Sunday, March 29, 2009

Bila tiba Pilihanraya Anwar hilang lagi....


Sepanjang hari, saya cuba mencari Anwar, di Bukit Gantangkah beliau?, di Bukit Selambaukah ia?, atau berada di Batang Ai, dari pagi hingga malam tidak kelihatan berita dia dimana-mana. Blog pembangkang pun seolah mendiamkan aje perkara ini, sebaliknya membuat propaganda melampau dengan mengatakan kehadiran penyokong pembangkang di Taiping mencecah 50 ribu orang dan penyokong BN hanya 700 orang sahaja.

Nampak gayanya samalah dengan Demonstrasi anti PPSMI dan Perasmian Persidangan Dewan Rakyat oleh Yang Dipertuan Agong tempoh hari, batang hidung Anwar sekali lagi tidak kelihatan, rupa-rupanya bila buka di laman blognya, beliau memaklumkan bahawa dirinya teramat sibuk dan terpaksa pergi ke Bahrain, kerana dikatakan terpaksa menghadiri Sidang Tahunan Albaraka Banking Group (Majmuat Al-Barakah Al-Masrafiah) dan mesyuarat lembaga bank tersebut. Wah hebat benar Anwar Ibrahim dengan hanya berkelulusan bidang sastera bukan kepujian pun dapat menghadiri mesyuarat kewangan bank pula dan dibiarkan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP berjuang menentang BN.

Seingat saya pada pilihanraya kecil Kuala Tererengganu tempoh hari juga beliau tidak hadir, dan membiarkan PAS berjuang keseorangan kerana tidak menghantar orang kuatnya pun kesana.

Tak taulah atas kapasiti apa Anwar menghadiri persidangan itu, mungkin Soros dan kawan2 nya di IMF yang menghantarnya ke sana maklumlah dia dan IMF bagai isi dan kuku, dan tidak boleh dipisahkan.

Inilah sifat dan topeng Anwar yang sebenar, dia peduli apa dengan kesusahan orang lain, saat dia memerlukan bantuan orang lain dia akan guna-habis-habisan, saat dia dah tak perlukan dia akan perlekehkan orang tersebut. Anwar hanya tau pergunakan orang sahaja untuk kepentingan dia...inilah kelebihan dan kemahiran dia yang tidak ada pada orang lain.

Jika tidak percaya tanyalah pada geng reformasi dahulu termasuk geng Ezam dan geng bogel yang sanggup bermati-matian membela dia hingga rumah tangga porak peranda. Tatkala penyokong sedang bertungkus lumus membelanya hingga terkeluar pelbagai kotak, dia dengan sopannya menjalin hubungan dengan agensi yang ditaja Amerika dan akhirnya mampu membina mahligai yang berpuluh juta...

Yang sedihnya Tok-Tok lebai PAS yang selalu duk cakap anti Israel, anti yahudi, anti Israel, anti Islam liberal boleh cair lak dan berkawan bukan main akrab dengan Anwar, apa agaknya tangkai yang dipakai Anwar sehingga Tok Lebai PAS pun terpedaya olehnya. Yang sedihnya Tok guru PAS yang bersemutar pun asyik membela dia, walhal sudah jelas Anwar ini ada kaitan dengan Amerika. Aduhai ....

Disebabkan terlalu membenci UMNO sanggup berpakat dengan Anwar semata-mata ingin jatuhkan Kerajaan di pimpin UMNO BN. Kata orang PAS, UMNO jahat seperti Amerika oleh itu nak jatuhkan Amerika PAS kena kawan dengan kuasa lain juga iaitu PKR yang dianggapnya Rusia.

Yang kelakarnya kata-kata itu langsung tidak masuk akal kerana sejarah mencatatkan Rusia-lah antara dalang selain Yahudi yang menyebabkan kerajaan Daulah Islamiyah Uthmaniyah di Turki yang dipimpin Sultan Abdul Hamid jatuh dan tersungkur dan berakhirnya sistem khalifah dalam dunia Islam, dan kita juga tidak lupa Rusia (soviet Union) juga yang menjajah umat islam di Afghanistan sehinga Malaysia pernah memulaukan Sukan Olimpik di negara tersebut pada tahun 1980 tanda bersimpati dengan rakyat Afghanistan.

Adakah PAS tidak sedar bahawa kawan yang dipeluknya sekarang, adalah wakil Amerika di Malaysia, adakah PAS lupa AL-Gore sentiasa tidak melupakan rakan baiknya itu, hingga sanggup membela Anwar di sidang Apec di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu dan melawat Anwar sewaktu Anwar sedang dirawat di Jerman suatu ketika dahulu. Adakah PAS juga tidak sedar didalam Annapolis Summit juga Anwar menyokong dekralasi yang mengiktiraf kerajaan Fatah dan negara Israel.

Nampaknya semua perkara ini para Tok guru terpaksa pejamkan mata dan berpura-pura tidak tau, maklumlah para Tok Guru ini terpaksa bergantung kepada Husam Musa sahaja untuk mendapatkan maklumat, maklumlah Husam saja yang layak dipercayai dan ada berita sahih.

No comments: