Monday, October 5, 2009

Parti islam Indonesia ditipu SBY : PDIP dipilih sekutu baru



Dalam politik sesungguhnya tidak ada musuh yang kekal abadi, tapi yang ada adalah memanipulasi kepentingan yang wujud didepan mata. Siapa yang bijak berpolitik si polan itulah yang dapat meraih habuan. Di Indonesia nampaknya itulah yang menjadi kenyataan apabila Presiden SBY melalui Parti Demokrat, akhirnya memberikan sokongan kepada Taufik Kemas, Ketua Dewan Pembina PDIP menjadi Ketua MPR setaraf Speker Parlimen Di Malaysia, sekaligus mengenepikan Hidayat Nurwahid dari PKS yang menduduki kerusi tersebut penggal lalu.


PDIP selama lima tahun (2004-2009), meletakkan dirinya sebagai parti pembangkang, dan dalam pilihanraya Presiden yang lalu, Megawati menjadi salah satu penentang SBY. Tapi, melalui lobi yang sangat intensif dari kubu SBY, dan sikap Taufiq Kemas, yang pragmatis, akhirnya Megawati bersedia menjadi sebahagian dari pemerintahan SBY, dan sebagai tanda persetujuan Taufik Kemas dihantar nama sebagai calon Ketua MPR.


Sementara itu, PKS yang sudah ‘all out’ membela dan mendukung SBY, kini ditinggalkan SBY. Walhal, para pemimpin PKS mengatakan, sebelum pemilihan Ketua MPR, mereka memegang janji SBY, yang ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada Hidayat. Tapi, kini kenyataannya yang dipilih SBY tak lain adalah Taufik Kemas.


Untuk menunjukkan sokongan politik Presiden SBY, sewaktu pelantikan Taufik Kemas, sebagai Ketua MPR, Presiden SBY telah menghadirkan diri. Ini sebenarnya hakikat dan membuka tabir yang selama ini masih menjadi misteri ke mana langkah Presiden SBY sebenarnya setelah berakhirnya pilihanraya presiden. Arah poliltik SBY kini dilihat cuba mengajak parti-parti besar yang mempunyai sokongan hingga keseluruh pelusuk Indonesia untuk bersama pemerintahannya.


Dikatakan juga Presiden SBY akan cuba menarik Prabowo (parti Gerindra), dan diberi jawatan menjaga Kementerian Pertanian, sesuai dengan gagasan Prabowo sewaktu bersama Megawati dalam pilihanraya Presiden yang ingin membela para petani, hingga menjadi kekuatan kempennya yang lalu.


Dengan situasi ini, Parti PKS yang sebelum ini kuat mengerahkan seluruh jenteranya secara ‘all out’ menyokong Partai Demokrat dan SBY tentu kecewa apabila ditinggalkan begitu saja. oleh SBY. Saat menjelang pilihanraya lalu, di mana-mana di Jakarta dan seluruh Indonesia termasuk kubu kuatnya di Sumatera tersebar, sepanduk yang berbunyi, “SBY presidenku, dan PKS partiku”.


Tapi, kini segalanya telah berubah. Janji tinggal janji, jika sebelum ini PKS sudah dikecewakan apabila Boediono yang cenderung kepada sistem kapitalis Amerika dan disokong Jaringan Islam Liberal (JIL) dipilih SBY sebagai calon Naib Presiden kini kecewa PKS lagi parah apabila diketepikan dalam banyak hal dalam susun atur kabinet SBY.


Burhanuddin Muhtadi dari Lembaga Survey Indonesia menyatakan, gabungan PDIP dan Demokrat sebenarnya akan mejejaskan hubungan Demokrat dengan parti yang menyokong SBY diperingkat awal seperti PKS.


Sementara itu, Presiden PKS, Tifatul Sembiring, menyatakan, ‘PKS ditipu”, tegasnya kepada Republika.


Sesudah ketua MPR dilantik kini masyarakat Indonesia sedang menungu penyusunan kabinet, pasca pelantikan Presiden SBY. PKS yang terlalu kecewa dengan senario semasa sudah tentu ingin lebih banyak jawatan sebagai mengantikan kehilangan Jawatan Ketua MPR kepada PDIP.


Menjadi persoalan sebenarnya kenapa SBY menyingkir begitu banyak peranan PKS, walhal bukan sedikit jasa PKS meletakkan SBY di tampuk Presiden. Dan yang menghairankan SBY lebih berminat memilih PDIP sebagai rakan sekutu yang baru. Walhal disebalik parti PDIP adalah kumpulan-kumpulan pertubuhan yang ada kaitan dengan Parti Kristian di Indonesua yang menjadi musuh kepada parti PKS.

No comments: