Thursday, November 19, 2009

Kisah penyelewengan PMBK tamat : nasib menantu Tok guru ?


Satu persatu kelemahan Kerajaan Negeri Kelantan kini terselak, yang membongkarnya bukan orang UMNO tetapi dari orang yang pernah menumpahkan taat setia kepada Kerajaan yang dipimpin parti Islam tersebut.

Dengan menjadikan slogan Membangun Bersama islam sebagai teras perjuangan, selama ini amat sukar umum untuk mencari salah dan silap didalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, malah UMNO pun gagal menghidu dimana kelemahan dan kelompangan yang ada hingga PAS mampu berkuasa lebih dari 3 penggal di Kelantan dan selesa memimpin kerajaan negeri tanpa gangguan di Persada Kota Darul Naim.

Namun dalam tempoh terdekat ini, suhu politik di Tanah Serendah Sekebun Bunga itu kian panas, selepas Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz memaklumkan bahawa dirinya membatalkan pemergiannya ke Mekah, dengan menyatakan bahawa terdapat Quraiy Malaysia cuba menghalangnya pergi ke Mekah. Situasi ini wujud dan menjadi isu berpunca dari tajaan mengerjakan haji dari pihak yang mendapat kontrak membekalkan papan iklan di Kelantan kepada Menteri Besar tersebut.

Sekarang ini pelbagai pihak sedang mencari siapakah sebenarnya Quraisy Malaysia seperti yang dinyatakan Tok Guru Nik Aziz, adakah ia Syed Azidi (kideckfella) yang telah mencetuskan isu pertelagahannya dengan ArifFahmi (CEO PMBK) , atau Husam yang merupakan tuan punya manusia bernama Syed Azidi. Ada beberapa pandangan mengatakan gelaran itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO, tetapi masalahnya bukan UMNO yang menimbulkan isu tersebut malah sehingga kini UMNO Kelantan hanya menangguk di air keroh sahaja, segala tindakkan UMNO Kelantan masih dilihat tidak mampu untuk mengugat TOK Guru dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Namun kalau dilihat kepada cara penulisan Syed Azidi (kideckfella )dilaman blognya Quraisy Malaysia itu seakan ditujukan kepada menantu Tok Guru sendiri, iaitu Ariffahmi yang juga merupakan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Menurut Syed Azidi tindak tanduk Ariffahmi sebenarnya telah banyak merosakkkan reputasi Menteri Besar Kelantan.

“Sedarkah Tuan Guru bahawa Tuan Guru sudah menandatangani memorandum persefahaman dengan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja di Kota Bharu pada 6 Mac 2008, dua hari sebelum pilihanraya umum 2008.

Antara intipati memondum itu ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan akan membina Bazar Tok Guru di dalam Projek Madinatul Raudhah. Pembinaan Bazar Tok Guru adalah sebagai tanda penghargaan kepada peniaga-peniaga yang setia menyokong kepimpinan Tok Guru. Tok Guru juga berjanji di dalam memorandum tersebut bahawa Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pemaju tidak akan mementingkan keuntungan di dalam projek ini serta para peniaga akan diberi tingkat bawah di dalam Bazar tersebut.

Apabila menantu Tok Guru diberi kuasa, beliau telah merubah semua perjanjian tersebut dan menyerahkan projek itu kepada sebuah syarikat yang telah membina sebuah bazar di Kota Bharu tetapi terpaksa di ‘bail out’ oleh MPKB kerana peniaga enggan berpindah.” Kata Syed Azidi seperti dipetik didalam blognya.

Ekoran itu permasalah tersebut ia telah menyebabkan kelompangan yang besar dari sudut pentadbiran kerajaan negeri. Menurut Syed Azidi lagi punca ia terjadi keraja Arif Fahmi telah melantik syarikat pilihannya untuk membangunkan projek berkenaaan, hinggakan memorandum asal antara kerajaan negeri dengan penjaja telah diketepikan. Satu isu yang menarik lagi menurut Syed Azidi, Ariffahmi telah memilih Syarikat tersebut kerana persetujuan pihak pengurusan syarikat terbabit untuk menderma wang kepada pembinaan sekolah agama milik Tok Guru di Pulau Melaka.

Selain itu Syed Azidi juga mendakwa Ariffahmi juga telah cuba untuk menawarkan rasuah kepada Presiden Persatuan Penjaja bagi tidak memperbesarkan isu pembinaan bazar tersebut.
Disini satu keadaaan yang pelik timbul, adakah tuduhan-tuduhan Syed Azidi tersebut adalah benar atau hanya bersifat dendam sahaja, walaupun beliau berdendam dengan Ariffahmi namun Tok Guru tetap tidak diusiknya. Sekiranya dakwaan ini benar ia akan membawa maksud Menteri Besar Kelantan pun sudah silap membuat perkiraan kerana terlalu percayakan kepada menantunya. Sebelum ini jika ada pihak cuba mempertikai pelantikan Ariffahmi, biasanya kenyataan Tok Guru seolah-oleh cuba meyakinkan umum bahawa Ariffahmi hanya menjadi mangsa fitnah sahaja.

Oleh itu dalam situasi hari ini siapa yang benar, Syed Azidi atau menantu Tok Guru? Walaupun Ariffahmi difahamkan akan terpaksa meletak jawatan demi menjaga nama baik Kerajaan Negeri Kelantan dan Tok Guru sendiri. Dari prinsip moral kita dapati wujud persoalan terhadap pentadbiran yang telus dan integriti seperti dilaung-laungkan pimpinan PAS sebelum ini. Dan hakikatnya bukan UMNO sahaja yang terpalit kepada masalah penyelewengan kuasa tetapi PAS kini pun sudah menghampirinya.

No comments: