Tuesday, September 29, 2009

Anwar Atarturk : Melayu PKR rasis kata Pemuda DAP Pinang

Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata seperti dipetik dalam akhbar berita harian, formula politik baru perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu.

Jelas Yusmadi sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri.

Namun sebaik sahaja berita itu disiarkan di akhbar, Setiausaha Agung DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kenyataan dan menyelar Yusmadi Yusoff sebagai gila kuasa dan rasis.

Namun selepas isu itu menjadi besar di kalangan pemimpin Cina didalam DAP dan PKR, Yusmadi menafikan ada membuat kenyataan tersebut seperti dilaporkan oleh satu laman portal, sebaliknya dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan guaman kepada akhbar Berita Harian kerana dikatakan akhbar tersebut memetik hujahnya dalam konteks yang berlainan.

Ayat tersalah petik atau tidak memahami maksud sebenar selalu digunakan ahli politik, untuk menyelamatkan diri apabila kenyataan yang dikeluarkan boleh memberi impak negatif kepada organisasi yang diwakili.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan juga pernah mengunakan hujah yang sama apabila kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak akan masuk syurga telah menimbulkan polemik dan perdebatan di kalangan masyarakat. Hingga beliau terpaksa menyatakan media tersalah petik dan ingin mengambil tindakan guaman kepada sebuah akhbar.

Walaupun kita tidak mengetahui motif Yusmadi mengeluarkan cadangan demikian, tetapi yang menariknya ia telah menyerlahkan wajah sebenar siapa DAP disebalik slogan Malaysian Malaysianya.

Jika sebelum ini Lim Kit Siang berapi-rapi berhujah di Parlimen selepas menang pilihanraya ke 12 dan mempersoalkan kenapa orang Cina tidak boleh jadi Perdana Menteri di Malaysia sedangkan Obama lelaki kulit hitam di Amerika pun boleh jadi Presiden negara kuasa besar tersebut. Persoalan tersebut akhirnya dijawab oleh penyokong MP Kerajaan namun selepas itu ia menyebabkan MP UMNO dari kerajaan diangap rasis oleh pemimpin DAP dan PKR.


Namun kini apabila jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dicadangkan digilirkan pemimpin DAP, PKR terus melenting. Kata Yusmadi "Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan,".


Tetapi realitinya tidaklah begitu sebenarnya, itu hanya slogan untuk meraih kuasa sahaja. Hingga kini DAP masih ingin menunjukkan belangnya yang sebenar. Peluang besar yang diberi oleh Anwar dipergunakan sebaik mungkin parti tersebut untuk menuntuk hak di luar garis perlembagaan dan pemikiran kita. Hasilnya kerukunan masyarakat majmuk yang dibina oleh pemerintah sebelum ini begitu mudah dirosakkan oleh pemimpin DAP..

Orang Islam di dalam Pakatan rakyat hanya tau memerhati sahaja, jika terkeluar padangan pro Melayu dan islam, maka pemimpin tersebut akan dianggap rasis dan tidak popular. Sebelum ini Zulkifli MP Kulim pun pernah mengalami perkara sama. Dan kini Hassan Ali dan Pensyarah UPNM Dr. Ridzuan Tee pun terheret sama dalam isu dan persoalan ini kerana dianggap mengeluarkan kenyataan yang rasis dan perkauman bagi pandangan pemimpin DAP dan bukan Melayu PKR.

2 comments:

ISAC said...

Lantak lah dia orang tu....

Media & blogger pro Kerajaan X perlu beri publisiti pada pemimpin pembangkang. Jangan kita menari2 apabila mereka memalu gendang....

Silap langkah jadi macam isu "kepala lembu". Yang ruginya kita....

Jika media tidak mengendahkan mereka....Rakyaat pun akan lupa kewujudan mereka....Propaganda mereka pun X menjadi....

Anonymous said...

saya bukan bloger UMNO maaf kepada saudara isac, saya orang islam yang anti liberalis, akan menceritakan sgala kebenaran dan kepalsuan tidak kita parti mana...kalau saudara merasakan apa yang saya tulis tidak tepat dihati saudara abaikan ia, dunia bloger tidak ada paksaan.

-tomyampoktek