Tuesday, March 24, 2009

Nizar ingin dikorbankan Hadi Awang


Siapa sangka pergeseran antara Hadi Awang dan Nik Aziz sudah melarat sampai ke Bukit Gantang. Sebelum ini Nik Aziz memaklumkan beliau menolak cadangan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham untuk mencalonkan Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang.Sampai saat ini, tidak diketahui sebab dan musabab kenapa Nik Aziz menolak Nizar dicalonkan sebagai Calon di Bukit Gantang.


Persoalan juga wujud kenapa Hadi Awang menolak pandangan Nik Aziz dalam pemilihan calon, sesudah melakukan tindakan sama apabila berlakunya pilihanraya kecil di Kuala terengganu, pada masa itu Nik Aziz mencdangkan Mat Sabu dan Puak Erdorgan mencadangkan Syed Azman tetapi Hadi Awang memilih Wahid endut sebagai pilihannya.


Adakah ini bermakna Hadi Awang ingin menyanggah kata Nik Aziz bahawa beliau (Nik Aziz) adalah Nakhoda PAS. Atau pun Hadi Awang ingin membunuh kerjaya politik Nizar? sekiranya BN yang menang di Bukit Gantang perkara ini tidak mustahil berlaku...kerana dalam situasi sekarang belum tentui Nizar akan menang di Bukit Gantang.


Timbil persoalan adakah nasib Nizar akan sama seperti dialami oleh calon BN bagi Kuala terengganu yang sesudah kalah pada Pilihanraya Kuala Terengganu pada masa sama hilang jawatan Timbalan Menteri dan Senator.
sama-sama kita nantikan..siapa yang kena titik dalam perang di bukit Gantang ini.


andai PAS yang menang dalam pilihanraya ini bermakna, pembaharuan yang ingin dilakukan oleh BOS baru UMNO iaiatu Najib Razak, masih lagi belum mencukupi untuk memenangi hati rakyat marhean.

No comments: