Thursday, August 6, 2009

Krisis pakatan rakyat: Nasrudin Tantawi tegur Anwar?


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan meminta ketua kakitangannya di Pejabat ketua menteri, Jeff Ooi menarik balik kenyataannya sekiranya wajar mengenai tuduhan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dianggap ekstremis oleh ahli Parlimen Jelutong tesebut.

Isu ini dikatakan wujud gara-gara Jeff Ooi cuba mengaitkan JIM dalam pertelingkahan peribadingnya dengan Mohd Razali seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Sementara itu Mahfuz Omar Naib Presiden PAS pula menyarankan agar pemimpin Pakatan Rakyat dikenakan tindakan disiplin terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan imej baik gabungan pembangkang. Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut juga berkata tindakan juga harus diambil terhadap ketua kerajaan negeri Pakatan, barisan exco atau pegawai masing-masing yang terlibat merosakkan imej gabungan itu, seperti dilapor Harakahdaily.

Berdasarkan kenyataan Lim Guan Eng ia seakan tidak menampakkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut mengambil tindakan serius desakan Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar. Seperti juga tindakan Menteri Besar Selangor Khalid gagap yang mengenepikan permintaan PAS Selangor yang meminta Roniu Liu dilucutkan jawatan menjaga portfolio PBT.


Begitulah hebatnya mainan politik DAP dan PKR, sekiranya isu tersebut terkena pada batang hidungnya, mereka akan cuba mengelak seboleh mungkin.


Namun kalaulah isu itu dikaitkan dengan orang Melayu, DAP dan PKR lah akan bangun bangkit menuntut orang Melayu tersebut meminta maaf kononnya didikriminasikan.


Tentu kita masih ingat bagaimana seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang dahulu terpaksa digantung keahlian dalam UMNO kerana desakan parti2 politik bukan Melayu yang mengatakan Ahmad Said bersikap rasis kerana mengeluarkan kenyataan orang cina sebagai pendatang.


Nah, sekarang mengapa orang Melayu juga tidak menanggap kenyataan Jeff Ooi sebagai rasis kerana tindakannya mengaitkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstrim seolah mengatakan Islam adalah pengganas. Bukankah itu juga menghina umat islam?


Di Selangor pula apabila Roniu Liu menfatwakan arak bukan minuman keras tindakkan tersebut seolah seakan menafikan hak beragama orang islam. Adakah sepanjang menjadi warganegara Malaysia beliau tidak faham islam memang mengharamkan umatnya menyentuh apalagi meminum minuman keras.


Namun apakah asas utama beliau mengarahkan Pihak berkuasa MBSA memulangkan kembali minuman dari dirampas. Adakah Roniu Liu hanya ingin menjaga hak asasi golongan kapitalis bukan islam sahaja.


Nasrudin Tantawi mengulas isu tersebut dalam lamannya menyatakan sewajarnya golongan tersebut merujuk terlebih dahulu kepada para alim ulama islam berkait dengan dasar dan prinsip Islam. Dan tidak berpandukan kepada golongan yang menentang Islam dan kelompok Islam Liberal dan pelampau.


Soalnya kepada siapa sebenarnya teguran Ketua Pemuda PAS tersebut, kerana kita mengetahui bahawa Ronie Liu dan Jeff Ooi adalah pemimpin DAP, dan kedua mereka ini difahamkan lebih selesa menjalinkan hubungan dengan kelompok Islam moderat seperti Anwar Ibrahim dan yang sealiran dengannya didalam Pakatan Rakyat.


Adakah ini menunjukkan Nasrudin Tantawi menyalahkan Anwar kepada kekalutan yang berlaku dalam krisis pakatan rakyat ini.


Mana mungkin UMNO boleh disalahkan kerana pemimpin MCA dan MIC dilihat menghormati hak orang melayu dan islam dan sukar sebenarnya kita melihat pemimpin bukan Islam dalam BN mengeluarkan kenyataan yang menghiris perasaan umat islam, seperti kenyataan pemimpin bukan Islam DAP.


Umum tahu bagaimana kerasnya perjuangan DAP terhadap cubaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.




No comments: