Wednesday, March 25, 2009

bila UMNO dah kerepot, PAS berkahwin dua

Sungguh kelakar politik Malaysia hari ini, dua parti terbesar dan ahlinya yang majoriti terdiri dari orang Melayu/bumiputra beragama Islam, dilihat mengalami perpecahan dalaman yang serius. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang elit dan lebih suka dikenali dengan Datuk mengalami masalah sindrom sakit tua, dengan segala penyakit datang kepadanya dari masalah barah duit, kanser penyelewengan kuasa, kencing berdarah dan juga pelbagai skandal yang memalukan orang Melayu.




Sementara Parti Islam Malaysia (PAS) yang selesa dengan pangilan Tok Haji pula walaupun umurnya juga sudah melangkaui usia persaraan namun parti ini tidak dihinggapi penyakit, cuma menghadapi masalah kerana hobi Tok Haji PAS ini ialah menpunyai Isteri ramai, disebabkan keadaan itu anak-anaknya bergaduh sesama sendiri ada yang kawan dengan orang Melayu sahaja, ada yang nak kawan dengan Amerika ada yang nak kawan dengan Iran.


Pening kepala Tok Haji PAS nak menjaga karenah anak-anak. Hasrat Tok Haji nak menegakkan Malaysia sebagai negara Islam buat masa ni terpaksa dilupakan, setelah mereka berkahwin dengan dua gadis bukan melayu serentak, sorang gadis adalah dari Amerika suka shoping di Amerika dan yang sorang lagi gadis dari negara China, Tok Haji PAS ni memang baik hati, apa yang diinginkan oleh isteri pertama ia ikuti, dan apa yang diingini oleh Isteri kedua pun ia ikuti.

Isteri pertama suka bisnes dan meminta kepada tok haji PAS ini supaya menyerahkan kawasan perniagaannya kepadanya separuh untuk mereka cuba meneroka kawasan baru yang sebelukm ini hanya Tok guru sahaja membuka bisnesnya, percbaan isteri pertama Tok Guru ni berjaya hingga 31 cawangan kedainya dapat dibuka, disebabkan sayang akan isterinya ini Tok Haji Pas sanggup mengorbankan perniagaannya, pada tahun 2008 Tok Haji PAS hanya cuba membuka kedainya di 66 tempat sahaja dan yang berjaya dibuka hanya 23, yang lain terpaksa akur dengan syarikat pesaing yang dimiliki oleh Datuk UMNO.





Khabarnya disebabkan sayangkan isteri keduanya itu Tok Haji PAS sanggup membina masjid yang punya rekabentuk budaya Cina di Rantau Panjang. Itulah sayangnya Tok Haji kepada isteri keduanya.




No comments: