Tuesday, July 21, 2009

Kematian Beng Hock kemana haluan dibawa?

Laman TV antara mengatakan media massa cuba memainkan isu perkauman apabila menyentuh kematian Teoh Beng Hock, berdasarkan laporan Utusan Malaysia dan berita Harian. Benarkah dakwaan media pembangkang tersebut, kerana cuba kita teliti apa yang dimainkan oleh akhbar Cina sejurus kematian Beng Hock.

Nanyang Siang Pau




Kandungan muka depan Nanyang Siang Pau dipaparkan tajuk "Siasatan Peruntukan Negeri diakhiri Kematian". Akhbar ini berpendirian secara mudah seolah SPRM perlu bertanggungjawab dengan kejadian tersebut, memandangkan ia mati sewaktu ditahan oleh pihak SPRM. Mereka juga dengan mudah menghukum Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dianggap gagal dilaksanakan. Selain itu mereka juga mendesak Pegawai SPRM meletak jawatan dan memperlekeh prestasi SPRM.




Sin Chew Daily
Akhbar ini pula telah menyiarkan gambar keluarga Teoh beng Hock menangis di muka depan dan melaporkan artikel seolah SPRM yang bersalah.

Timbalan Ketua Pengarang, Tay Tian Yan dalam tulisannya telah mengungkit kes banglo Khir Toyo, dan mempersoalkan sama ada kes ini telah disoal-siasat, atau dibiarkan sehingga dilupakan kemudian? dan memperleh kerja SPRM yang dianggap tidak berkesan.

China Press



Sementara akhbar China Press pula banyak memaparkan gambar tempat kejadian, perhimpunan orang ramai dengan nyalaan lilin, gambar kedua-dua ibu bapa, dan gambar Beng Hock.

Dari muka muka surat ke-4 hingga ke-7 banyak disiarkan berita Beng Hock dan disensasikan dengan pelbagai pandangan. Tajuk utama akhbar memuatkan hujah abang kandung Teoh, yang mempertikai kemungkinan Teoh membunuh diri.

Walaupun hasil siasatan masih belum dikeluarkan kebanyakkan akhbar pembangkang dan akhbar Cina seolah sudah membuat keputusan. Mereka seolah menyatakan secara tersirat, Beng Hock dizalimi disamping mengada-adakan pelbagai cerita, untuk mewujudkan mod simpati berlebihan kepada Beng Hock.


Begitu juga dengan apa yang dilaporkan dengan akbar internet Merdekaview mereka cuba membandingkan apa yang berlaku ke atas Beng Hock ini dengan aktivis pergerakan demokrasi di Taiwan, Chen Wen-Chen (lelaki dalam gambar kanan) yang mayatnya terlantar di kampus Universiti Nasional Taiwan selepas menghadiri temujanji dengan pihak polis.

kata penulis di merdekaview :


"Yang pertamanya, pembunuhan dan kurungan adalah penindasan politik yang paling ekstrem. Apabila keabsahan pemerintah semakin terhakis, maka muslihat yang kasar digunakan. Namun, menggunakan pembunuhan dan kurungan untuk mengukuhkan kuasa adalah salah. Tetapi, sebaliknya, seandainya tiada pembunuhan dan kurungan, ia tidak bermakna penindasan politik tidak berlaku. Penindasan politik tidak semestinya melalui pendekatan keganasan.


Yang keduanya, semua kes penindasan politik ini telah diseragamkan, dibincangkan "ketidakwarasan secara kolektif" dalam Kementerian Dalam Negeri tanpa meneliti setiap kes.


Apakah muslihat Chia Wei Loon menulis artikel sebegini yang seolah cuba membuat andaian semua yang berlaku adalah kerja kementerian Dalam Negeri. Adakah benar semua dakwaan aktivis NGO tersebut, dengan membuat pelbagai prasangka buruk dan mengambarkan pemerintah yang sedia ada adalah kerajaan yang zalim kepada mangsa dan orang cina.

Sikap prejudis penulis ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi perkauman di Malaysia, tanpa mendapat maklimat sebenar hasil siasatan, penulis ini telah membuat andaian sendiri berdasarkan apa yang terfikir difikirannya.

Yang memelikkan lagi penulis ini membawa hujah seorang penulis Yahudi yang pernah menerima hadiah nobel keamanan, Elie Wiesel, seorang Yahudi berasal dari Romania dan sekarang menetap di NewYork itu:

" siasatan yang tidak menemui kebenaran, atau dilupai secara ansur-ansur, bermakna membunuh mangsa untuk kali yang kedua. Kita tidak mampu menghalang malapetaka pada kali pertama ia berlaku, namun tidak boleh membenarkannya berlaku untuk kali yang kedua.

Adakah penulis ini cuba membawa gambaran apa yang dialami orang Cina di Malaysia ini sama dengan apa diterima oleh orang Yahudi di eropah.

Elie Wiesel ini sebenarnya seorang tokoh Yahudi yang memperjuangkan Holocaust. Dan banyak menerima anugerah dari pelbagai badan tajaan yahudi dan Amerika kerana banyak memperjuangkan hak kebebasan orang Yahudi diseluruh dunia. Selain itu beliau pernah juga menerima kritikan dari Vatican atas isu kontroversi yang diucapkannya. Suatu fakta yang perlu kita ketahui Elie Wiesel ini juga banyak memainkan peranan dalam konflik di Dafur Sudan dan mempengaruhi polisi negara Israel.

Jika ini trend akhbar cina yang ghairah mensensasikan isu Beng Hock dan mengaitkan ia dengan penindasan orang Yahudi di eropah. Siapa yang yang sebenarnya bermain isu perkauman, adakah pihak kerajaan atau mereka sendiri yang ingin mencetuskan suasana tersebut demi keuntungan politik.

Dalam konteks negara pelbagai kaum seharusnya media cina mengambil sikap sebagai media yang bertangungjawab tanpa menyentuh isu perkauman dan tidak mengapi-apikan suasana serta tanpa prejudis berterusan ke atas SPRM selagi hasil siasatan belum dikemukakan.

No comments: