Tuesday, April 7, 2009

media baru, kita dimana?

Sebenarnya cukup rimas memerhatikan kumpulan-kumpulan penyokong parti politik di alam maya memperjuangkan pendirian masing-masing samaada blogger yang menyokong Barisan Nasional atau Blloger yang menyokong Pakatan Rakyat, segala mungkin propaganda dikeluarkan dengan tujuan untuk menjatuhkan karekter lawan atau musuh masing-masing.
Samada propaganda itu betul atau salah itu cerita lain, bagi kelompok penyokong fanatik ini akidah mereka harus dipertahan walaupun mungkin propaganda tersebut sebenarnya boleh memberikan imej yang tidak baik kepada perilaku penulis sendiri. Sebagai contohnya memberikan maklumat palsu atau maklumat yang mengaibkan individu. Yang kelakarnya penulis yang sudah lama berkecimpung dengan dunia penulisan pun seakan terikut rentak membuat perkara sama.
Inilah senario media arus baru hari ini tiada siapa dapat mengawal media ini , mungkin di saat ini Pengamal Media dan komunikasi di pelbagai universiti sedang memerhati dan membuat analisis dengan tekun, sejauhmana pengaruh media baru ini kepada pembentukan tanggapan umum.
Pengamal sarjana barat seperti Schnake (1987) mengatakan Komunikasi adalah satu proses perkongsian maklumat, yang menghubungkan antara individu, kumpulan, dan organisasi. Dalam proses sosial yang lebih luas, komunikasi mengandungi beberapa fungsi penting iaitu memberitahu dan diberitahu, memujuk dan dipujuk, mengajar dan belajar, meraikan dan diraikan.
Dahulu setiap pengamal media ini amat terikat dengan prinsip dan etika kewartawanan sebelum mereka menghebahkan sesuatu berita, ini dilakukan untuk mengelakkan persepsi mengatakan sesuatu laporan itu hilang kredibiliti dan dikatakan tidak bertangunjawab.
Di Malaysia bidang komunikasi mula berkembang dengan penubuhan pembagai pusat pengajian Media di UITM, UM dan UKM dan UPM pada tahun dengan memperkenalkan pelbagai kursus komunikasi dan media.
Pada tahap awal perkembangan pengamalan bidang ini, kebanyakkan pengamal komunikasi di Malaysia lebih menekankan komunikasi pembangunan iaitu meletakkan kepentingan negara melebihi kepetingan individu.
Namun hari ini sejajar dengan perubahan semasa, konsep komunikasi pembangunan yang dipraktikan selama ini sudah ketinggalan kerana ketika ini, komunikasi yang memaparkan ketelusan berita menjadi keutamaan. Konsep media bebas ini sebenarnya ditiru dari negara barat yang sudah mencapai kejayaan negara mereka dan golongan ini sebenarnya meletakkan kepentingan individu melebihi kepentingan nasional dalam sesuatu laporan berita dan ia bertentangan dengan komunikasi pembangunan. Sebagai contoh cuba kita perhatikan kenapa tajuk berita NTV 7 berbeza dengan RTM.
Di negara barat kebebasan media wajar digunakan kerana tahap negara mereka sudah berada dikalangan negara maju, sebagai negara maju masyarakat mereka lebih matang dalam menilai sesuatu bahan berita.
Ini amat berbeda di negara membangun kebebasan media yang terlampau mungkin akan meyebabkan akan wujud arus pemikiran yang luar biasa sehingga boleh menggangu proses pembinaan negara.
Hari ini bentuk komunikasi media arus baru ini membuatkan seolah-olah etika kewartawanan harus diketepikan sama sekali dalam pemberitaan.. dan mereka hanya tahu melaporkan tetapi tidak mahu bertanggungjawab dengan laporan mereka...
Kesannya ia akan menyebabkan wujud pendapat umum sehingga berita yang tidak pasti akan dianggap betul, inilah bahana kesan media baru...
Dalam keadaan ini pihak pemerintah yang leka dalam aspek ini akan tertekan kerana terdapat banyak persoalan dikalangan masyarakat yang ingin mengetahui perkara sebenar, walhal cerita tersebut tidak pernah terfikir dikalangan pihak pemerintah.
Di Amerika kesan media baru telah menyebabkan Obama berjaya menjawat Presiden Amerika Syarikat walaupun di peringkat awalnya kehadiran Obama dipandang rendah oleh penganalisis politik di Amerika.

1 comment:

Desperado said...

Nice digging...

Saya bersetuju dengan penulisan saudara...media baru ini seolah-olah culture shock kepada sesetengah pengamalnya...keseronokan menulis tanpa bahan menjadi satu agenda menarik bagi mereka...mana tidaknya, dengan kehadiran komen-komen dari pembaca, menambah minat lagi si penulis untuk terus "berkarya"!