Sunday, May 31, 2009

Harun Din menolak Erdorgan

Dr Harun Din dikhabarkan meminta Mat Sabu dan Husam Musa memberi laluan kepada Nasharudin untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti, namun saranan ini ditolak oleh Husam.

Cengkaman Anwarisme didalam PAS seakan kian parah, apabila pengaruh Erdorgan begitu kuat menguasai parti. Muktamar yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini dilihat akan menyebabkan PAS akan mengalami transformasi dari dasar pejuanganya. Selepas ini perkataan Islam hanya digunakan untuk mengabui penyokong sahaja, kerana transformasi yang ingin dijalankan Husam akan berpegang kepada mazhab yang dipegang oleh Anwar.


Jika kemenangan Anwar didalam Politik Malaysia akan disukai pihak barat, kemenangan Husam juga dikatakan akan disenangi oleh Amerika. Ini kerana selama ini pihak barat seakan sukar untuk mengaturkan dan "remote" kepimpinan PAS. Amerika dan barat sebenarnya begitu menginginkan PAS kerana pihak barat seboleh mungkin ingin mengawal pergerakan kumpulan Islam di seluruh dunia. Barat bimbang sekiranya PAS tidak dapat dijinakkan akan menyebabkan PAS akan melihat Iran sebagai rakan karib dalam menetukan dasar luar negara jika mereka memenangi pilihanraya nanti.Simpati PAS terhadap kumpulan Hizbullah dan Hamas di lubnan dan Palestin dan hubungan PAS dengan Ihwan Muslimin juga sebenarnya meresahkan pihak barat. Sebab itu barat melalui Anwar sedaya upaya cuba menonjolkan Turki dan Racep Tayeb Erdorgan sebagai alternatif kepada kepimpinan PAS untuk mencari model gerakan Islam di dunia Islam.


Adakah Husam akan menjadi seperti Racep Tayeb Erdorgan? digunakan pihak barat untuk meraih sokongan dunia Islam. Tetapi pada masa yang sama masih berhubung dengan Israel dan barat untuk berkuasa...


Dengan itu direncanakan Erdorgan bergaduh dengan pemimpin Israel dan meninggalkan program di forum ekonomi dunia di Davos, seolah-olah Erdogan mampu menjaga maruah umat islam Palestin. Saat itu seluruh dunia islam menjulang Erdorgan dan media barat memberi liputan yang begitu meluas situasi tersebut.





Beberapa bulan kemudian Ahmadinejab sewaktu persidangan anti perkauman di Geneva, anjuran PBB, mengecam barat kerana Barat menggunakan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan. Namun menjadi persolan kenapa media barat melaporkan dari sudut negatif kejadian tersebut, dan ia tidak diperbesarkan sebagaimana tindakan erdorgan yang meninggalkan dewan.

Keadaan ini sebenarnya amat merisaukan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Musyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz dan Timbalan Musyidul Am Datuk Harun Din. Kepimpinan PAS sebenarnya risau tangan-tangan barat akan bertepuk tangan dengan tindakan Husam.Tindakan Husam yang menginginkan jawatan tertinggi parti menyebabkan pimpinan utama resah gelisah, dikhuatiri konsep kepimpinan ulama yang diperkenal semenjak muktamar 1982 hanya tinggal slogan didalam parti. Sehingga saat ini dikhabarkan Nik Aziz masih belum memberi restu kepada Husam untuk bertanding jawatan tersebut dan Husam benar-benar berharap Menteri Besar Kelantan memberi perkenan tersebut.

Di khabarkan juga Nik Aziz terpaksa menawarkan jawatan MB Kelantan sebagai tukar ganti kepada Husam Musa supaya tidak bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti pada muktamar ini. Namun Husam Musa menolak kerana beliau ingin berada di peringkaat pusat, ini berlaku kerana Anwar sudah menjanjikan jawatan penting untuk Husam jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Anwar tidak melihat pimpinan ulama didalam PAS sebagai calon sesuai untuk berada di dalam kabinat persekutuan tetapi melihat kelompok Erdorgan pimpinan Husam sebagai calon utama untuk mengisi jawatan dalam kabinet.


Dalam seminar ulama di Taman Melewar tempoh hari juga, Harun Din ada menyuarakan kekhuatiran mengenai musuh dalam selimut didalam parti PAS. Ucapan Timbalan Musyidul Am ini menyebabkan ada rasa tidak senang dikalangan kelompok Erdorgan didalam parti sehingga Dr Syed Azman didalam kolum harakah seolah-oleh cuba menempelak ucapan tersebut dengan menyatakan Ustaz Fadhil Noor lebih terbuka berbanding kepimpinan sekarang.

Situasi pertentangan antara kelompok ulamak dan kelompok Erdorgan di dalam parti ini menyebabkan ia merebak ke ruangan internet untuk diperbahaskan oleh penyokong kedua pihak. Dalam keadaan sekarang penyokong Husam dan fraksi Anwarisme sedaya upaya memburukkan imej kepimpinan ulama yang dianggap lesu dan tidak bermaya. Senario ini agak merisaukan kepimpinan parti kerana khuatir peristiwa tahun 1981 berulang kembali.

Harun Din dan Hadi Awang dalam tempoh terdekat ini juga seakan mati langkah apabila Nik Abduh kalah kepada fraksi Husam dalam merebut jawatan kepimpinan Pemuda Kelantan, senario kekalahan Nik Abduh di Kelantan memberi gambaran Husam sebenarnya telah merancang sebegitu lama untuk kumpulan mereka mengusai parti. Dengan bekalan tenaga dan kewangan yang selesa menjadikan kumpulan Husam ini seakan begitu kuat untuk mengusai parti bukan sahaja di kelantan malah di negeri lain, kecuali di Terengganu yang khabarnya terpaksa menangkis kemaraan kumpulan Husam.

Walaupun pencalonan untuk Husam tidak setinggi Nasharuddin namun itu bukan indikator pengaruh Nasharudin kuat. Ini kerana keadaan semasa menunjukkan kebanyakkan perwakilan yang akan berkampung di Shah Alam nanti majoriti terdiri daripada kumpulan Husam. Mungkin akan ada strategi terakhir dilakukan oleh Mustapa Ali untuk menyekat kemaraan Husam, namun dikhabarkan Husam dan kumpulannya sudah bersedia untuk menakluk Stadium Malawati nanti. Saat kemenangan Husam khabarnya akan dinanti oleh Hu Pang Chow iaitu ketua Kelab Penyokong PAS (KPP).
Saat ini walaupun ada usaha untuk menaikan taraf kelab tersebut, namun difahamkan ada desakan ia ditanguhkan kerana bimbang ia akan mempengaruhi kepimpinan parti dimasa akan datang. Kumpulan Husam melalui Mujahid Yusuf Rawa dan Dr Mariah sebenarnya akan meraih keuntungan besar jika KPP diperkukuh dengan dinaik taraf sebagai sayap baru parti iaitu Dewan Penyokong PAS.
Dimasa muktamar akan datang jawatan Presiden PAS sudah pasti akan dimenangi dengan mudah oleh Husam dan kumpulannya akan menguasai kepimpinan teratas parti. Saat itu ulamak PAS hanya akan berada di Majlis Syura sahaja dan peranannya hanya setakat penasihat tetapi tidak semestinya diikuti oleh Presiden Parti.

No comments: