanding Anwar kerana mengakui kesalahan, berbanding Anwar yang sehingga kini masih berdolak dalih mengenai kesemua skandal yang menyelimuti dirinya.

Samada penafian Anwar itu hanyalah disebabkan faktor politik hanya dirinya sahaja yang mengetahui, sesunguhnya dunia akan sentiasa memerhatikan reaksi dan lakonan Anwar selepas ini dan mungkin namanya akan tersenarai sebaris dengan apa yang dialami oleh Tiger Wood dan Bill Clinton hanya masa akan menentukan.

No comments: