Friday, November 13, 2009

Nik Aziz batal bertolak ke Mekah : Arif Fahmi liabiliti kepada Tok Guru?

Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu Kota Bharu pagi tadi difahamkan Tok Guru Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. Namun begitu tidak dinyatakan secara jelas punca yang menyebabkan ibadah tersebut terpaksa dibatalkan. Cuma mesej yang tersebar Tok guru ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

Soalnya kini siapa yang telah menfitnah Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar kelantan tersebut. Atau adakah tindakan Tok Guru itu diambil bagi melenyapkan kisah pemberian tajaan mengerjakan Haji oleh Syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd yang memperolehi tender memasang Papan Iklan di seluruh negeri Kelantan sebelum ini.


Jika itu alasannya adalah wajar menteri besar Kelantan bertindak begitu kerana ia jelas mempunyai elemen-elemen yang dikaitkan dengan rasuah. Walaupun Tok Guru beranggapan ia hanyalah hadiah namun dalam konteks definisi perbuatan rasuah, ia seharusnya dielakkan oleh Tok guru sebagai teladan kepada ahli PAS dan umat islam lain.

Timbul persoalan kini siapa sebenarnya yang menyebarkan berita tersebut, adakah ia datang dari dalaman PAS sendiri khususnya dikalangan Kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) atau dari kalangan Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang ingin merebut jawatan Menteri Besar. Ini yang bermain difikiran rakyat kelantan sekarang.

Wabau bagaimanapun dalam saat ini, semua percaya punca tercetusnya isu ini adalah rentetan dari pergeleseran menantu Menteri Besar iaitu Arif Fahmi CEO PMBK dengan Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga dikenali sebagai Kickdeffela hingga menyebabkan Blogger tersebut dipecat dari jawatan yang disandang di PBMK.

Dalam senario hari ini, adakah mungkin apa yang berlaku kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dahulu akan dialami sama dengan nasib yang akan diterima Tok Guru Nik Aziz.

Jika sebelum ini Tok Guru Nik Aziz dibelit dakwaan adanya pembantu sesat Tingkat satu pimpinan Anuar Bakri seperti dakwaan anaknya sendiri Ustaz Nik Abduh, kini penangan menantu juga akan menyebabkan Tok Guru mengalami nasib seperti apa yang dialami oleh Pak Lah terhadap apa yang diperkatakan umum terhadap Khairy Jamaludin.

Suatu persoalan menarik juga wujud siapa sebenarnya yang menjadi dalang tercetusnya isu ini, adakah ia benar-benar wujud atau sudah dirancangkan dari peringkat awal lagi oleh pihak yang berkeinginan merebut jawatan no satu di negeri yang baru menerima peruntukkan wang ehsan minyak dari Kerajaan Persekutuan.

Mungkin boleh kita katakan isu ini wujud kerana pertarungan untuk merebut kekayaan negeri Kelantan di PMBK antara Kumpulan Husam diwakili Syed Azidi dan Anuar Bakri dengan Arif Fahmi yang menguasai PMBK.

Umum mengetahui Husam sekarang ini, selepas gagal menempatkan diri dalam pimpinan PAS Pusat cuba sebolah mungkin untuk menguasai kepimpinan kerajaan negeri. Namun beliau menyedari bukan senang jalan tersebut kerana seorang demi seorang pahlawan yang diletakkanya untuk menguasai kekayaan Kelantan kini telah mula dihapuskan dari musuh dalaman PAS Kelantan.

Semua mengetahui Syed Azidi merupakan peminum tegar arak ,condong kepada liberalis dan Pro-Anwar, langkah Husam membawa masuk Syed Azidi ke dalam kerajaan Kelantan dilihat sesetengah pihak sebagai akan membebankan Kerajaan Kelantan dan PAS Kelantan. Namun disebabkan liciknya politik Husam Syed Azidi berjaya diberi jawatan sesuai dendan kelayakkannya.

Namun kini perkara itu sudah berlalu dan Tok Guru buat pertama kalinya terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah walaupun urusan pemergiannya sudah disempurnakan dari awal-awal lagi. Adakah boleh kita katakan ini juga merupakan usaha agar mendesak Tok Guru bersara awal dari menjadi Menteri Besar Kelantan.

Seharusnya Tok Guru menilai kembali adakah ini juga kesan kecil yang akan diterima oleh PAS selepas berdampingan dengan penuh setia dengan Anwar Atarturk. Kerana hari ini gara-gara berdampingan dengan PAS, PAS langsung tidak kelihatan seperti sebuah Parti Islam, sebaliknya penuh dengan pelbagai cerita yang membawa unsur negatif kepada parti.

Dengan melihat cara Syed Azidi berdendam dengan tindakan Arif Fahmi di laman blognya, adalah tidak mungkin kisah di PMBK akan senyap begitu sahaja. Mungkin selepas ini akan ada lagi kisah yang mengemparkan umum yang boleh menyebabkan imej PAS Kelantan semakin pudar dan tercalit dengan kisah yang tidak sepatutnya.

6 comments:

alifbata said...

mula mula ulasan cantik,tapi bila dah panjang sikit baru nampak bahawa siapa sebenar petualang dan musuh Islam dibumi Malaysia.
Bukan kumpulan Husam dan bukan juga kumpulan Arif Fahmi.
Dan diumumkan inilah kumpulan MUNAFIK dan PENGHANCUR PERPADUAN ISLAM,pecacai umno yang di ketuai olih mereka mereka yang terlibat dengan kumpulan ini.YA ALLAH ENGKAU HANCURKAN KUMPULAN INI DENGAN SEHINA HINA KEHANCURAN.

Anak Lenggong said...

oooo...camni rupanya orang PAS konon nya perjuang islam sejati berdoa eks...ngape tak sumpah jadik batu bata...sepatutnya bersyukur sebab nik ajis tak mengguna sedekah tu untuk kepentingan diri sendiri...alaa ko jela taja nik ajis tu pegiii ...nanti boleh laa ko terus ambik berkat dengan meminm air basuhan kaki nik ajis tu..

Anonymous said...

salam,

saudara alifbata, nampaknya doa orang2 PAS termasuk anda ke atas kehancuran umno sekarang sedang diterbalikkan oleh Allah Taala ke atas PAS. Bertaubatlah saudara. kami orang-orang umno tidak pernah mendoakan kehancuran pas dan penyokong2nya malah kami berdoa kita semua akan diberi taufik dan hidayah dan keselamatan oleh Allah s.w.t.

kosing said...

Ada saja masalah….. terus babitkan UMNO, fitnah, dengki, khianat, niat jahat dan seribu satu macam alasan.

Apa ni?

Mana yang dikatakan ujian Allah SWT?

Menunaikan haji ni adalagh pilihan Allah SWT. Kalau dah diterima oleh Allah, apa-apa halangan pun akan dipermudahkan. Kalau dah bayar, dah siap passport, dah siap buat pemeriksaan kesihatan… tetiba tak jadi…. ini ada something wrong dengan Allah SWT.

Muhasabahlah… sampai bila nak senang dengan mengalihkan masalah kita ke atas batu jemala orang. Kita ni maksum ker?

Kalau dah rasa bersalah…taubat lah yang sebaiknya.

Anonymous said...

PMBK la brader .. bukan PBMK !

Perbadanan Menteri Besar Kelantan

Kot yer pun nak analisis, jangan la plak tersasul perkara dasar !

He he

Tom Yam said...

terima kasih ulasan dan komen, saya bukan orang umno dan pas, hanya sekadar pandangan dari saya... terima kasih