Monday, November 9, 2009

Gagal urus ekonomi Selangor: Khalid Gagap arah yuran KUIS naik

Tanpa disangka secara tiba-tiba yuran pengajian Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) naik mendadak tidak seperti yang digambarkan oleh slogan kerajaan negeri Selangor yang memerintah iaitu “Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”. Hasilnya satu piket diadakan oleh pelajar kolej Universiti itu seperti yang disiarkan Buletin Utama 6 November 2009.

Ekoran itu dilaporkan lebih 2,000 pelajar KUIS yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Sedar mengadakan demontrasi dipekarangan kolej itu.

Jika sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menelan kegagalan mereka melaksanakan sepenuhnya agihan duit RM 1,000.00 seorang kepada seluruh anak Selangor yang berjaya masuk ke Universiti seperti yang dijanjikan dalam pilihanraya. Kini mereka bukan lagi ingin memberi bantuan tetapi makin pula menambah beban kepada anak Selangor dengan kenaikan yuran berlipat kali ganda berbanding sebelum ini.

Agak-agaknya tentu pelajar-pelajar tersebut boleh berjumpa dengan Anwar Ibrahim memandangkan kerap kali Anwar berkunjung ke tempat IPT tersebut selain Unisel untuk membawa mesej umat islam perlu menerima islam ala Amerika.

Sebelum ini melalui Dr. Halimah Exco Kerajaan negeri selalu mendendangkan bahawa mereka akan menjaga kebajikan pelajar di IPT dibawah kerajaan negeri Selangor lebih baik berbanding IPT dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Namun cakap-cakap itu kini hanyalah seperti retorik tidak ubah seperti apa yang Anwar janjikan.

Kini segala pembohongan Anwar dan Pakatan Rakyat akan terdedah dengan dengan sendirinya, dan tidak mustahil akan semakin banyak berita seperti ini akan kita saksikan.

Di masa itu kita tunggu sahaja reaksi Anwar Atartuk, apakah lagi yang cuba dimanipulasinya.

2 comments:

Anonymous said...

salam. penulisan anda menampakkan kebodohan anda dalam mencari fakta, kami du kuis pun tidak setuju dgn GMS, try survey antara yuran ipts yg lain dgn kuis mana mahal yurannya, kuis adalah salah satu ipts yg pling murah yurannya di m'sia.
bodoh... cari fakta yg tepat sbelum menulis sebarang artikel.

ikhwan said...

KIAS di kelantan adalah ipts yg pling murah yurannya , lbih murah dari ipta.. kias dibwah kerajaan negeri. kenapa xtulis ttg kias..