Monday, November 23, 2009

Ariffahmi letak Jawatan CEO PMBK, Tok Guru tiada pilihan


Semenjak tercetus isu berkaitan menantu Menteri Besar Kelantan, yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman ekoran perbalahan dengan Syed Azidi (blogger Kideckfella) bekas Pegawai Perhubungan Korporat (PMBK) yang dipecat. Kota Darul Naim Pusat Pemerintahan negeri Kelantan seakan menjadi medan melepaskan geram dari pelbagai pihak, sehangat kisah pasukan bola Red Wariors di negeri Kelantan.

Dari tingkahlaku Husam Musa yang khabarnya tidak selesa dengan tindakan menyingkirkan orang kanannya di PMBK hingga mengugut meletakkan jawatan Exco Kerajaan negeri hinggalah keputusan pembatalan Musyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz dari mengerjakan ibadah haji di Kota Mekah kerana isu tajaan. Pelbagai cerita mula dibongkar dan singgah dibibit telinga kita ekoran isu tersebut.

Sebelum ini umum diyakini Kerajaan negeri Kelantan bersih dari unsur salahlaku dan penyelewengan. Namun semenjak isu tersebut timbul, Syed Azidi telah mengeluarkan pelbagai hujah seperti yang tertera di laman blognya yang membabitkan ketidaktelusan Ariffahmi dalam mentadbir PMBK, anak syarikat Kerajaan negeri Kelantan.

Antaranya pembabitan pembangunan Bazar Tok Guru yang kini khabarnya tergendala, dan pembinaan Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka yang dikaitkan dengan kontraktor yang sama mendapat tender membina Bazar Tok Guru. Samada kisah ini benar atau hanya perang yang dilancarkan oleh Syed Azidi untuk memburukkan Ariffahmi hanya masa menentukan, kerana secara logik banyak perkara boleh dipersoalkan motif Syed Azidi membongkar perkara tersebut. Turut disentuh ialah adanya usaha untuk menggulingkan kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai PAS hingga melibatkan nama Naib Presiden PAS sekarang Sallehudin Ayub.

Isu Ariffahmi meniti dari bibir ke bibir peminat politik selama dua minggu. Walaupun diperingkat awal seolah diyakini bahawa Ariffahmi tidak akan meletak jawatan tersebut lebih-lebih lagi beliau dikatakan mendapat sokongan dari kumpulan yang tidak sukakan Husam Musa di dalam Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan.

Namun selepas mendapat pandangan dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr. Hatta Ramli, Tuan Guru Nik Aziz difahamkan telah bersetuju meminta menantunya meletakkan jawatan didalam PMBK.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB)," kata Nik Aziz seperti dipetik harakahdaily.net.

Sebelum ini difahamkan Badan Perhubungan PAS Kelantan enggan campur tanggan isu tersebut kerana menyatakan ia bukan masalah PAS Kelantan seperti dinyatakan oleh Setiausaha PAS Kelantan, Zaki Ibrahim.

Tetapi apabila Presiden PAS dan tokoh tertinggi lain sanggup turun memberi nasihat dan pandangan, jelaslah isu tersebut sebenarnya telah menjadi isu besar dikalangan pucuk pimpinan PAS Pusat. Kerana ia diyakini boleh mendatangkan fitnah kepada parti tersebut dan menjatuhkan imej Parti Islam.

Dari sini timbul pertanyaan sejauh mana kebenaran segala tuduhan yang dilemparkan oleh Syed Azidi kepada Ariffahmi. Jika tuduhan tersebut adalah satu pembohongan, maka seharusnya pihak PMBK mengeluarkan penjelasan berkaitan isu terbabit. Sekiranya ia tidak dipedulikan tidak mustahil isu ini akan tidak selesai dengan perletakkan jawatan Ariffahmi sahaja.

Tindakan Pimpinan PAS Pusat menasihati Ariffahmi melepas jawatan seolah membayangkan isu tersebut akan membawa imej buruk kepada PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Satu situasi pelik sebenarnya wujud berkaitan isu ini, kenapa diperingkat awal sewaktu Tok Guru Nik Aziz dibelit dengan isu tajaannya ke Mekah beliau seolah membela menantunya hingga langsung tidak mendesak Ariffahmi meletak jawatan. Adakah sewaktu itu Tok Guru serba salah dalam melontarkan pandangan kerana melibatkan kedua pihak yang disayanginya. Sebaliknya untuk mencari jalan selamat beliau menyalahkan Quraisy Malaysia.

Jika benar wujud Quraisy Malaysia ini siapa orangnya, diharapkan ia bukan sekadar bermadah kata, bermain bahasa untuk menyorokkan kelemahan diri.


2 comments:

pencinta kebenaran said...

tadi tgk tiwi nik ajis bg sepatah dua kata pasal mennatu dia nih..duk kata la perlantik atas mesyuarat dolu2..tak dek org komen apa2...dek kerana fitnah kena la letak jawatan...aku cam nak gelak2 jek nik ajis ooi...klau tgk skali ucapan org tua tu cam kesian la gak..cam beriya la kena fitnah, dah tu time dia sibuk kata menantu hantu paklah tu x pe lah pulak (eh..aku bukan sokong pak lah n keri jamban tu)---cuma buat perbandingan jek...mmm..sendri dah kena mcm2 alasan nak buat...tak hengat cam ne dia kutuk2 org lain dulu

Anonymous said...

semoga kita dijauhkan dari sefiat semacam itu, walaupun kita tidak ada title ulama.