Friday, March 27, 2009

Perokok lebih hina daripada lembu-Nik Aziz



Ini gambar Ehsan anak kawan baik Tok guru iaitu Anwar Ibrahim yang sedang merokok nampaknya anak Anwar lebih hina dari ayahnya yang jadi talibarut Yahudi dan Amerika.



Ini pulak gambar Helmi ahli PKR yang dikatakan ada hubungan dengan kisah pengedaran gambar separa bogel Elizabeth Wong.Tok Guru tak hina Helmi ada hubungan sulit dengan Eli malah Tok Guru bela Elizabeth yang bersekedudukan dengan orang muslim.




Bila Tok Guru mengatakan orang yang merokok lebih hina dari lembu, apa motif tok guru kepada orang PAS tersebut. Saya sebenarnya pun bukanlah seorang perokok malah tidak begitu selesa jika terhidu asap merokok, tetapi soalnya adakah hukum merokok itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Bagaimana pula sikap Tok Guru dalam soal manusia yang lidah bercabang yang ingin membawa pembaharuan dan melakukan gerakan tajdid dengan kaedah yang diacukan oleh tangan-tangan kuasa Amerika. Dalam keadaan sekarang siapa lebih hina perokok atau manusia yang mengaku islam dan mambawa misi Amerika yang lebih hina?


Adakah Tok Guru masih diulit buai oleh sang baju kotak-kotak yang saban hari mempengaruhi minda Tok guru? sedih saya melihat keadaan tok Guru sekarang, sehingga sudah tidak mengenal mana musuhnya dan mana yang harus ditentang.


Sehina-hina lembu dia masih boleh diguna untuk tujuan kebaikkan. Tapi kalau manusia yang lidah bercabang, kerja dia adalah ingin memusnahkan Islam.


baca sini..


KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

No comments: