Tuesday, August 11, 2009

Kematian Beng Hock- benarkah ada saksi lihat pertengkaran?

Benarkah ada saksi baru yang sebenarnya dapat memberikan jawapan kepada banyak persoalan dalam kes yang melibatkan kematian pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Jika benar dakwaan wujudnya saksi baru tersebut, maknanya masyarakat sekarang sebenarnya cuba dibohongi dengan manipulasi fakta dan persepsi rekaan Tan Boon Hwa dan Gobind Deo.

Sebab itu wujud dakwaan mengatakan sebenarnya Gobind Deo sudah tahu siapa pembunuh Teoh Beng Hock, namun demi kepentingan politik anak kepada Karpal Singh itu cuba menutup kebenaran dan membawa masyarakat ke alam ciptaannya, iaitu menjadikan SPRM mangsa tuduhan kematian Teoh Beng Hock, sekaligus dapat menutup segala kepincangan yang wujud didalam parti DAP.

Suatu fakta yang kini adalah jelas adalah Tan Boon Hwa dikatakan telah bertengkar dengan Teoh Beng Hock di tandas, tingkat 14, pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45, pada 16 Julai 2008. Sebelum ini, umum difahamkan beliau merupakan saksi terakhir berjumpa Teoh pada pukul 6. 15 pagi sebelum dikatakan berlaku kematian saksi utama kes penyelewengan kewangan DAP.

Desas desus juga mengatakan keluarga Teoh Beng Hock sebenarnya tidak mahu isu ini dijadikan isu politik oleh pihak DAP, kerana keluarga Teoh sendiri sebenarnya sudah merasakan ada perkara yang tidak kena dalam DAP, dan sebab itu juga tunang kepada Teoh pernah mengatakan bahawa dia ingin berhenti dari memegang jawatan tersebut.

Namun disebabkan jawatan Teoh adalah jawatan politik, keluarga Teoh tidak dapat berbuat apa-apa dengan tindakan DAP yang menjadikan isu kematian Teoh sebagai isu politik.

Jika difikirkan logik akal kita, dakwaan kematian Teoh dikaitkan dengan SPRM adalah tidak berasas sama sekali, di pihak SPRM sudah tentu Teoh merupakan saksi penting terhadap segala dokumen yang diserahkan kepada SPRM untuk diakui, dengan matinya Teoh tentu akan menyukarkan kerja pendakwaan di pihak SPRM, kalau benar saksi itu ingin dihapuskan tentu kita sudah boleh mengagak siapa yang ingin melakukannya.

Pada malam siasatan terhadap Teoh dilakukan dikatakan wujud 3 lagi saksi lain yang turut berada dibangunan SPRM, seorang berbangsa Melayu dan tiga orang berketurunan cina, yang menjadi tanda tanya dua saksi berbangsa cina tersebut dikatakan enggan pulang walaupun sudah dilepaskan seawal jam 1.30 pagi dan 5 pagi.

Sebaliknya meminta izin kebenaran untuk berehat di bangunan SPRM, namun yang pelik dan janggal lagi ialah selepas hebohnya kes kematian Teoh, seorang saksi tersebut telah membuat saman ke atas SPRM atas dakwaan SPRM melanggar prosedur siasatan dan menahannya dari jam 8.30 malam hingga 1. 30 tengahari sedangkan faktanya dia sudah dibenar pulang oleh pihak SPRM jam 1.30 pagi sebelum diarahkan datang kembali ke pejabat SPRM keesokkannya dan pegawai SPRM sendiri yang ingin menghantarnya pulang ke kediamannya.

Adalah jelas sebenarnya Tan Bon Hwa cuba mengelirukan audien khalayak dengan tindakan samannya ke atas SPRM, kepada Tan Boon Hwa kalau ditakdirkan Teoh mampu hidup kembali beliau sudah tentu tersenyum sinis melihat lakonan anda. Realitinya Teoh cuba dipergunakan oleh Tan Bon Hwa dan DAP untuk menutup segala kelemahan dan penyelewengan organisasi.

3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

kesian anak muda TBH jadi mangsa kerakusan politik kotor DAP !!

hidup terseksa..mati pun terseksa sebab dijadikan politik mailage oleh otai otai DAP yang pakar dalam divert issue untuk mengelirukan rakyat.

oh saya terlupa geng mereka ramai dari kalangan lawyer.

patutlah nama lawyer buruk sering dijadikan joke orang kita hahahaha...

Anonymous said...

hati-hati dengan gaya pembangkang yang di dominasi DAP yang bijak meminupulasi keadaan hingga menampakkan apa yang berlaku adalah salah kerajaan BN , hakikatnya segala kenelut yang berlaku adalah dalam kerajaan PR namun kerana mereka bijak menunding jari pada Kerajaan BN . AWASSSS

Blood Seeker said...

Gobind singh mengamuk masa inkues...ha, nampak dari ekspresi muka 'aku kantoi' tu dah tau...dia sembunyikan sesuatu-sesuatu dah nak terkeluar- dan dia cuba mengcover.

Malahan dia jugak melawan statement yang diberi saksi dengan MENUDUH pulak saksi bahawa dia bersalah? what the heck....siapa tertuduh siapa saksi...? xpaham sungguh

Aku juga rasa dia dan bapaknye memang anti-melayu.