Thursday, November 5, 2009

Anwar Atarttuk arah Husam jangan terima wang ehsan


Tok Guru Nik Aziz dikhabarkan akan berpuasa 3 hari bagi menunaikan nazar puasa setelah impian dan harapan rakyat Kelantan merasai duit hasil pengeluaran minyak di pesisir luar pantai Kelantan diberikan. Walaupun bukan atas nama royalty sebaliknya atas nama wang ehsan namun ia tetap disyukuri oleh Menteri Besar Kelantan dan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Namun disebalik itu Husam Musa dan puak erdorgan di Parlimen melalui Khalid Samad dan Dr. Dzulkifli menyerang bertubi-tubi Datuk Seri Najib Tun Razak. Serangan bertali arus puak erdorgan ini tidak ubah seperti serangan menggila blogger upahan mereka di internet menyerang Presiden PAS, Tok Guru Hadi Awang, Ustaz Nasarudin, Mustafa Ali dan Hasan Ali.

Husam Musa menyatakan "Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ehsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya seperti dilaporkan Bernama, walaupun Tok guru Nik Aziz menerima.

Selain itu Husam juga mencadangkan menubuhan panel guaman tersebut, dan antara perkara yang dicadangkan untuk dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah:

1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk mencari gali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

2. Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa.

Dalam keadaan Tok Guru Nik Aziz berlapang dada menerima pemberian Najib dan sanggup berbincang dengan Perdana Menteri demi kesejahteraan rakyat, Husam pula seakan cuba menjadi hero dalam hal ini apabila menolak wang ehsan tersebut dan cuba mewujudkan kemelut baru.

Sebenarnya apa yang membuatkan Husam begitu marah dengan tindakan Najib? Adalah diakui dengan pengagihan wang ehsan kerajaan Pusat kepada rakyat mengunakan jentera kerajaan sebenarnya ia lebih membawa untung kepada rakyat berbanding orang politik. Kerana segala projek yang dilaksanakan adalah untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kepentingan individu didalam politik. Mungkin ini yang menyebabkan Husam dan puak Erdorgan menyerang habis-habisan DS Najib sewaktu ia dinyatakan didalam Parlimen. Kerana peluang Husam dan puaknya untuk mengaut kekayaan demi karier politik akan terhalang.

Husam mengetahui hasil balak diKelantan semakin merosot, dan banyak projek ekonomi yang dicadangkannya untuk rakyat Kelantan sebelum ini terkulai layu, dari projek Kambing Japnapari hinggalah projek pokok Depu semuanya tepu tanpa mengeluarkan hasil. Wajah Tok Guru Nik Aziz hanya dipergunakan Husam sahaja untuk mengambarkan hebatnya projek tersebut. Kini gambar pokok Depu dan kambing telah dikeluarkan digantikan dengan poster-poster gergasi wajah Tok Guru dan program perkasakan tulisan jawi.

Itulah Husam Musa sungguh licik permainan politik mengabui minda rakyat Kelantan sehingga ramai terpedaya dengan permainan billboard keluaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang berada di bawahnya.

Tak ubah liciknya dengan sifu beliau Anwar Atarturk, yang sehingga kini masih pening bermain hujah dan alasan untuk menunda perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.

Antara Husam dan Anwar ini, keduanya mempunyai minat yang sama iaitu menungang kuda. Dengan kedua-duanya berlatar belakang pendidikan dari instituti yang sama dan berada dalam satu jemaah sewaktu di Universiti Malaya kini semakin jelas Husam dipergunakan Anwar untuk mengembangkan idea Anwar Ibrahim didalam PAS.

Jika tidak mana mungkin PAS yang suatu dulu hanya ada satu PAS kini ada dua PAS, gara-gara kewujudan puak Erdogan pimpinan Husam yang begitu agresif melancarkan pelbagai strategi untuk memburukkan geng ulama didalam PAS dengan pelbagai kaedah.

Jika selepas ini Hasan Ali disingkirkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri tentu Husam akan tersenyum lebar, selebar senyuman Tony Phua yang mengatakan kepada Portal Malaysiakini, DAP gembira Hasan Ali dikenakan tindakan oleh kepimpinan PAS.

Mungkin saat ini Husam Musa sedang berfikir dan meminta pandangan Anwar Atarturk untuk mengangu pemberian hasil wang ehsan tersebut, kerana sekiranya ia berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya, program yang direncanakan oleh Husam dan Anwar akan terbantut dan memusnahkan karier politik keduanya sekali.

No comments: