Wednesday, April 8, 2009

Bila dendam membara ....segala dihalalkan


Terkejut bila membaca tulisan wakil rakyat cina islam ini;


" ...Anehnya UMNO mengikut trend PAS dengan berdoa juga diakhir perhimpunan.Cuma bezanya PAS dengan BN adalah Ulama' terkenal dan yang aminkan semuanya insya Allah taat kepada hukum ALLAH. Semuanya sembahyang dan menutup aurat bagi yang muslimatnya.Pelik bin ajaib sebelah BN tukang baca doa pakai topi dan tok jahil. Ahli yang aminkan adalah pelanggar hukum ALLAH ..."


Adakah wakil rakyat Cina Islam ini sudah riak sebegitu rupa dengan sedikit kemenangan yang diberi oleh Allah hingga sanggup mengatakan doa adalah trend PAS, bukan kah doa itu adalah trend Islam? adakah salah seorang muslim memakai topi? yang mengejutkan pula dengan sewenang-wenangnya Cina Islam mengatakan orang UMNO adalah tok jahil dan adalah pelangar hukum Allah.


Teringat kisah di Zaman Nabi dahulu sewaktu beliau berada di Taif Nabi Muhamad pernah dibaling batu hingga berdarah dan pelbagai cercaan dan kecaman yang diterima namun Nabi Muhammad tetap sabar dan tabah menyebarkan dakwah islam, namun nabi Muhamad tidak pernah memaki pun orang tersebut malah sentiasa mendoakan orang tersebut agar diberikan hidayat oleh Allah.


Bebeda dengan Cina islam yang mendakwa mewakili Parti yang memperjuangkan Islam, saya tidak fikir itu cara yang sesuai digunakan untuk berdakwah kepada sesiapa hata kepada orang yang tidak sehaluan dengannya. Adakah Cina Islam sedar Orang UMNO pun mengamalkan ajaran sunnah wal jamaah sama denganya yang berbeda hanya pegangan politik sahaja, seharusnya wakil rakyat tersebut bersyukur kepada Allah kerana orang UMNO pun sudah berdoa sama bukan mencerca dan memaki hamun orang yang tidak sebulu dengannya.


Seharusnya Cina Islam ingat Sabda Nabi, maksudnya;


“diakhir zaman kelak, yang masuk neraka dulu adalah para ulama”.


Nabi Muhammad tentu mempunyai justifikasi yang tinggi untuk bersabda demikian. Antara kemungkinannya adalah mungkin kerana di akhir zaman kelak, orang yang alim dalam bidang agama akan tidak berperanan sebagai ulama yang sebenarnya. Dengan kata lain merekalah yang akan menyesat dan memecahbelahkan ummah.


Ini tidak menjengkelkan jika kita lihat di Indonesia, ulama besar seperti Gus telah hanyut didalam dunia yang diciptakan sendiri apabila sanggup di baptis oleh orang Kristian dan menggalakan pluralisme dikalangan orang islam di Indonesia.


Begitu juga dengan Ali Abdul Raziq di Mesir juga dianggap sesat oleh Ulama Al-Azhar kerana membawa pemikiran yang melampai skop akidah islam.


Seharusnya PAS sebagai gerakan Islam menggunakan pertimbangan yang sesuai dalam meletakkan dirinya sebagai suara dan obor islam. Kegelinciran pelaksanaan akan menyebabkan parti itu hanyut seperti mana yang berlaku keapda pihak2 yang mendakwa mewakili islam sebelum ini.

No comments: