Friday, October 16, 2009

Anwar penumpang Dasar Penerapan Nilai Islam bukan pelaksana

Menurut Dr. Idris Ahmad dalam buku bertajuk 25 tahun Kepimpinan Ulamak terbitan Nufair street terbitan mei 2009, antara faktor yang menggerakan arus kewujudan kepimpinan dibawah ulamak didalam PAS ialah disebabkan UMNO pada masa itu yang berada di bawah Dr.Mahathir Mohamed telah melaksanakan dasar-dasar penerapan nilai-nilai islam.


Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Dr. Mahathir juga menyebabkan Dr. Asri pada masa itu telah memberi sokongan kepada polisi kerajaan dalam ucapan dasar perasmian Muktamar Parti PAS.

"Kita mengalu-alukan hasrat mana-mana pihak pun juga sekiranya mereka benar-benar hendak menjadikan parti mereka sebuah parti islam yang mahu memperjuangkan cita-cita untuk melihat tertegaknya kedaulatan islam didalam negara ini" Kata Dato Mohd Asri.

Kenyataan ini menyebabkan ucapannya ditolak oleh pewakilan PAS kerana dilihat sebagai seorang yang demokrasi dan tidak mahu berkonfrontasi dengan pihak pemerintah.

Sewaktu Dr. Mahathir melaksanakan Dasar penerapan nilai-nilai Islam antara inisiatif yang diambil ialah melaksanakan projek Bank Islam, Takaful, Universiti Isla, dan beraneka lagi atas nama islam, sesuai dengan kebangkitan islam sejagat seperti revolusi islam Iran. Dan dasar ini belum pernah dikemukakan oleh pemimpin sebelumnya.

Pada masa pelaksanaaan polisi tersebut ia telah memberi gelombang baru kepada pecinta islam untuk merealisasikan islam sebagai satu cara hidup.

Ramai pihak dikatakan telah tertarik dengan stail kepimpinan Mahathir contohnya Anwar Ibrahim yang telah menyatakan rasa kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Perdana Menteri sewakti itu yang pro dasar islam.(utusan Malaysia 30 Mac 1982). Sebelum menyertai UMNO Anwar Ibrahim merupakan pihak yang banyak mengkritik dasar-dasar kerajaan yang dianggap tidak islamik, iaitu semasa beliau memimpin Abim.

Sebenarnya Tun Abdul Razak pernah menjemput Anwar Ibrahim menyertai UMNO tetapi tawaran tersebut ditolak Anwar (Judith Nagata, 1980) .

Dari fakta ini hujah yang mengatakan Anwar sebagai pencetus gerakan islam dapatlah disangkal, kerana realitinya Anwar hanyalah penumpang kepada dasar-dasar yang telah dicetuskan oleh Mahathir Mohamed.

Kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menerapkan polisi nilai islam ini telah menyebabkan UMNO memenangi pilihanraya dengan kemenangan besar dalam pilihanraya 1982.








No comments: