Friday, October 23, 2009

Anwar Atartuk pemain utama krisis dalaman PAS?


Gara-gara gempa bumi yang kuat di Bagan Pinang tempoh hari, hari ini PAS dan PKR masih menerima kesan yang teruk akibat gempa yang dicetuskan oleh Tan Sri ISA Samad. Kini di dalam PKR di khabarkan bergoncang isu membabitkan pertelagahan yang serius antara Zaid Ibrahim dan Anwar Atarturk gara-gara tindakan Zaid yang cuba masuk campur isu protes PKR Sabah terhadap kepimpinan Azmin Ali.

Walaupun Anwar Atarturk cuba menyembunyikan isu ini tetapi bau goncangan tersebut sudah tersebar kepada umum.

Sementara itu, di dalam gerabak PAS pula gara-gara penangan ISA di Bagan Pinang, menyaksikan ada satu gerakan didalam parti cuba menyalahkan kepimpinan Haji Hadi Awang sebagai punca kekalahan calon PAS dengan mengaitkan Hassan Ali sebagai punca kekalahan, golongan ini meniupkan sentimen perlu dilakukan reformasi kepimpinan didalam PAS.
Secara tiba-tiba bagai diatur Dr. Aziz Bari seorang pensyarah dari UIA dan pakar dalam isu perundangan dan pernah bersama dengan Husam Musa dalam satu wacana di Kota Bharu, melontarkan pandangan agar ditukar pucuk pimpinan PAS secara keseluruhan termasuk Presiden.

Pandangan Dr. Aziz Bari ini menyebabkan beberapa pihak di dalam PAS seperti Ustaz Idris Ahmad dan Roslan SMS membidas tokoh tersebut, Roslan SMS bekas orang kanan Haji Hadi Awang didalam blognya menyatakan Dr. Aziz Bari telah keluar dari posisisnya sebagai seorang pakar perundangan menjadi penganalisis politik. Secara sinis Roslan merasakan pelik kenapa Dr. Aziz berminat melontarkan pandangan tersebut.

“"Dimana Dr Aziz ketika PAS menang di Bukit Gantang, di Kuala Terengganu (kerusi Umno berjaya PAS rampas), di Manek Urai, di Permatang Pasir? Dimana Dr Aziz ketika PKR tewas di Batang Ai? Kenapa tak disuruh tukar Dato Seri Anwar, singkirkan Azmin Ali, contohnya?" kata Roslan didalam blognya.

Umum mengetahui Dr. Aziz Bari menyokong segala perubahan polisi yang cuba dibawa Anwar Ibrahim dalam konteks pembaharuan politik Malaysia. Sebenarnya adalah tidak menghairankan beliau terbabit sama dengan kekalutan dalaman pas ini. Kerana hingga ke saat ini beliau dan kumpulan penyokong Anwar didalam PAS begitu selesa berhubung dan bertukar pandangan.
Kekalutan dalaman PAS ini diburukkan lagi dengan wujudnya pergaduhan dan kejadian tumbuk menumbuk sewaktu majlis Aidilfitri di Taman Melewar yang melibatkan seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan Husam Musa, namun ia cuba dinafikan oleh beberapa tokoh PAS seperti Mahfuz Omar.

Penafian ini tidak ubah seperti penafian Anwar Ibrahim yang cuba menafikan kekalutan dalaman Parti yang dipimpinnya.
Sumber-sumber dalaman PAS yang pro kepada Presiden PAS Haji Hadi Awang mengatakan mereka pelik kenapa kumpulan yang pro ulama didalam parti dilabelkan sebagai pro -umno. Sedangkan yang jelas kumpulan ini adalah yang ingin memusnahkan PAS kerana pro kepada polisi Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Sayuti Omar seorang penganalisis politik pula menyatakan hujah Dr. Aziz Bari adalah dangkal kerana menyalahkan ulama sebagai faktor kekalahan PAS. Menurut penulis tersebut yang juga dikenali sebagai MSO, bukan ulama yang menerajui kempen di Bagan pinang tetapi diketuai oleh kelompok professional didalam PAS.

“Bukankah Pengarah Besarnya Sallahuddin Ayub dari rahim profesional? Bukankah Pengarah Operasinya, Zulkefli Ahmad dari rahim preofesional. Bukankah Khalid Samad dari golongan sama? Bahkan calon itu sendiri seorang profesional.” Tegas Sayuti dalam laman blognya Tinta Merah.

Banyak pihak didalam PAS kini condong melihat perbuatan kelompok professional seperti Khalid Samad dan DS Nizar di Perak sebagai tidak menepati aspirasi perjuangan PAS. Tindakan Nizar di Dewan Undangan Negeri di Perak yang mengatakan tiada konsep Negara islam didalam perlembagaan PAS kerana semata-mata menjaga hati DAP sewaktu persidangan DUN telah menghiris hati sebahagian kelompok pimpinan parti.

Kini apabila Husam dan kumpulannya cuba melobi diadakan EGM untuk parti dengan menjadikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai sandaran untuk memalu gendang perubahan. Semakin jelas kumpulan ini digerakan oleh satu gerakan untuk menyingkirkan kelompok ulamak didalam parti.

Soalnya siapa yang menjadi tulang belakang kepada gerakan ini didalam PAS, Adakah benar desas desus mengatakan tunjang utama tiupan angin adalah datang dari Husam dengan dibantu Khalid Samad dan Nizar, selepas perbicangan rapi dan khidmat nasihat dilakukan dengan Anwar Atarturk.

Yang pasti kekalahan Husam Musa kepada Ustaz Nasarudin sewaktu pemilihan muktamar sebelum ini bukanlah noktah kepada karier politiknya, rupanya Husam tidak mati kutu, kerana sebaik sahaja tamat muktamar tersebut Husam telah merangka agenda yang lebih teliti untuk mengambil alih parti dengan cuba menyingkiran terus Haji Hadi Awang dan kelompok yang dinamakan Terenganunisme dengan cuba mengangkat tokoh lain seperti Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon untuk mengetuai parti supaya Husam lebih mudah naik ke hirarki kepimpinan parti.

No comments: