Sunday, May 10, 2009

Bila PAS dihambat dan dikepung idea liberalisme


Apabila kabinet memutuskan persoalan mengenai kedudukan agama anak mualaf, PAS seolah cuba bersuara tetapi tidak sekeras sewaktu perjuangan mereka sebelum ini. Mungkin PAS sedar nada yang keras akan menyebabkan undi kaum cina dan India akan beralih ke pihak lawan. Kalau ada pun hanya dari Mahfuz Omar sahaja yang terbatuk sedikit (itupun dihentam Karpal Singh) dan bukan dari mulut kepimpinan tertingi parti malah mulut Mursyidul AM PAS pun tertutup rapat.
Inilah pengorbanan terbesar PAS untuk menjaga undi kaum bukan Islam, jika dahulu mereka sanggup kehilangan sokongan demi mendaulatkan fasal 5 perlembagaan parti, kini mereka pun turut terkorban dalam permainan demokrasi.

PAS juga sedar nak menyalahkan UMNO seratus peratus mungkin agak sukar, kerana mereka pun melakukan perkara sama contohnya di Perak, Menteri Besarnya begitu berani mengatakan di dalam sidang DUN bahawa tidak ada dasar pun mengenai negara islam didalam Perlembagaan PAS, sedangkah hakikkatnya retorik itulah yang sering dilagukan oleh mana-mana pemimpin PAS sebelum ini.

Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS juga sudah terpengaruh dengan idea-idea pembaharuan yang dibawa Anwar Ibrahim ke Malaysia. Soal ditipu no 2 tetapi yang nyata ahli PAS begitu kemaruk dengan idea demokrasi Anwar. Kerana pada tanggapan mereka idea ini akan membolehkan PAS akan berkuasa di Malaysia dan mendapat dokongan mudah rakyat berbilang kaum.

Malah semalam golongan pembaharuan didalam PAS ini sanggup memberi kemenangan kepada calon yang bukan dari golongan pro-ulamak, seperti apa yang berlaku kepada Nik Abduh seorang yang berpendidikan agama yang hebat tetapi tewas kepada lawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Husam dalam perebutan Ketua Pemuda PAS Kelantan.


Nik Abduh kalah bukan kerana beliau tidak bagus tetapi kalah kerana berani melawan arus didalam PAS sehingga sanggup mengkritik pembantu bapanya di Tingkat 1 Pejabat Menteri Besar.Tanpa beliau sedari itu merupakan asas musuh politiknya bersatu untuk mengalahkan beliau.


Jika dahulu sekiranya ada kealpaan dari segi pelaksanaan agenda Islam di Malaysia kita mungkin boleh mengharapkan PAS yang menegur kerajaan, tetapi kini perkara itu dianggap mustahil memandangkan PAS pun sudah jauh bebeza dengan PAS dahulu. PAS pun ingin menjaga hati rakan2 bukan Islam dalam Parti DAP dan PKR.

Aturan pertemuan Elizabeth Wong dan Mursyidul Am juga membuktikan PAS sudah mengenepikan moral sebagai halangan untuk bekerjasama. Pada PAS kini masalah moral ialah masalah individu bukan masalah parti, idea ini sebenarnya amat hampir dengan hak individu seperti yang diperjuangkan oleh pertubuhan hak asasi manusia.

Sekiranya pertemuan itu sengaja diaturkan Husam untuk memberikan imej baik kepada Eli dan PKR itu soal lain, tetapi adalah amat pelik apabila seorang yang mengalami masalah moral dan dikaitkan pula dengan lelaki islam masalah moralnya dibenarkan memijakan kaki ke rumah Tok Guru yang di hormati oleh rakyat Kelantan. Orang UMNO Kelantan yang bersolat penuh lima waktu pun tidak dapat memperolehi layanan 5 bintang seumpama itu.


PAS sentiasa akan mengatakan mereka tidak akan keluar dari orbit Islam tetapi hari ini tindakan mereka tidak mebuktikan kata-kata itu, saban hari mereka pun terpesona dengan unsur-unsur liberalism seperti yang dialami oleh parti-parti Islam di Indonesia.

Sewaktu Gus Dur diangkat menjadi Presiden Indonesia suatu ketika dahulu, ada kalangan pemimpin PAS berbanga dengan kejayaan Gus Dur sehingga ada usaha untuk melakukan perjumpaan diantara kepimpinan PAS dan Gus Dur di Indonesia. Pada masa itu PAS begitu teruja dengan kemenangan Gus Dur dan munculnya fraksi-fraksi kumpulan partai Islam di indonesia yang memberi bantuan dan dokongan kepada pemimpin Parti kebangkitan Bangsa itu.

Hasilnya Presiden PAS sewaktu itu telah berkunjung ke indonesia untuk bertemu dengan Gus Dur, namun difahamkan saat-saat akhir pertemuan itu dibatalkan diatas beberapa sebab seperti kekecewaaan dengan beberapa tindakan Gus Dur yang langsung tidak pro kepada Islam sewaktu menjadi Presiden malah menyarankan agar diadakan hubungan dengan negara Israel.

Dulu apabila Amin Rais (tokoh dari Muhamadiyah dan mempimpin Parti PAN) mengatakan kepada Fadzil Noor bahawa Parti PAN tidak akan menjadikan Islam sebagai keutamaan parti, telah menyebabkan Fadzil Noor begitu kecewa.

Waktu itu PAS tidak lagi melihat kepada Parti Kebangkitan Bangsa(PKB) dan Parti Amanat Nasional (PAN) sebagai rakan, tidak seperti sebelumnya kerana parti2 tersebut sudah terlalu liberal dengan dasar perjuangan mereka. Pada masa itu PAS hanya melihat Parti Pembangunan Persatuan (PPP) sahaja sebagai rakan gerakan Islam di Indonesia.

Hari ini tahun 2009, PAS tidak lagi melihat PPP sebagai rakan mereka tetapi mereka lebih rapat dengan Parti Keadilan Sejahtera (PKS), PKS dilihat sebagai gerakan islam terbaru di Indonesia yang mempunyai pengaruh dan kian membesar. Walaupun PKS dilihat hampir mirip dengan perjuangan PAS, Namun ketua umumnya iaitu Hidayat Nur Wahid amat rapat dengan Nucolish Majid seorang tokoh gerakan Islam Liberal di Indonesia dan juga merupakan guru kepada pemimpin tersebut.

Walaupun tidak ada bukti yang mengatakan Hidayat Nur Wahid juga tokoh Islam Liberal tetapi mungkin sedikit sebanyak beliau akan memahami konsep Islam Liberal kerana Nucolish adalah orang yang banyak memberi nasihat kepadanya. Malah sewaktu sidang Dunia Islam-Amerika di Doha Qatar, Februari lalu juga menyaksikan Hidayat telah hadir sebagai angggota persidangan bersama kelompok Islam moderat lain dari serata dunia termasuk Anwar Ibrahim.

Adakah PAS juga masih tertipu lagi kali ini dengan rakannya di Indonesia sama-sama kita saksikan. Jika dulu mereka kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti PAN dan PKB di Indonesia yang tidak meletakkan Islam sebagai keuatamaan namun kini PAS pun seakan melakukan perkaran yang sama kerana dalam diam jarum-jarum tersebut kian berpengaruh untuk mengubah hala tuju dasar perjuangan parti.

Timbul persolan kenapa idea-idea pembaharuan begitu nyaring berkumandang di dalam PAS adakah ini semua sudah dirancangkan oleh pihak di luar PAS demi kepentingan mereka, atau ahli PAS sudah letih untuk memperjuangkan apa yang diperjuangkan sebelum ini sehingga sanggup melakukan ijtihad baru corak perjuangan atau halatuju parti.

Saat ini kepimpinan PAS masih menafikan parti bergolak, walaupun realiti pas sudah dihambat gerakan pembaharuan didalam parti, seperti biasa mereka akan mengkambinghitamkan UMNO sebagai ruang untuk menyelamatkan parti dari terdedah keaiban.Tidak kiralah kelompok manapun tetapi itulah hakikatnya walaupun yang merosakkan mereka bukanlah UMNO tetapi rakan sekutu mereka sendiri iaitu PKR.

Mana mungkin UMNO mampu merosakkan PAS dari luar, lebih-lebih lagi kita mengetahui semangat kekitaan didalam PAS adalah amat tinggi dan tidak mungkin UMNO mampu menerobos pemikiran dan hal ehwal dalaman orang PAS. Tetapi PAS tidak sedar PKR yang tidur sebantal dengan PAS dalam diam telah cuba merosakkan PAS dari dalam dengan memperkenalkan idea2 pembaharuan seperti yang dilaungkan oleh kelompok Husam hari ini.

Itulah PAS, disebabkan kejujuran dan kenaifan mereka seringkali ditipu, tertipu dan terpedaya dengan kata manis dari teman tidur sebantal, tetapi pada masa yang sama menuduh orang yang jauh beratus kilometer dari rumahnya sebagai punca mereka anak beranak bergaduh...

No comments: