Monday, August 10, 2009

Anthony Loke Hina Islam, bukti Anwar pengkianat

Hingga saat ini Loke Siew Fook, Ketua Pemuda DAP kebangsaan masih berdiam diri, baling batu sembunyi tangan, gara-gara tindakannya mencerca dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pendakwah islam terkemuka ekoran tidak sependapat mengenai isu anak luar nikah yang diutarakan pendakwah tersebut.

Kalau dahulu isu Natrah telah menyebabkan orang Melayu bangkit menyuarakan bantahan kepada pihak Inggeris di Singapura hingga berakhir dengan protes besar-besaran umat islam.

Situasi itu wujud kerana melibatkan isu akidah dan penghinaaan kepada agama islam, ekoran itu orang Melayu bangkit menyuarakan ketidakpuashatian kepada pihak berkuasa semasa itu, itu membuktikan orang Melayu memang sensitif dengan agama Islam, walaupun mangsa yang cuba dibela itu adalah Natrah gadis keturunan Belanda, yang baru-baru ini telah kembali ke alam baqa seperti dilaporkan media.

Kalau dahulu orang Melayu boleh bangkit membela dalam kes Isu Natrah, adakah Dr. Ridzuan Tee seorang saudara kita berbangsa Cina tidak layak mendapat pembelaan dari orang Melayu.
Dia dikecam dengan kata-kata penuh cercaan, celaan dan tidak masuk akal oleh Ketua Pemuda DAP, kata-kata kesat tersebut juga turut mengaitkan hinaan terhadap agama islam, walaupun kini laman blog tersebut telah ditutup oleh pemiliknya namun Loke Siew Fook tidak boleh mengandaikan isu tersebut sudah tertutup rapat.

Selagi tidak ada penjelasan dan kenyataan memohon maaf dikeluarkan selagi itu umat islam tanpa mengira Ideologi di Malaysia harus mendesak Ahli Parlimen Rasah tersebut dan pihak parti DAP.

Kepada pimpinan yang mengakui beragama islam, isu ini bukanlah isu Melayu UMNO atau Melayu PAS atau Melayu PKR tetapi isu yang melibatkan penghinaan kepada agama islam.
JIka dahulu tindakan keras diambil terhadap sesiapa yang cuba merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum agama di Malaysia tanpa mengira siapa pun orang tersebut, kenapa tidak hari ini tindakan sama dilakukan kepada Loke Siew Fook.
Jika penerbit filem fitna Geert Wilders yang juga merupakan ahli Parlimen di Belanda boleh dikecam seluruh umat islam didunia, apakah tidak boleh umat islam melakukan kecaman yang sama terhadap Loke Siew Fook. Adakah tidak boleh pihak NGO islam mengambil kata sepakat mengecam orang yang menghina islam dan cuba mewujudkan kekacauan dan menjejaskan kehamornian rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

Rentetan pelbagai isu sensitif dam melampau dilakukan oleh pimpinan DAP adakah tidak boleh difikir jalan menuntut pihak pimpinan parti tersebut memberi penjelasan. Dalam situasi ini PAS seharusnya mengambil jalan terbaik bagi menampakan mereka adalah sebenarnya pihak yang memperjuangkan islam.


Jika PAS sendiri seolah tidak berminat membela Dr. Ridzuan Tee dan maruah Islam gara-gara ingin menjaga hubungan politik dalam pakatan rakyat. Apa lagi yang mahu ditunjukkan oleh PAS sebagai bukti bahawa mereka memperjuangkan Islam. Adakah hanya hudud retorik modal kempen untuk membuktikan bahawa PAS ingin mendaulatkan islam?

Jika selama ini mereka sering memberi alasan ingin berdakwah kepada DAP dan itu yang menjadi asas kesanggupan PAS bekerjasama dengan parti tersebut. Adakah kata-kata Loke Siew Fook adalah manesfestasi hasil dakwah tersebut? jika kita lihat situasi hari ini apa yang dilakukan pemimpin DAP nampaknya dakwah UMNO terhadap MCA lagi bijak dan berhikmah.

Kerana pemimpin MCA mengelakkan diri mereka menyentuh isu dan hal ehwal orang Melayu dan agama Islam di Malaysia tidak seperti apa yang diucapkan oleh kepimpinan bukan islam DAP.

Dimana bung Anwar Ibrahim saat ini, kenapa beiau seolah menyembunyikan diri dan tidak mengulas dalam pelbagai isu tindakan kurang ajar pemimpin DAP, sebaliknya tindakan Zulkifli Nordin ( Kulim) yang menyertai protes bantahan penganjuran Forum Anti Islam IFC anjuran Bar Council dulu diambil tindakan displin dan Anwar amat peka sekali dengan rungutan Bar council dan suara pemimpin bukan islam dalam PKR dan DAP.

Adakah ini membuktikan Anwar merestui apa yang dilakukan pucuk pimpinan DAP sekarang? Jika ya, nyatalah Anwar bukan sahaja pengkianat Melayu malah layak digelar pengkianat negara juga, kerana sanggup mengadaikan keharmonian kehidupan bermasyarakat rakyat Malaysia yang berbilang kaum semata-mata ingin meraih populariti politik.

No comments: