Wednesday, July 15, 2009

Kenapa pengundi Muda Melayu beralih arah-sokong UMNO?


Bila PAS hanya menang tipis 65 undi di Manek Urai, Ketua Pemuda PAS Kelantan telah menyalahkan pengundi muda seperti dipetik dari portal Malaysiakini, Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

Adakah betul kata ketua Pemuda PAS tersebut atau sekadar retorik untuk menepis diri, pilihanraya di Manek Urai merupakan ujian pertama kepadanya sebagai ketua pemuda PAS Kelantan, jika sebelum ini pemuda dan pemudi di kelantan dipuji kerana memainkan peranan besar dalam menyokong PAS pada pilihanraya 2008, namun kali ini golongan ini disindir oleh pemimpin PAS, Sementara itu Husam pula menuduh orang kelantan terpengaruh dengan wang yang menyebabkan undian terhadap PAS merosot. Persoalannya adakah semurah itu nilai orang muda di kelantan untuk menerima duit daripada UMNO, dan adakah Husam bersih dari semua sudut itu, rasanya orang Kelantan boleh tau siapa Husam dan siapa yang bermain politik wang sebenarnya.

Saat ini pemimpin PAS tentu kebingungan mengapa separuh orang Manek urai menolak PAS kali ini, kalau benar kebajikan mereka terbela sudah tentu undian yang diperolehi sewaktu pilihanraya tahun 2008 akan kekal, namun hakikatnya banyak undi yang lari menyeberang kepada UMNO.

Adakah Menteri Besar sudah "habis GAS" di Kelantan? atau orang kelantan tidak selesa melihat gabungan PAS dan DAP dan sikap Nik Aziz berdolak dalih dalam banyak perkara, hingga memeningkan orang kelantan sendiri.

Dengan kemenangan tipis ini juga akan turut memberi mesej cukup mendalam kepada ketua pakatan Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim bahaya orang Melayu sebenarnya tidak kesemua terpengaruh dengan agenda perubahan yang dilagukannya di Manek Urai.

Ya benar, ceramah PAS ramai yang datang, tapi di peti undi terjemahannya adalah berbeza, mungkin pengundi Manek Urai yang dianggap kolot oleh Anwar Ibrahim itu lebih bijak menilai peribadi Anwar sewaktu berkempen disana. Maklumlah orang kampung biasanya lebih bijak menilai mana satu yang lebih baik untuk diyakini.
Mungkin senario ini sebenarnya sudah dapat dihidu oleh Haji Hadi Hadi Awang dan begitu juga Menteri besar Kedah, sebab itu kalau kita melihat kedua tokoh PAS ini lebih berhati-dalam mengeluarkan pendapat dan melaksana tindakan. Kerana mereka bimbang undi orang Melayu akan pergi kepada UMNO. Namun Di kelantan Nik Aziz dilihat begitu terpengaruh dengan pembantu tingkat satunya hingga imejnya sendiri di Manek urai ketika ini amat lemah berbanding sebelum ini.
PAS seharusnya terhutang budi kepada UMNO kerana gerak kerja UMNO difahamkan masih belum "all out" di Manek Urai. Cuba bayangkan kalau kesemua jentera UMNO bergerak di Manek Urai sudah tentu keputusan pilihanraya akan menjadi terbalik.
Semua keadaan ini akan diperhatikan dari jauh oleh Anwar Ibrahim, mungkin di saat ini beliau terpaksa menangguhkan sementara projek pilihanraya baru seperti yang cuba diaturkannya, memandangakan terdapat perubahan besar "moo" dikalangan pengundi Melayu terhadap UMNO BN.

No comments: