Friday, May 15, 2009

PAS berdepan kekalahan PRU akan datang?

Cara nizar menangani konflik perebutan kuasa dan gaya pemerintahan di Perak dikhuatiti akan menyebabkan PAS hilang sokongan dikalangan orang Melayu, dan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi islam pada pilihanraya akan datang.


Ucapan Nizar Jamalauddin di Dewan Undangan Negeri Perak yang menolak PAS ingin mendaulatkan negara islam dianggap bertentangan dengan hasrat pimpinan parti yang ingin meletakkan Islam sebagai asas perjuangan PAS. Dato' Fadzil Noor sendiri sewaktu muktamar PAS tahun 2000 menyatakan:

"bertolak daripada matlamat perjuangan PAS yang terkandung didalam perlembagaannya yang mana tujuannya (fasal5 (2)) ialah untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang didalamnya terlaksana nilai-nilai dan perundangan islam. Pada keseluruhannya matlamat tersebut memaparkan bahawa tujuan perjuangan PAS ialah untuk merealisasikan pelaksanaan 'penyusunan Pemerintahan Islam' atau 'Islamic Social Order'."

Jika Nizar sendiri berani menyanggah ucapan bekas Presiden yang dihormati ahli Parti, mungkin ini yang menyebabkan ada kerisauan dikalangan sesetengah kelompok didalam PAS mengenai perjuangan Nizar dan kelompok tertentu didalam parti.

Dan mungkin situasi ini yang menyebabkan Pimpinan tertinggi PAS kurang memberi komen atau reaksi mengenai situasi di Perak, kerana mereka nampak PAS khususnya Nizar telah dipergunakan oleh kelompok bukan Islam untuk melaksana agenda mereka.

Sehingga saat ini juga Dewan Ulamak PAS masih membisu bahasa mengenai situasi di Perak tetapi tangkas menegur gejala rasuah didalam parti yang sudah mula berakar umbi. Jika kita amati yang banyak memberi reaksi situasi di Perak adalah datangnya dari kelompok Husam Musa yang begitu beria-ia menguasai parti pada muktamar nanti.

Situasi ini menyebabkan pucuk pimpinan PAS didalam dilema jalan mana yang harus diambil untuk menyelamatkan maruah parti yang sedikit sebanyak tercalar dikalangan orang Melayu. Jika diimbas kembali kemerosotan undian kelompok undi orang Melayu kepada PAS sewaktu pilihanraya Bukit Gantang tempoh hari ia sebenarnya cukup mengusarkan pimpinan Parti. Adalah tidak logik sebuah parti Islam tidak dapat meraih sokongan majoriti dari pengundi Islam tetapi disokong pengundi bukan Islam, tentu ada yang tidak kena pada pandangan pemimpin PAS mengenai situasi ini.

Kenyataan pemuda PAS Perak dua hari lepas juga seolah-olah sudah nampak kerisauan dikalangan pemuda Pas sendiri mengenai situasi di Perak.Dalam keadaan pemimpin DAP dan PKR beria-ia menghentam institusi Istana tiba-tiba Mohamed Zawawi Abu Hasan membuat kenyataan meminta rakyat Perak bertenang dan akur dengan pihak Istana.

Kenyataan Ketua Pemuda PAS itu sebenarnya mendedahkan lagi perbezaan pendapat dikalangan orang PAS mengenai cara menangani situasi di Perak dan masa depan Parti. Nik Aziz sendiri sebenarnya takut keadaan ini jika tidak ditangani dengan betul akan menyebabkan PAS akan kehilangan negeri yang dikuasainya sekarang. Walaupun Husam Musa bernada keyakinan PAS akan mampu untuk menguasai undi orang Melayu dan seterusnya mengantikan UMNO pada pilihanraya akan datang.

Ditambah kekalutan dalaman parti sekarang PAS sebenarnya didalam persimpangan untuk memilih jalan mana demi memastikan parti tersebut sentiasa relevan dan tidak lari dari orbit perjuangan Islam.

Satu pihak ingin melakukan transformasi besar-besaran terhadap kepimpinan parti dengan membawa budaya baru kepada parti dan lebih berimejkan moderat muslim bagi menyegarkan parti yang dianggap lesu dan tidak bijak dalam menangani situasi politik semasa dan satu pihak lagi meminta cara lama dikekalkan demi memastikan kesinambungan dasar-dasar parti yang telah digariskan oleh pemimpin terdahulu.


3 comments:

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Antara kelemahan diri Nizar ialah kelam kabut.

Tom Yam said...

agaknya nizar nak ke situasi sekarang Chegu ? atau dia sudah terperangkap dalam permainan DAP. nak undur aib parti dan pakatan...tu yang jadi gitu...

Tom Yam said...

agaknya nizar nak ke situasi sekarang Chegu ? atau dia sudah terperangkap dalam permainan DAP. nak undur aib parti dan pakatan...tu yang jadi gitu...