Thursday, July 9, 2009

kenapa Anwar mohon tangguh kes liwat?


Perbicaraan kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguhkan kepada 15 Julai ini kerana peguam utamanya iaitu Sulaiman Abdullah, dilaporkan tidak sihat, demikian menurut beberapa laporan media.Kes itu sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi semalam.
Namun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah, telah menerima permohonan pihak peguam bela walaupun pihak pendakwa membantahnya dengan alasan peguam lain boleh mengendalikan kes tersebut, kata laporan laman web Malaysiakini.Dalam kes tersebut Datuk Seri Anwar, 61 tahun, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.
Rabu ini, mahkamah akan mendengar semula sebutan tarikh permohonan Datuk Seri Anwar bagi mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwa untuk membantu kes pembelaannya.Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Datuk Seri Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya. Hanya selepas kedua-dua permohonan itu selesai didengar, maka mahkamah akan meneruskan dengan perbicaraan kes liwat tersebut.
Laporan tersebut juga berkata Sulaiman tidak sihat sejak Jumaat lalu ketika beliau memohon penangguhan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berhubung kes itu.Ditanya apakah penangguhan itu sengaja dilakukannya, pemimpin pembangkang menafikannya sambil berkata ia disebabkan oleh Encik Sulaiman yang masih sakit dan berada di hospital.
"Saya tidak cuba tangguhkan perbiacaraan ini tapi pihak pendakwaraya yang tidak mahu memberikan dokumen yang diperlukan walaupun sudah diminta peguam saya sebelum ini,"
katanya pada sidang akhbar di pekarangan makhamah, yang dipetik oleh akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), semalam."Ia seakan-akan mengejek keseluruhan proses (keadilan) ini. Mereka menyembunyikan banyak bukti daripada para peguam saya. Tidak ada ketelusan. Dakwaan ini dibuat-buat," kata Datuk Seri Anwar, seperti dilaporkan agensi berita AFP.'
Mereka akan mencari apa saja alasan untutk menafikan (peluang) kepada saya untuk berfungsi sebagai pemimpin pembangkang,' katanya lagi.'(Tetapi) saya akan melawan ketidakadilan, saya tidak takut ditahan,' tegasnya.
Agensi berita Reuters pula melaporkan bahawa berbeza dengan kes liwat pertama pada 1998, yang menyaksikan ribuan penyokong Datuk Seri Anwar berasak-asak ke mahkamah, kes kali ini hanya melihat segelintir penyokongnya.
"Tiada lagi ketegangan seperti sebelumnya. Ia kelihatan seperti satu suasana lazim. Saya penat dengan kes ini,: kata seorang jurujual, Mohd Amir Hamzah, kepada Reuters.

Sementara itu pada sebelah malamnya, Anwar bersama dengan Sivarasa Rasiah, Azmin Ali dan Zaid Ibrahim bertemu dengan para penyokong PKR di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang, dengan dihadiri 3000 penyokong setia. Dengan menggunakan Sivarasa Rasiah sebagai panglima perang, Anwar cuba menyatakan bahawa semua tuduhan liwat tersebut adalah konspirasi pihak kerajaan terhadap dirinya.

Kalau benar ini adalah konspirasi seperti dakwaan Anwar, menjadi pertanyaan ketika ini dikalangan orang ramai kenapa Anwar beria-ia menanguhkan perbicaraan ini. Dan sekiranya benar kenyataan Sivarasa Rasiah bahawa peguam Dato' Seri Anwar akan melawan habis-habisan, namun orang ramai bertanya kenapa dari sehari ke sehari kes ini tertangguh lagi.

Yang anehnya lagi di saat terkini, para pemimpin tertinggi PKR sibuk berceramah di seluruh Selangor seolah-olah mereka adalah hakim dan telah menjatuhkan hukuman ke atas Saiful, sedangkan kes ini masih belum dibicarakan lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Anuar ada 9 orang peguambela kalau tiap kali peguam ni sakit 10 Tahun lagi, kes ni tak jalan, yang kena tipu ialah rakyat Malaysia. Susah sangat nuar bersumpahlah, rakyat dah bosan dengan kerenah kau.