Monday, May 4, 2009

Abang nak mee celup ke mee goreng?


"bang nak makan apa malam ni? tanya Azizah kepada suaminya yang dari tadi tersandar di Sofa sambil menonton Tv. "apa-apa jelah abang tak kisah sangat sahut Aziz kepada isterinya.

"bang kalau ayang masak mee celup ok tak?" tanya Azizah. "mee celup!" kata si suami langkah bingkas bangun dari set sofa menuju ke dapur tempat isteri kesayangannya berada.

"mee celup tu apa , cukup ke bahan-bahan untuk memasaknya " tanya Aziz kepada Azizah.

"Eh abang ni, kan aritu kat kota Bharu kita ada makan mee ni kat Pengkalan Chepa , dah lupa ke? tegur Azizah kepada suaminya.

" La ye ke, abang ingatkan itu mee rebus, rupanya mee celup rupanya, senang ke nak buat ?" tanya Aziz lagi.

"Mudah aje bang saya belajar dengan makcik Babsah tu, kan dia orang Kelantan, mula-mula kita kena sediakan sup. Kalau nak sedap kita rebus daging atau perut tu hingga empuk. Rebus bersama rempah sup bunjut adabi. Untuk mee pula kita ambik mee kuning dan kangkung kemudian celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, sedikit garam,gula dan serbuk perasa, kemudian masukkan daun bawang dan kemudian perahkan sedikit limau nipis. Kalau nak lagi best kita guna air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali." terang Azizah kepada suaminya dengan panjang lebar.



"OOO maknanya mee itu tidak direbuslah ya, sebab tu dipanggil mee celup, patutlah Ustaz Nik Abduh ada sebut hari tu, rupanya ia tak perlu dimasak, pahamlah abang" sungut Aziz.

" Eh abang ni apa yang abang faham ni, saya tidak paham ni" tegur si isteri.

" Takpelah abang beritau kemudian yer, err... boleh tak kansel mee rebus buatkan abang mee goreng, abang tak suka sangat makan yang separuh masak nie nanti sakit perut" tegas Si Suami kepada Isteri.

1 comment:

Kumbang said...

salam bro,
bagus bro,
artikel yang tersirat..

linkkan blog Kumbang di blog bro
tq.
http://analisisringan.blogspot.com/