Monday, May 25, 2009

Harun Din-musuh dalam selimut, tuju kepada Anwar?






Apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din memberikan amaran kepada PAS mengenai "musuh dalam selimut' termasuk yang ditaja kuasa asing,sewaktu berucap di seminar sehari kepimpinan ulama kepada siapa sebenarnya mesej itu ingin ditujukan?

Kalau musuh itu adalah UMNO tidak perlu digusarkan kerana UMNO adalah seteru PAS sejak penubuhan parti tersebut lagi, malah mereka menganggap UMNO sebagai musuh disebabkan pendekatan perjuangan yang berbeza. Malah pemimpin PAS seringkali membandingkan UMNO sebagai watak jahat untuk memberikan watak positif kepada parti yang diwakili mereka iaitu PAS. Dan UMNO juga melakukan perkara yang sama terhadap PAS, kerana merasakan prinsip perjuangan UMNO lebih sesuai diamalkan dalam negara seperti Malaysia.

Namun apabila Datuk Dr. Harun Din itu menyebut "musuh dalam selimut" dan dikaitkan dengan negara asing, ingin dilambung kepada siapa sebenarnya bola tanggung tersebut? adakah Husam atau pergi lebih jauh Sifu Husam sendiri iaitu Anwar Ibrahim yang sememangnya dikaitkan dengan negara asing ?

Kalau kita menyoroti arus perjuangan Husam sendiri, selepas pilihanraya 2008 nama Husam tiba-tiba dikaitkan dengan kumpulan Erdorgan oleh sebuah laman dikenali Anti husam. Walaupun wujud pelbagai andaian mengenai laman tersebut tetapi yang nyata ia dikendalikan oleh dalaman PAS yang sudah merasakan Husam akan merosakkan parti PAS dari akar perjuangannya . Semenjak itu nama Husam melekat dengan kem erdorgan yang sekarang merupakan pimpinan Parti AKP yang pemerintah Turki.

Timbul persoalan kenapa Erdorgan dikaitkan dengan Husam, pertamanya Turki dengan Malaysia begitu amat jauh sekali dengan Malaysia, kedua sehingga kini PAS tidak pernah melihat Parti AKP sebagai sebuah gerakan Islam di Turki, sebaliknya mereka melihat parti Refah yang dipimpin oelh Necmetin Erbakan sebagai mewakili kelompok gerakan Islam, disebabkan tekanan pihak tentera parti Refah diharamkan dan perjuangannya diteruskan oleh parti fazilet dan kini diteruskan disambung oleh Parti Saadat.

Racep Tayeb Erdorgan pada asalnya merupakan sebahagian daripada Parti Refah dan pernah menjadi datuk bandar Istanbul, selepas Refah diharamkan Erdorgan bersama recai kutan, Abdullah Gull meneruskan perjuangan dengan menubuhkan Parti Fazilet atau Virtue Parti. Sewaktu Fazilet ditubuhkan Erdorgan telah mula keluar dari akar perjuangan Refah apabila mula lebih Liberal dalam dasar yang dijalankan. Akhirnya ia mencetuskan konflik perbedaan pendapat dengan kumpulan yang menjadikan Refah sebagai akar perjuangan.

Racep Tayep Erdorgan akhirnya bersama ABdullah Gull memilih menubuh parti baru dikenali Parti Persatuan Pembangunan (AKP) untuk meneruskan obor perjuangannya, dengan mengenepikan prinsip asal perjuangan semata-mata ingin berkuasa Erdorgan sanggup menjalinkan hubungan dengan mana kuasa barat. Malah sehingga kini negera tersebut tidak pernah mengagap mereka sebagi kumpulan Islam.

Sewaktu Necmetin Erbakan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Refah berkuasa tahun 1995 dahulu, Erbakan lebih menumpukan hubungan antara negara islam sebagai teras dasar luarnya, hasilnya pada hari ini kumpulan D8 iaitu kumpulan membangun negara islam telah wujud hasil usaha Erbakan yang menghimpunkan beberapa negara seperti Turki, Malaysia, pakistan, Indonesia, Nigeria dan beberapa negara lain. Kumpulan ini ditubuhkan agar ia dapat memainkan peranan untuk memberi dan cadangan kepada pertubuhan Persidangan Islam (OIC membantu sesama negara islam. Namun kini kumpulan ini bagai tidak bernyawa apabila pimpinan sedia ada lebih berkiblatkan Amerika berbanding kumpulan islam sendiri.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim juga seringkali melobi orang islam di seluruh dunia agar melihat Turki sebagi contoh negara demokrasi muslim.Timbul persoalan kenapa Anwar beria-ia melobi dan berkawan baik dengan Erdorgan. Dan saat Anwar dikaitkan dengan kes liwat terbarunya dengan Saiful Bukhari Anwar pun sanggup menimbulkan polemik dirinya terancam dan mencari perlindungan di Kedutaan Turki Kuala Lumpur, kenapa beliau ke kedutaan tersebut menjadi tanda tanya kita.

Sebenarnya antara Anwar dan Erdorgan mereka mempunyai persamaan yang nyata, iaitu mereka dibangunkan oleh jentera ciptaan Amerika. Dalam keadaan Amerika tidak mempunyai suara di dunia islam disebabkan polisi luarnya yang mengangap Islam adalah teroris dan radikal, Amerika telah mencipta Islam baru dikenali Moderate Muslim yang mendapat pembiayaan sepenuhnya dari pertubuhan yang ada kaitan dengan Amerika seperti Rand Corporation dan juga CSID.

Moderate muslim yang dilihat sederhana ini diberi suntikan dana dan kemudahan dengan matlamat dapat melawan muslim fundamentalis yang berada di seluruh negara islam. Pelbagai kaedah digunakan oleh barat untuk menjayakan usaha ini. Antaranya ekonomi, media, bantuan ketenteraan, khidmat nasihat dan sebagainya.


Hari ini antara kejayaan terbaik kumpulan ini ialah berkembangnya islam liberal di Indonesia dan kekuasaan AKP di Turki. Manakala agenda yang masih lagi belum menampakkan hasil ialah situasi di Afghanistan dan juga di Iraq.


Namun kumpulan ini akan terus mempromosi agenda mereka dengan menyusup masuk ke dalam organisai islam. Di sudan mereka menjadikan Hasan Turabi yang pernah bersama memerintah dengan Presiden Omar Bashir sebagai wakil mereka, kesannya Omar Bashir ditekan oleh Amerika dan dunia barat apabila Hasan Turabi dimasukkan kedalam penjara. Di Indonesia Abdul Rahman Wahid yang dulunya merupakan Kiai berpengaruh, kini dianggap kiai mengarut oleh umat islam Indonesia kerana agenda Islam Liberal dan Pluralisme yang dibawanya. Nahdatul Ulama dan Muhamadiyah menjadi hilang arah tujuan kerana semakin ramai pimpinannya merupakan kumpulan yang ditaja oleh barat untuk menggerakkan Islam Liberal. Hari ini hanya Majlis Ulama Indonesia dan Front Pembela Islam masih belum terpengaruh dengan agenda barat ini. Dan kumpulan ini digasak teruk oleh kumpulan Islam Liberal di Indonesia.


Di dalam Parti PAS adakah Husam merupakan sebahagian daripada agenda barat? umum mengetahui kumpulan Husam saat ini amat kuat membawa propaganda ulama lesu, lambat berfikir dan mengajak ahli Parti supaya lebih terbuka sekiranya ingin memerintah Malaysia. Husam juga seringkali dikaitkan dengan Anwar Ibrahim lantaran hubungan masa silamnya sewaktu di Universti Malaya dan hubungan itu berterusan hingga kini dan intimnya hubungan kedua mereka ini dibongkar di Dubai, saat Anwar dan Husam bertemu dan berbincang peranan yang seharusnya dilakukan Husam didalam PAS sekiranya Pakatan Rakyat ingin memerintah Malaysia.


Sewaktu program Forum Perdana Tranfomasi politik Malaysia di Balai Islam 2008, suatu ketika dahulu Husam mengatakan PAS perlu membuat transfomasi sekiranya ingin memerintah Malaysia. Sekiranya kita memahami hujah Husam, ia membawa erti Husam sebenarnya ingin mengubah PAS dari dalam, dan seolah Husam tidak menerima seadanya pun corak yang dibawa PAS sekarang. Kalau tidak kenapa beliau begitu bersungguh2 meminta PAS melakukan Trasformasi.

TRANSFORMASI menurut Kamus Dewan edisi keempat bermaksud perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Dalam erti katalain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain, lain daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Ini membawa maksud Husam tidak mengangap PAS sempurna pun sekarang, berbeda dengan kenyataan Nik Aziz sendiri sebelum ini yang sentiasa mengatakan PAS betul, UMNO salah.

Mungkin ini yang dibimbangi oleh Pimpinan PAS saat ini, kerana musuh dalam selimut ini akan membawa agenda ciptaan orang lain sehingga boleh menyebabkan parti hilang dari akar dirinya sendiri.

No comments: