Wednesday, July 1, 2009

Disebalik kisah babi dikedah, Min aina, ila aina PAS?-


DI kedah gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan menutup pusat penyembelihan babi di Alor Star, parti DAP Kedah melalui ketuanya Thomas Su mengambil tindakan keluar dari Pakatan Rakyat negeri Kedah. Suhu politik yang sejuk di bandaraya Alor Star ini tiba-tiba hangat kembali gara-gara babi punya cerita, sehangat dunia diancam selsema babi.

Situasi ini mencetuskan pelbagai persolan, dalam erti kata lain ia mungkin mainan dan tarian kipas DAP untuk meyakinkan orang Cina bahawa mereka lebih menjaga kebajikan orang Cina berbanding pihak lain. Pengumuman Liberalisasi sektor ekonomi dan kewangan di Malaysia seperti diumumkan oleh pihak kerajaan telah mula dipandang positif oleh masyarakat Cina Malaysia, DAP begitu risau jika undi masyarakat Cina akan beralih arah dan MCA akan kembali mendapat sokongan. Jesteru itu harus ada satu kaedah untuk membendung perkara ini, caranya ialah cuba mewujudkan isu kepentingan masyarakat cina. Semua ini tidak mustahil berlaku, kerana ini adalah seni berpolitik, berpura-pura bergaduh dipermukaan namun disebalik tabir tangan digengam erat.

Sementara itu, di Kelantan ketika ini aktiviti melobi dan berkempen Pilihanraya kecil Manek Urai sedang rancak berlansung, dan ia adalah ujian pertama untuk PAS Kelantan menilai adakah kerjasama PAS dan DAP diterima oleh rakyat Kelantan. Dalam saat pilihanraya ini pelbagai kemungkinan berlaku jika PAS gagal menterjemahkan bahawa mereka adalah pembela kepada masyarakat Melayu islam yang sebenarnya. Adakah natijah tindakan Majlis Bandaraya Alor Star menutup pusat penyembelihan babi di Alor Star hanya untuk meyakinkan pengundi di Manek Urai bahawa PAS memang menjaga hak orang Islam? atau ia hanya gimik sementara untuk pilihanraya.


Dalam konteks Kelantan corak politik DAP sebenarnya ditolak oleh rakyat Kelantan, malah cina Kelantan pun menolak cara politik DAP, sebab itu kalau kita perhatikan DAP Kelantan semacam hidup segan mati tidak mahu. Dan stuasi di Kedah pun seakan sama, orang Melayu Kedah secara tradisinya menolak cara politik yang diamalkan oleh DAP. Buktinya dalam pilihanraya 2008, DAP kedah hanya bertanding dua kerusi satu kerusi iaitu Dun Derga, DAP kalah kerusi tersebut kepada BN, kerana ia melibatkan pertandingan tiga penjuru malah DAP hanya meraih sekitar dua ribu sahaja undi, manakala di kerusi di Dun Kota Darul Aman DAP hanya menang dengan 804 undi dalam pertandingan satu lawan satu dikawasan majoriti cina.

Ini membuktikan orang Melayu di Malaysia sebenarnya menolak cara Politik DAP, cuma apabila dipaksa kahwin dalam Pakatan rakyat, Melayu yang berada didalam PAS hanya mampu menerima dan akur sahaja arahan dari pucuk pimpinan Parti demi kuasa politik, walaupun didalam sanubari hati hanya meraka yang tau tahap kebencian mereka kepada DAP.


Sebab itu, Presiden PAS seringkali menyatakan bahawa Parti itu tidak wala' kepada DAP walaupun mereka menjalinkan kerjasama. Namun kenyataan Haji Hadi ini telah menimbulkan suasana berbelah bahagi didalam PAS malah juga kepada PKR dan DAP. Di dalam PAS ekoran liciknya politik Anwar sudah mula wujud kecenderungan supaya perkongsian antara parti didalam Pakatan Rakyat harus menyamai apa yang ada didalam Barisan Nasional dalam erti kata lain PAS harus akur kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang disandang oleh Anwar Ibrahim. Manakala PKR dan DAP difahamkan amat berang dengan tindakan pucuk pimpinan PAS yang seringkali bertindakan sendirian dan melawan arus dalam isu membabitkan isu agama islam dan hak orang Melayu.

Mungkin ini yang menyebabkan Anwar Ibrahim panas punggung terhadap kumpulan Haji Hadi, sehingga digerakkan jenteranya melalui kumpulan Husam di internet supaya membongkar dan memberi imej tidak baik kepada kumpulan haji Hadi.

Kalau sebelum ini UMNO seringkali dilabel jahat kerana dikatakan tidak menyukai Ulama, namun perkembangan kebelakangan terkini amat memeranjatkan apabila Ulama didalam PAS sendiri dihina sebegitu teruk oleh kumpulan Anwar didalam PAS, rasanya UMNO sendiri pun tidak pernah tindakan provokatif dan menghina sebegitu rupa kepada Haji hadi dan kumpulan Ulama di dalam PAS.

Adakah ini sebenarnya yang diinginkan oleh parti yang sentiasa mendakwa mereka adalah pihak yang benar, sedangkan dikalangan kelompok mereka sendiri pun ada yang mempertikaikan pucuk pimpinan mereka. Kumpulan Haji Hadi mendakwa mereka betul dan Kumpulan Pro Anwar mendakwa mereka betul.

Akhirnya yang ketawa dan untung paling besar adalah PKR dan DAP, Anwar tentu tersenyum lebar melihat situasi didalam PAS sekarang, walaupun dalam keluh kesah hatinya cukup tidak tenteram dengan kes liwat yang akan dihadapinya sekarang.

No comments: