Saturday, November 7, 2009

Aziz Bari agen umno ke agen Anwar Atarturk?

Pergolakkan dalaman PAS hari ini semakin panas, ekoran tindakan Dr. Aziz Bari menyamakan Presiden PAS dengan legasi kepimpinan UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi didalam portal Malaysiakini, menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dikakalangan pimpinan PAS terhadap tokoh akademik itu.

Kini sebagai membalas balik kritikan Aziz Bari, Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi membalas hujah dengan mengatakan Aziz Bari adalah agen UMNO untuk memusnahkan PAS. Kata Tantawi seperti dinyatakan didalam blognya :

"Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO"

Hujah Ketua Pemuda PAS ini sebenarnya adalah dangkal kerana secara meluru mengaitkan UMNO dengan Aziz Bari, sedangkan umum mengetahui bagaimana kritikalnya pensyarah undang-undang tersebut kepada UMNO. Malah seringkali Aziz Bari menyokong Nizar Jamaludin dalam krisis perlembagaan dan Menteri Besar di negeri Perak. Dan menyambut baik polisi dan cadangan yang dilontarkan Anwar Ibrahim didalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya kini Tantawi cuba bermain jalan selamat, takut dihemtam penyokong Anwar didalam parti beliau mengaitkan dengan mengkambinghitamkan UMNO, walhal dia sendiri mengetahui siapa disebalik ucapan Aziz Bari. Buktinya dengan kata-kata ini:

"apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya "

Timbul persoalan siapa puak-puak seperti yang dinyatakan oleh Nasarudin Tantawi ini? Adakah Najib ataupun Anwar Ibrahim, kalaulah Najib puak yang dinyatakan Aziz Bari ini sudah tentu hebat benar pimpinan Najib ini kerana mampu menerobos masuk kedalam parti PAS. Namun realitinya amat sukar UMNO untuk masuk ke dalam jemaah PAS, seperti diketahui PAS amat sensitif dengan bau UMNO dan secara logik tidak mungkin dengan begitu mudah aura Najib atau UMNO akan dapat masuk kedalam Jemaah PAS.

Namun kalau Puak-Puak itu adalah jemaah yang wala kepada Anwar Ibrahim adalah tidak mustahil, kerana UIA tempat beradanya Dr. Aziz Bari memang diketahui adalah kubu kuat Anwar Ibrahim. Disamping itu, geng Jemaah IRC/JIM didalam PAS adalah kumpulan yang jelas setia kepada Anwar, melalui Husam, Khalid Samad, Dzulkifli Ahmad, Dr. Hatta dan geng Erdorgannya, kumpulan ini seringkali cuba mengambil alih kepimpinan PAS dari kumpulan yang Pro Ulama.

Sebenarnya Ketua Pemuda PAS ini mengetahui tentang perkara ini, namun takut dilabel anti Anwar dan tidak popular dikalangan penyokong pakatan rakyat, dirinya sanggup bermain silap mata dengan menghalakan punca permasalahan kepada UMNO.


No comments: