Friday, April 3, 2009

Tahalluf siyasi versi Biawak hidup



Selepas pilihanraya ke 12 pada Mac 2008, menyaksikan parti pembangkang DAP, PKR dan PAS mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak, Tahalluf Siasi edisi Perak yang dipilih oleh PAS ialah bersatu dengan DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan, dengan kuasa yang ada pada Sultan wakil PAS telah terpilih menjadi Menteri Besar untuk mengetuai kerajaan negeri, walaupun kerusi majoriti memihak pada DAP.


Walaupun Tahaluf Siyasi ini menjadi cabaran besar kepada PAS terutama berhadapan ahli-ahlinya yang sukar menerima muafakat politik seperti sukarnya menerima cadangan muafakat dengan Parti UMNO yang terdiri daripada orang Islam, namun atas dasar ingin berkuasa tahalluf Siyasi Edisi Perak ini berjaya juga akhirnya disebabkan perasaan dendam kesumat kepada UMNO.


Disebabkan Imej PAS amat dekat dengan Islam, maka dikatakan wujud perjanjian Pangkor II untuk membolehkan wakil PAS ini berkuasa, dengan temeterainya perjanjian ini sedikit sebanyak Pihak PAS Perak terpaksa menyesuaikan diri dengan kehendak DAP, hasilnya di Dewan Undangan Negeri perak, Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan itu bercakap begini mengenai negara islam . Inilah agaknya harga paling mahal Tahalluf Siasi Edisi Perak. Nizar juga dalam konteks ini gagal menterjemah dirinya tidak berkait dengan DAP, apabila meluluskan dengan mudah apa saja permintaan DAP walaupun sesetengahnya tidak logik seperti pemberian hak milik tanah kampung baru selama 999 tahun. Walhal perlu disedari kalau bukan kerana PAS, DAP pun tidak akan dapat memerintah.





Dahulunya orang PAS selalu mengkritik orang UMNO kerana bebas bersalam antara lelaki dan wanita, apa bezanya dengan Nizar sekarang? atau sudah wujud fatwa baru untuk mengharusnkannya.

Walaupun keadaan ini dilihat akan membelit PAS tetapi disebabkan ia sudah dipersetujui di peringkat awal perjanjian Pangkor II, PAS Perak terpaksa mempertahan bermati-matian dengan mengatakan cara mereka mentadbir masih lagi dalam keadaan betul. Walaupun selepas itu ada ahli PKR Perak yang terperangkap dengan dakwaan rasuah Seks dan mempopularkan istilah "Seks adalah sedekah ", tapi seolah2 PAS masih membelanya dengan mengatakan itu semua adalah perangkap UMNO. Dalam pada itu mereka terus mendapat sokongan dari Fraksi Anwar didalam PAS seperti Ahmad Awang, Khalid Samad malah Si Husam berbaju kotak sendiri.


Malah Khalid Samad didalam blognya :

" saya begitu bangga bila melihatbsikap pimpinan PAS Perak. Mereka cool mereka tidak menyalahkan PKR dan DAP dan tidak juga memperkecilkan DAP dan PKR. Itu kelemahan calon-calon berkenaan. Kerusi PKR tetap kerusi PKR dan kerusi DAP tetap kerusi DAP...."



Tahalluf Siyasi juga menyebabkan PAS menerima PKR dan saudara Anwar Ibrahim sebagai ketua di dalam Pakatan rakyat. Kata Faisal Tehrani PAS sekarang seumpama memikul biawak hidup, adakah benar begitu yang dihadapi PAS ini, saya tidak berapa mengerti maksud biawak hidup ini, tetapi wikipedia mengatakan biawak merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk dan membiak secara bertelur. Sebagai reptilia biawak ini boleh hidup di dua alam dan menyesuaikan diri keadaan di darat atau air.


Menurut orang tua biawak juga dikatakan suka memakan bangkai dan mencuri telur ayam, inilah sedikit sebanyak makna Biawak. Jesteru itu, erti Biawak hidup seperti yang selalu disebut faisal tehrani di dalam blognya sebenarnya mempunyai makna amat mendalam sekali menterjemah kedudukan PAS pada hari ini. Adakah suatu hari nanti sekiranya biawak mati dan bangkainya masih berbau PAS akan terus memikul biawak ini? Ini yang menjadi persoalan.


Dalam keadaan memikul biawak hidup ini PAS terpaksa memperakui apa yang dilakukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat adalah betul walaupun bukan sedikit kesalahan PKR dan DAP tetapi demi menjaga Tahalluf siyasi maka dicari ayat-ayat yang sesuai untuk membenarkan perbuatan PKR, DAP termasuk Anwar Ibrahim.


Inilah dilema yang dihadapi PAS bak kata YB Iskandar A. Samad, exco Kerajaan Negeri Selangor pernah mengatakan orang Melayu pun ada perasaan didalam blognya. Tapi hari ini siapa peduli dengan masalah PAS yang ingin menjaga kepentingan orang Melayu yang beragama Islam, sebab DAP dan PKR kata PAS harus terhutang budi dengan undi orang Cina yang mengundi mereka.
















No comments: