Friday, June 12, 2009

Demokrasi apa yang diinginkan Anwar?

Era 70-80 an dahulu Anwar Ibrahim telah muncul Ikon dikalangan sebagai rakyat marhain, kelantangannya membela rakyat dan berimej islam menjadikan orang Melayu begitu terpesona dengan kehadirannya. Bukan sahaja orang UMNO malah orang PAS pun sama teruja dengan kehadiran Anwar di medan politik negara. PAS misalnya sanggup memberi jawatan tertinggi didalam parti khusus untuk Anwar anak jati Permatang Pauh itu ingin berjuang didalam PAS.

Tahun 2009, UMNO atau PAS tidak lagi teruja dengan kehadiran Anwar. UMNO secara jelas menendang Anwar dari partinya pada tahun 1998, PAS pula selepas Muktamar 2009 semakin jelas ingin menolak pengaruh Anwar didalam PAS. Sebenarnya apa yang menyebabkan Anwar dibenci sebegitu rupa oleh Tun Dr Mahathir. Harun Din, Timbalan Musyidul AM pula seolah-olah ingin memberi tanggapan bahawa kumpulan penyokong Anwar adalah seperti musuh luar negara yang ingin merosakkan PAS, kenapa ia berlaku kepada Anwar? sedangkan tahun 1998 pemimpin dan penyokong PAS yang bersolat hajat sian malam kerana menggangap Anwar teraniaya oleh Tun Dr Mahathir.

Dengan imej pemimpin Muslim Moderate dan diberi jawatan dan akses kepellbagai organisasi untuk melobi “Muslim Moderate” Anwar pernah diberi kepercayaan untuk mengetuai Yayasan Masa Depan “ Foundation For the Future” sebuah badan untuk promosikan demokrasi ke seluruh dunia yang disokong oleh Amerika, walaupun ia dinafikan Anwar mendapat bantuan kewangan dari negara besar dunia itu, umum mengetahui penglibatan Amerika sebagai pemyumbang dana kepada organsasi tersebut.

Boleh dikatakan perkembangan Anwar sekarang adalah sebagai suara demokrasi liberal di pihak pembangkang, kemenangan Abdullah Gul dan Erdogan didalam pilihanraya Turki seakan inspirasi dan ruang kepada Anwar untuk melobi agar ia turut sama dipraktikkan dinegara islam lain, kesannya ia seakan-akan mengubah dunia gerakan islam dalam arena politik melihat demokrasi dan inspirasinya suatu yang indah dan bersemangat untuk menjayakan politik islam ala baru.
Disaat ini, imej pemimpim muslim moderat Muslim diangkat sebegitu hebat kononnya membuktikan pemimpin seperti itu yang harus dipilih dunia Islam. Misalnya tindakan Erdorgan bergaduh dengan Shimon Peres dan meninggalkan Sidang Ekonomi Dunia Di Davos diangkat sebegitu rupa oleh media barat, hingga ia menjadi hujah untuk memperbetulkan tindakan Erdorgan dan Abdulah Gull di Turki.

Namun tanpa disedari, sokongan dan dokongan kepada gerakan demokrasi secara membabi buta sebenarnya adalah tuntutan dan impian para zionis dan freemason dunia. Sebenarnya demokrasi bukan hanya sekadar kisah kuasa rakyat dan suara majoriti, tetapi perlu diingat pengaruh iklim ekonomi medan kapitalis sentiasa mencari peluang di celah kalut haru biru iklim politik sesebuah negara. Dengan slogan kebebasan dan hak asasi ia seolah cuba menghakis apa yang dilarang dan dibenarkan oleh agama islam sendiri.

Indonesia misalnya sebagai contoh terbaik kes pemurnian demokrasi yang menggulingkan era pemerintahan Suharto memperlihatkan pasca era itu membuak pula suatu pelebaran fenomena rasuah di peringkat pegawai bawahan yang lebih ramai jumlahnya.Situasi sama dilihat di Thailand yang baru saja menggulingkan Thaksin tetap sukar untuk kecapi nilai kestabilan dan memerlukan kesepakatan politik yang ketara, tatkala politik dilanda ketidakstabilan rakyat merintih mencari sesuap nasi dan kepentingan rakyat diabaikan semata-mata nama Demokrasi.Sementara nasib umat Islam di Selatan Thailand terus terbiar tanpa pembelaan.

Sementara itu, Pakistan yang pernah menggulingkan Nawaz sharif dan naiknya kuasa tentera sewaktu era Musharraf juga menjerut arena politiknya hingga partinya kalah didalam pilihanraya. Kini kekalutan politik diteruskan oleh puak Nawaz Sharif dan Asif Ali Zardari kesannya negara umat Islam sentiasa berpecah belah dan ini yang dikehendaki oleh kuasa barat.
Walaupun politik Turki hari ini nampak lebih sihat berbanding pemurnian demokrasi di Indonesia, Thailand dan Pakistan, namun begitu sokongan penyokong-penyokong PAS kepada ikon Abdullah Gull dan Erdorgan membawa padah kepada mereka sendiri terhadap semangat 'kepimpinan ulama' hasil inspirasi revolusi 1982 dulu yang selalu menekankan agungnya al-quran dan sunnah dijadikan perlembagaan, dan kafirnya sistem selain itu hingga terhukumnya kafir seluruh jentera kerajaan Malaysia, ini berlaku apabila Abdullah Gul sendiri membuat kenyataan beliau akan terus mempertahankan sekularisme sebagai dasar pentadbirannya. Dan sampai saat ini mereka masih meneruskan polisi berbaik dengan Israel dalam bidang pertahanan, tidak apa yang diubah untuk membantu umat Islam di Palestin.

Ikon Anwar Ibrahim pun melakukan perkara yang sama di Malaysia, malah lebih liberal dalam beberapa tindakannya dalam penyelesaian masalah membabitkan umat islam dan bukan Islam, misalnya Anwar secara jelas sentiasa mahukan dialog antara agama dilakukan di Malaysia dan menyokong tuntutan IFC. Kini PAS tersepit antara meneruskan perjuangan hasil inspirasi revolusi untuk menubuhkan daulah islam, atau terus bersekutu dengan sebuah parti yang ingin menjadi liberalis seperti PKR.
Sewaktu muktamar PAS tempuh hari, Anwar seolah tidak mau melibatkan diri dalam perebutan kepimpinan PAS. Namun diblognya secara jelas ingin memberi mesej kepada pewakilan PAS supaya memberi undi kepada kelompok yang sama menerajui parti sewaktu zaman kepimpinann Dr Burhanurdin Helmi. Timbul Persoalan kenapa Anwar memberi imej yang hebat kepada pemimpin tersebut, adakah Anwar tidak selesa jika mengangkat ketokohan Yusuf Rawa atau ulama PAS lain? mungkin ini yang dipikirkan oleh Ulamak PAS kini. Ini kerana secara benarnya PAS kini adalah berasasakan revolusi 1982 dan tidak lagi berfantasikan imej Nasionalis Islam seperti yang dilakukan Dr Burhanudin. Revolusi 1982 pimpinan Mustapha Ali telah memberi imej baru kepada PAS dalam menjadikan Islam sebagai wadah kepada perjuangan.
Pengaruh moderate muslim Anwar rupa-rupanya telah menyelinap masuk dalam PAS, sehingga hari ini seolah-olah ia telah mewujudkan dua cabang pemikiran didalam PAS. Apa yang berlaku kepada politik UMNO sewaktu Anwar didalam UMNO dahulu sedang dihadapi PAS sekarang, adakah PAS akan selamat dengan keadaan ini atau akan ada tindakan agresif dari kepimpinan baru 2009, sama-sama kita nantikan.

1 comment:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Zaman kejatuhan PAS sudah tiba.Anwar akan pelopori design kejatuhan PAS>