Wednesday, August 5, 2009

Jeff Ooi (DAP) tuduh JIM 'ekstremis agama' ?




Di Pulau Pinang kira-kira 300 anggota gabungan NGO islam berkumpul bagi menyuarakan sokongan mereka kepada wakil mereka yang mewakili 27 pertubuhan Islam untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat Ketua Menteri pulau Pinang.
Sambil meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Jeff Oii Ahli Parlimen Jelutong (DAP), yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam".

Kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12, antaranya ialah, YB Ooi telah mengkritik hebat Mohd. Razali bin Abdullah, seorang Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada parti PKR dan menuduh ahli majlis tersebut sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi juga mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang into membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").


Kenyataan YB Ooi tersebut telah menyebabkan wujud suara bantahan dikalangan pemimpin islam dalam pakatan rakyat. YB Zulkifli Noordin dalam blognya telah mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Dan menganggap kenyataan yang dilontar Yb Ooi dalam akhbar tersebut dibuat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau. Beliau juga menyeru supaya Jeff Ooi meminta maaf kepada Mohd Razali Abdullah dan umat islam. Sambil menegaskan tindakan YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut telah menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan chauvinis.

Dalam pada itu, Presiden JIM Jamaluddin Abdullah seperti dipetik dari harakahdaily mengatakan bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dengan Razali Abdullah. Selain itu Jamaluddin juga turut mendesak Oii supaya memohon maaf kepada badan tersebut dan ngo islam lain.

1 comment:

TokAyah said...

Sudah dijangka PAS jangan perasan kononnya dia mendapat sokongan daripada DAP. Pas hanya dikuda untuk DAP boleh mengambilaalih pemerintahan dan berkuasa. Kalau kita cakap PAS bodoh mereka marah. Kenyataannya DAP tidak akan menerima perjuangan PAS. Selepas ini perkara ini akan dibawa kpd Al Liwati dan akan diselesaikan dengan mengatakan BN?UMNO sengaja nak memecahbelahkan PAKATAN GANGSTER. BODOH YANG TAK BOLEH DIAJAR!!!!!!