Monday, October 5, 2009

Ikut Rakyat Kelantan- Siti Zailah


Di Kota Bharu lapor Harian Metro, seorang lelaki 58 tahun dihukum penjara 30 tahun dan rotan 20 kali kerana merogol anaknya, yang juga orang kurang upaya, berumur 20 tahun, Februari lalu sehingga menyebabkan anaknya kemudian hamil.


'Nak fikirkan pun nak wat guano (buat macam mana), buat dah buat dah...,' kata lelaki itu ketika menjawab pertanyaan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, seperti ditukil dari akhbar tersebut.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Zainal L. Salleh bertanya kepadanya: 'Nak tanya sa (satu) soalan. Sebelum buat, kamu tidak fikir gapo (apa-apa) ke?'


Mendengar jawapan lelaki itu, seorang buruh, Hakim Zainal berkata: 'Nanti bila kamu di penjara, kamu fikir lama sikit deh.'
Lelaki itu mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol anak perempuannya di sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan.


Dia dihukum penjara 15 tahun dan rotan 10 kali bagi tuduhan pertama. Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara 15 tahun dan rotan 10 kali.
Hakim Zainal memerintahkan dua hukuman itu berjalan berasingan.


'Memandangkan perbuatan yang kamu lakukan adalah satu kesalahan hina dan jijik yang tidak boleh dimaafkan sesiapa saja, jadi hukuman dijatuhkan untuk memberi pengajaran,' katanya kepada lelaki itu. Sementara itu, di Bagan Pinang Ahli Parlimen Wanita PAS bagi Rantau Panjang, Siti Zailah Daud mengajak para pengundi dalam DUN Bagan Pinang membuat perubahan dengan memilih calon PAS, Zulkefli Mohd Omar.


Beliau berkata orang-orang Kelantan telah membuat perubahan sejak 20 tahun yang lalu dan menempa kejayaan demi kejayaan duduk dibawah kerajaan PAS Kelantan.Saya minta pengundi-pengundi kita disini, jangan takut buat perubahan, kami di Kelantan sudah 20 tahun menolak UMNO dan Barisan Nasional,”dan kita buktikan satu kejayaan demi satu kejayaan, dan kita tidak kebuluran kerana berpegang dengan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah di UPU Teluk Kemang dekat sini

No comments: