Saturday, July 11, 2009

Demo AMK di Ampang - ada kaitan masalah Khalid Gagap?


Akhbar tabloid Sinar Harian, 10 Julai melaporkan, sekumpulan 50 orang ahli PKR Ampang berperang mulut sesama sendiri, selepas mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim didewak Dato Ahmad Razali Ampang. AIDC News pula melaporkan kekecohan pada program yang dihadiri Anwar itu wujud kerana bantahan AMK Ampang tehadap perlantikan 3 ahli Majlis MPAJ yang didakwa mengenepikan suara akar umbi keadilan. Menurut blog tersebut juga kekecohan itu merupakan kemuncak ketidakpuashatian ahli AMK terhadap kepimpinan negeri (menteri besar Khalid Ibrahim) yang dilihat tidak mengambil serius aduan ahli diperingkat akar umbi.

Maklumat dari PKR Ampang mengatakan kekecohan itu diterajui oleh Aman Shah dan Farizman Shah sebagai simbol protes kepada kepimpinan negeri yang dilihat gagal mengotakan janji untuk memberi keadilan sebenar kepada ahli dan rakyat negeri Selangor.

Dan pada masa yang sama kelompok ahli keadilan melihat kepimpinan negeri gagal menterjemahkan kembali apa tindakan yang seharusnya dilakukakan seperti yang sering dilaungkan oleh sewaktu berkempen didalam pilihanraya sebelum ini. Desas desus juga wujud mengatakan keberanian kumpulan tersebut melakukan tindakan sedemikian kerana mereka mendapat sokongan dari Adun Bukit Antarabangsa iaitu YB Azmin Ali. Adakah ini bermakna Azmin Ali sebenarnya sudah nampak melihat wujud kelemahan ketara kepada pentadbiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Sehingga kini masih tiada penjelasan tepat diberikan oleh Khalid mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya seperti isu pembelian Lembu korban di kawasan Parlimen diwakilinya di Bandar Tun Razak dan isu penggunaan peruntukkan duit kerajaan negeri untuk membiayai kereta peribadinya.
Yang dilakukannya adalah menukarkan pegawai kerajaan berjawatan tetap di Pejabat Menteri Besar dan mengantikannya dengan 16 orang pegawai lantikan kontrak. Tindakan Khalid ini dilihat oleh sesetengah ahli PKR, sebagai perkara tidak sepatutnya berlaku, kerana ia akan mewujudkan jurang yang jauh dengan kakitangan awam.

Mungkin Azmin menyedari perkara ini dan menerima sungutan dari pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri Selangor yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid Ibrahim. Sehubungun itu, dapat dikatakan kemungkinan aksi kekecohan di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang sebenarnya sudah dirancang oleh ahli parti untuk memberi mesej kepada MB supaya memperbetulkan corak pentadbiran serta dirinya, supaya dapat mengelakkan imej parti tercemar.

Kerana menjadi persoalan kepada orang ramai kenapa kumpulan Aman Shah itu begitu berani berdemonstasi di hadapan Anwar Ibrahim, sedangkan mereka mengetahui Anwar pada masa sama sedang memikirkan untuk mengelakan diri dari menghadapi tuduhan kes liwat dengan Saiful Bukhari, melainkan kumpulan tersebut mendapat sokongan dari pihak lain didalam parti.


1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

salam saudara.

saya baru saja temui blog ni dan telah letakkan ia dalam senarai rakan baru di blog saya.

saya bercadang mengajak rakan2 bpn ramai2 menziarahi blog saudara untuk membaca ulasan bernas tulisan saudara di sini.

semoga berjaya !


p/s : jika ada info berkenaan Pakatan Rosak harap dapat sebarkan kepada saya dan rakan2.

kami akan salin dan edar dalam siber space ini.