Monday, August 3, 2009

Roniu Liu menghina enekmen syariah Selangor?


Ronie Liu seakan cuba menyembur api kemarahan di kalangan orang islam apabila mengarahkan pihak berkuasa mengembalikan kembali minuman beralkohol yang dirampas daripada kedai serbanika di seksyen 8, rabu lalu. Umum mengetahui kawasan tersebut merupakan kawasan majoriti orang Melayu yang beragama islam.

Sambil menyatakan fatwa minuman tersebut bukan minuman keras, tindakan exco tersebut mendedahkan kelemahan kerajaan pentadbiran negeri Selangor dan Menteri Besarnya. Malah yang menyedihkan PAS yang dianggap mahir dalam bab halal haram pun tidak dihiraukan oleh Roniu Liu. Adakah ini bukti Selangor kini diperintah Roniu Liu dan Khalid gagap hanya Menteri Besar Boneka sahaja?

Setiausahaha PAS Selangor seperti dilapor dalamSinar Harian 3 ogos 2009 menyatakan:

"kita minta exco berkenaan merujuk dahulu serata membawa perkara ini kepada pengetahuan ahli majlis dan bukan dengan memulangkan kembali barang yang dirampas itu"

"kita menyokong tindakan itu kerana ia diwartakan dalam jenayah syariah termasuklah perihal penjualan dan pembelian arak. Kita juga yakin MBSA mempunyai alasan mengapa tindakan itu dibuat" kata Khairudin kepada sinar harian semalam.

Jika enekmen jenayah syariah Selangor pun Roniu Liu berani langgar apa yang kita boleh katakan terhadap exco tersebut yang sebelum ini dikaitkan oleh Wee Choo Keong (ahli parlimen Wangsa Maju) terlibat didalam kongsi gelap.


Dalam akhbar sama juga diberitakan Khalid gagap akan menemui Roniu Liu bagi berbincang dan mendapat penjelasan isu pemulangan minuman keras tersebut. Sebagai Menteri besar bukankah elok beliau yang memanggil Roniu liu ke pejabatnya untuk mendapat penjelasan dari Roniu Liu, Kenapa sudah terbalik dan siapa MB Selangor sebenarnya?


Selepas cuba menjadi hero dalam kes kematian Teoh Beng Hock, exco yang menjaga PBT tersebut seakan semakin ghairah menunjukan belang siapa dirinya sebenar dengan melindungi dan menyokong bisnes rumah urut, spa dan pusat perjudian. Kita tidak boleh bayangkan negeri Selangor yang digelar Darul Ehsan kini dikelilingi dengan pusat maksiat dan perjudian.


Sebelum ini desas desus juga ada menyatakan peranan YB Iskandar Abdul Samad exco perumahan, pengurusan & setinggan juga diketepikan apabila Real Estate and Housing Developers' Association Malaysia (REHDA) sentiasa berhubung dengan Roniu Liu untuk menyuarakan tuntutan mereka dan direalisasikan kerajaan negeri.


Keributan di Selangor kini semakin hari mendedahkan siapa sebenarnya yang rugi jika emosi mengatasi akal dalam memilih kerajaan.


Di Kota Damansara khabarnya nasib ibu tunggal dibiarkan terkontang-kanting gara-gara polisi pentadbiran kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkusasa tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang mengarahkan mereka keluar dari rumah PPRT kerana gagal melangsaikan tunggakan sewa. Dimana keadilan kepadan golongan tertindas dinegeri Selangor agaknya, mungkin keadilan itu hanya wujud kepada pemimpin DAP dan PKR negeri sahaja yang sebelum ini seringkali mengungkapkan hanya mereka yang boleh membawa keadilan kepada rakyat. Nah, apa yang berlaku kini membuktikan slogan itu hanya untuk diri mereka sahaja.


Jesteru itu ada kemungkinan besar DAP melalui Roniu Liu sebenarnya yang memberi cadangan kepada Khalid gagap merompak duit zakat yang didermakan umat islam Selangor, jika berpandukan kepada beberapa contoh punca kekalutan dinegeri Selangor kini.


Apa yang menyedihkan kini dimana suara PAS Selangor, dimana suara Dr. Hasan Ali exco PAS Selangor dalam menguraikan kekalutan di Selangor kini? Adakah benar kenyataan yang dikeluarkan ketua pemuda PAS Selangor yang mengatakan bahawa mereka akan cuba mempertahan kerajaan negeri Selangor adalah retorik semata-mata, kerana yang jelas kini semakin banyak kariah PAS kawasan yang kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid gagap yang banyak merujuk kepada Roniu Liu dalam melakukan tindakan, termasuk dalam hal ehwal orang melayu dan masyarakat Islam.

3 comments:

dino_yps@yahoo.com said...

Woi! Lu ingat PAS berani sama DAP?

yopman said...

Salam sejahtera,
Penghinaan dan tekanan terhadap orang Melayu di Selangor terlalu banyak didedahkan oleh akhbar arus perdana dan media baru.
Malangnya hingga kini belum ada didengar atau dilihat satu gerakan NGO Melayu di negeri itu menzahirkan bantahan rakyat secara beramai-ramai.

Ayuh! anak Selangor. Kembalikan kegemilangan negeri Selangor sepertimana era Dato' Harun Idris.

Anak negeri bernama Khalid Ibrahim terbukti gagal mengekalkan kecemerlangan Selangor sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia.
Semangat Melayunya telah lama hilang kerana khayal dgn nyanyian puak DAP yg begitu bermerajalela.

Shah Alam yg dianggap sebagai bandaraya Melayu cuba dirampas dan dicemar budaya kehidupan hariannya oleh golongan Kongsi Gelap yg berjaya meletakkan dirinya mengatasi MB.

Melayu dihina dan cuba diganggugugat. Sementara agama Islam cuba dicemar dgn membanyakkan premis maksiat di SA.

Hassan Ali yg gah dgn parti Islamnya lenyap entah ke mana. Sunyi sepi tak berani bersuara. Terkenal memberikan motivasi kpd orang lain tapi diri sendiri tak termovasikan.

Ayuh! Melayu Selangor.... Bangun menentang kezaliman dan buktikan majoriti rakyat telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Kongsi Gelap yg ada sekarang.
Bertindak segera dgn memohon perkenan Sulatn supaya DUN Selangor dibubar bagi memberi laluan kpd PRK.

Tom Yam said...

PAS kini diperkecil oleh DAP PKR, alangkah sedihnya negeriku ini terjajah gara orang2 islam sendiri yang berpecah belah