Thursday, August 20, 2009

Kesian Wong Chuan How, lutut cedera kaki berbalut.?


Apabila Pembantu Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ronnie Liew iaitu Wong Chuan How hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bagi memberi keterangan ke atas laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Ogos lalu, dalam keadaan kaki kanannya berbalut dari hujung kaki hingga paras lutut hati kecil teringat kisah P.Ramlee dalam filem Madu 3 yang melakonkan watak seorang lelaki bernama Jamil yang suka berpoligami sehingga sanggup menipu si isterinya bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga.


Mungkin P.Ramlee sudah nampak situasi itu akan berlaku dalam konteks kehidupan rakyat Malaysia, sebab itu dibuat filem itu dengan penuh unsur sinis dan sindiran.


Dalam kes Wong Chuan How, aksinya lebih kurang sama dengan kisah poligami Jamil dalam cerita tersebut kerana ia dilakukan bagi menjaga kesejahteraan rumahtanga pakatan rakyat di Selangor. Wong terpaksa menipu dengan hasrat madunya Parti PAS tidak lagi membuat bising, begitu juga tangungannya iaitu rakyat Selangor yang kini seakan merintih dan tidak merasa selamat dengan belaian DAP.


Jika sebelum ini orang asyik mengatakan DAP suami yang jahat, kini Wong cuba membuktikan mereka tidak jahat tetapi orang lain yang jahat. Maka dibalutnya keseluruhan kaki beliau walaupun cedera bahagian lain.


Wong seperti ditukil akhbar Sinar memaklumkan dirinya kini bertambah baik selepas mengalami kecederaan di lutut yang didakwa disebabkan kekasaran SPRM.


“Esok saya akan mendapatkan rawatan secara ulangan di Hospital Serdang dan kini keadaan semakin pulih walaupun terpaksa menggunakan tongkat,” katanya.


Nampaknya tingkah lakunya tak ubah seperti watak Jamil dalam madu tiga, mungkin selepas ini Wong akan meminta orang awam mengatakan KESIAN pada dirinya.


Kalau kita soroti kejadian sebenar, tidak nampak kekasaran dari pihak SPRM terhadap beliau, cuma beliau sendiri yang dilihat cuba mencari alasan dan memberontak untuk mencipta gimik agar nampak imej pihak berkuasa buruk. Sekiranya beliau memberi kerjasama kepada pihak berkuasa nescaya dirinya tidak akan jatuh tersemban ke lantai.


Sebenarnya tindakannya tidak ubah seperti tindakan Tan Boon Hwa dalam kes berkaitan kematian Teoh Beng Hock. Umum mengetahui selepas kematian Beng Hock, Boon Hwa orang yang paling pelik tingkahlakunya dari tindakannya mengadakan sidang media dan saman terhadap SPRM hinggalah kepada lakonannya untuk memburukkan pihak SPRM .


Walhal dia tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku diantara beliau dan Beng Hock, Yang didedahkan dan digembar-gemburkan adalah kejahatan SPRM. Inilah tindakan paling hipokrit DAP, kerana ingin menutup isu sebenar yang berlaku ke atas mereka.


Dalam kes Wong Chuan How siasatan ingin dilakukan kerana dikatakan Wong terlibat dengan penyelewengan peruntukan kewangan, dan difahamkan beliau terlibat dengan 240 penyediaan invois palsu untuk membolehkan duit itu disalurkan ke dalam parti DAP. Mungkin ini yang menyebabkan ia ditakuti oleh DAP sebenarnya, jesteru itu dicipta sebuah skrip baru untuk melenyapkan kisah penyelewengan tersebut.

No comments: