Wednesday, December 30, 2009

Produk Membangun Bersama islam : Pemimpin PAS pun ingkari arahan mahkamah syariah


Kisah Bumi di serambi mekah nampaknya semakin menggelikan hati, dahulunya orang PAS lah beria-ia ingin di daulatkan hukum syariah islam, tetapi apabila bekas Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Rosli Alani mengabaikan arahan Mahkamah Syariah agar tidak tinggal bersama disebabkan keraguan perkahwinan beliau yang dipercayai diaturkan sindiket perkahwinan. Sudah tentu ia menimbulkan satu tanda yang pelik dan menghairankan.

Tok Guru dan penceramah PAS seringkali melaungkan mereka berkawan dengan PKR dan DAP sebab ingin berdakwah islam, tetapi isu yang terjadi di depan mata membuktikan pemimpin PAS sendiri belum cukup ilmu islam. Oleh itu bagaimana mereka ingin berdakwah kepada orang DAP dan pendokong islam liberal yang penuh di dalam PKR.

Silap percaturan mungkin PAS yang akan terkedu didakwah oleh golongan islam liberal didalam PKR bagaimana inginkan kuasa dengan mengorbankan prinsip yang dipegang, jika kita mengambil contoh kepada apa yang wujud pada politik dalaman PAS di Kelantan sekarang.
Tuan Ibrahim Tuan Man dalam temubual MStar mengatakan apa yang terjadi kepada Rosli Alani tidak akan menjejaskan PAS kerana ia adalah kes individu, sambil menasihatkan bekas pegawai Khas Husam Musa itu menurut perintah Mahkamah kerana ia melibatkan soal halal dan haram.

Naib Presiden PAS berkata demikian mungkin hanya ingin meredakan kekalutan yang dialami PAS sekarang, tetapi beliau terpaksa menerima hakikat bahawa isu tersebut akan sedikit sebanyak menyebabkan umum akan bertanya mengenai imej PAS sekarang yang sudah jauh berbeza dengan orang PAS dahulu, lebih-lebih lagi sejak berpoligami dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Isu di Kelantan dari satu kes beralih ke satu kes seolah tidak pernah berhenti malah hingga menyebabkan Tok Guru Nik Aziz pun terpalit sama dengan khilaf, apa yang berlaku ini seolah merupakan petunjuk dari Allah supaya PAS Kelantan janganlah takabur sangat dengan selalu memperlekehkan dan mengaibkan pihak lain.

Adalah seeloknya mereka mengenalpasti kenapa Allah menguji mereka dengan perkara seperti ini, sedangkan mereka berada didalam Parti islam dan sering melaungkan slogan membangun bersama islam dan bersama kepimpinan ulama.

Jika kita ingin melihat hasil atau produk sesebuah polisi, dalam tempoh 20 tahun mungkin masa yang sesuai, kalau anak teruna atau dara sudah boleh berkahwin. Dari situ adakah peristiwa yang berlaku di Kelantan hari ini hasil produk slogan PAS sebelum ini?

Dengan kekalutan sosial, sehingga pelbagai isu kekotoran di bandar Kota Bahru adakah ia cerminan Kota Bharu bandaraya islam, ia belum dikira dengan pelbagai kecacatan yang disembunyikan dibawah karpet yang wujud sepanjang Kelantan ditadbir oleh PAS. Semoga pimpinan PAS Kelantan dapat menganalisa kelemahan diri dan jangan hanya menuding jari kepada pihak lawan.

Tuesday, December 29, 2009

Pergolakan PAS Kelantan: Husam, Anwar dan kuasa


Kecohnya politik Kelantan kini dilihat seakan belum reda sepenuhnya apabila pergolakan antara Husam Musa dan keluarga Tok Guru Nik Aziz nampaknya belum nampak ia akan berakhir sepenuhnya, seakan sama dengan musim tengkujuh di Kelantan yang difahamkan belum berakhir dan laut masih bergelora.

Kini dilaporkan Husam cuba memburukan personaliti anak kepada Nik Aziz iaitu ustaz Nik Abduh, Nik Amalina dan juga menantu Arifahmi Abdul Rahman sebagai punca pergolakan politik di Kelantan sekarang.

Sementara Ustaz Nik Abduh dan Nik Amalina masih meletakkan kesalahan kepada Husam Musa atas apa yang berlaku pada kekalutan dalaman Kerajaan Negeri Kelantan.

Tindakan Husam membawa masuk Syed Azidi sebagai orang penting dalam pentadbiran kerajaan negeri di anggap kedua anak Tok Guru itu sebagai satu kesilapan besar yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan yang berimej Islam.

Hari ini dikhabarkan Husam tidak hadir dalam mesyuarat exco negeri dan dikhabarkan beliau sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri, setelah merasakan dirinya tidak berguna lagi kepada PAS Kelantan.

Husam kini dilaporkan mula mengintai kerusi Parlimen yang sesuai untuk ditandingi pada pilihanraya akan datang, dan antara kerusi yang di intai oleh adun Salor tersebut adalah kerusi Parlimen Kubang Kerian dan secara kebetulan Salor terletak dalam parlimen tersebut.

Parlimen Kubang kerian menjadi pilihan kerana dia sedar adalah sukar untuk dirinya diterima oleh PAS kawasan lain kerana permusuhan dalaman PAS Kelantan.

Lantaran itu Kubang Kerian merupakan parlimen paling tepat dan sesuai untuk ditandingi lebih-lebih lagi penyandang sekarang adalah bukan anak jati Kelantan, iaitu Naib Presiden PAS Sallahudin Ayub.

Untuk membolehkan dia bertanding di kerusi tersebut, Husam terpaksa memikirkan cara untuk menghalau Salahudin Ayub dari bertanding di kerusi tersebut pada pilihanraya akan datang.

Dari situ difahamkan isu calon luar yang tercetus sebelum ini di kelantan sehingga Ketua Dewan ulama PAS Kelantan pun bersetuju dan Nik Aziz pun sanggup memikirnya sebenarnya adalah ciptaan Husam Musa dan kumpulannya supaya matlamat dirinya untuk bertanding di kerusi Kubang Kerian tercapai nanti.

Husam juga dikatakan tidak begitu selesa dengan prestasi Sallehudin Ayub yang kini berada dalam keadaan terbaik untuk menjadi pemimpin masa hadapan PAS. Kerana Husam mengagak sekiranya Sallahudin tidak disekat peluangnya untuk menjadi pemimpin PAS pada masa akan datang tergugat dengan kredibiliti dan prestasi yang ditunjukkan Sallahudin.

Husam lansung tidak gentar dengan Mahfuz omar, kalau ada pun sedikit kerisauan beliau ialah kepada Tuan Ibrahim Tuan Man iatu anak saudara Menteri besar sekarang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sesungguhnya Husam seperti mana Khalid Samad sememangnya sudah mengetahui Anwar Ibrahim memang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti liwat dan akan terhumban ke dalam penjara apabila keputusan kes liwat dengan Saiful Bahari mula dibicarakan di Mahkamah nanti.

Oleh itu, Husam dikhabarkan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi pemimpin PAS supaya dia dapat menggantikan Anwar sekirannya Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia pada pilihanraya nanti.

Dari yang demikian Husam akan mencuba habis-habisan untuk meletakkan dirinya pada kedudukan yang terbaik dalam gabungan Pakatan Rakyat walaupun terpaksa mengenepikan Haji Hadi Awang.

Walaupun Nik Aziz semalam cuba menutup isu pergolakkan PAS Kelantan dengan mengumumkan pindaan yang membolehkan orang bukan Melayu beragama islam menjadi Menteri Besar di Kelantan. Sesungguhnya kekalutan di Kelantan langsung tidak akan berhenti dengan semudah memadamkan api yang marak dalam kebakaran.

Arifahmi sehingga harii ini masih dilihat negatif pada rakyat Kelantan, malah Husam dan penyokongnya sehingga sekarang menggerakan jentera memperlekehkan menantu Tok guru tersebut. Kegagalan dan permasalahan projek Bazar Tok Guru dan projek sekolah agama berhampiran rumah Tok Guru di Pulau Melaka juga menjadi tanda tanya masyarakat.

Dengan kes Wan Ismail Jusoh Adun Melor dengan isteri keduanya masih lagi belum selesai dan kewujudan kes baru yang mengemparkan melibatkan bekas pegawai Khas Husam iaitu Dr. Rosli Alani yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan melibatkan perkahwinan sendiket, menjadikan PAS Kelantan kini kian tidak keruan.

Dahulunya isu-isu kroni, dan masalah sebegini begitu sukar didapati dari ahli PAS. Namun semenjak ahli PAS mengenali dan berkawan dengan Anwar Ibrahim kes kes sebegini kian hari kian banyak diperkatakan.

Laman Screw kuat ada mendedahkan sedikit mengenai satu skandal melibatkan seorang pemimpin kanan PAS di peringkat Pusat, dan difahamkan anggota dalaman yang mendedahkan skandal tersebut kepada pihak lawan. Sekiranya benar wujud skandal seperti yang didakwa tersebut, sudah tentu ia merupakan pukulan paling teruk dialami oleh Parti Islam tersebut sepanjang tahaluf siasi PAS dengan PKR dan DAP.

Sunday, December 27, 2009

Anwar kian terdesak untuk kuasai PAS, projek langar Hadi dimulakan


11.30 pagi 27 Disember 09 dilaporkan wujud sekumpulan penyokong yang didakwa ahli PAS diketuai oleh Wan Hilman Wan Abdul Rahim berkumpul dan mendesak Parti Islam Semalaysia (PAS) Selangor keluar dari pakatan tersebut kerana mendakwa sekutu mereka mengabaikan peranan parti tersebut. Himpunan yang diadakan dihdapan pejabat Pesuruhajaya PAS Selangor di Worlwide Business Centre Shah Alam itu mengesahkan, apa yang tersebar di internet 24 jam sebelum peristiwa tersebut.

Persoalannya sekarang siapa yang berada disebalik tabir kumpulan tersebut, PAS melalui harakah daily seperti tersiar dilaman portanya menyatakan UMNO adalah tulang belakang perhimpunan tersebut. Manakala kumpulan bloger2 yang pro UMNO pula mengatakan bahawa kumpulan itu ditaja oleh PKR untuk memburukkan Dato Hassan Ali dan kumpulan Perpaduan di dalam PAS.

Samada benar atau tidak kenyataan kedua belah pihak itu, perhimpunan tersebut telah dilakukan dan hanya media mainstream sahaja yang melaporkan didalam portal berita internet masing-masing seperti BERNAMA DAN MSTAR.

Jurucakap kumpulan tersebut Wan Hilman yang mendakwa merupakan ahli PAS Gombak menegaskan beliau menafikan dakwaan bahawa kononnya kumpulan itu dibiayai oleh Umno atau Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesuatu yang aneh bloger pro UMNO, bloger PKR dan bloger PAS juga lansung tidak menyiarkan peristiwa tersebut. Manakala portal Malaysiakini tidak membuat liputan khas sepertimana peristiwa lain dengan hanya membuat liputan susulan sahaja.

Sesungguhnya apa yang berlaku ini kemungkinan mempunyai signifikasi siapa yang menganjurkan bantahan berkenaan. Lewat petang kejadian difahamkan , Malaysiakini hanya menyiarkan penafian oleh Salehudin bahawa kumpulan yang berhimpu itu ada kaitan dengan PAS.
Sesungguhnya peristiwa ini akan sedikit sebanyak akan menyebabkan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan tenteram. Lebih-lebih lagi bentuk hukuman kepada Hasan Ali dan Khalid Samad masih lagi belum diumumkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini, ekoran pelbagai tuduhan dan pergolakan dalaman pimpinan PAS Selangor baru –baru ini yang menimbukan kontroversi.

Sementara itu, menurut sumber-sumber dalaman PAS, ada menyatakan bahawa Khalid Samad sehingga kini masih berdendam dan memang tidak begitu selesa dengan Hassan Ali yang mengetuai PAS Selangor rentetan pemecatan beliau dari dewan harian PAS Selangor dan pelbagai isu antara mereka berdua sebelum ini.

Jesteru tindakan dari itu khabarnya kumpulan Khalid Samad dikhabarkan akan meneruskan usaha untuk memburukkan Hassan Ali dan juga Ustaz Nasharudin serta Haji Hadi Awang yang dilihat pro kepada Hassan Ali.

Diyakini juga segala gerak kerja Khalid Samad mendapat bantuan dan restu dari Parti PKR pimpinan Anwar Ibrahim, dan banyak pertemuan diatur bagi merealisasikan agenda tersebut.

Blog GAP mendedahkan salah satu pertemuan telah diaturkan di sebuah Hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini, dengan motif untuk memburukkan kumpulan Perpaduan (UG) didalam PAS dan parti UMNO.

Friday, December 25, 2009

Antara skandal Anwar, Tiger Wood dan Bill Clinton : Wujudkah perbezaan?

Agensi berita AFP melaporkan bahwa kecurangan Tiger Woods bukan satu rahsia kepada pemain-pemain golf lain, kata bintang LPGA, Helen Alfredsson semalam, ketika majalah Golf Digest mengumumkan yang ia akan menghentikan kolum tulisan pemenang kejohanan utama sebanyak 14 kali itu.

Alfredsson adalah pemain golf profesional pertama menyatakan ada mendengar cerita mengenai kerenah Woods yang ‘bermain kayu tiga’ terhadap isterinya, Elin Nordegren, lapor akhbar New York Daily News yang memetik wawancaranya di rangkaian televisyen Sweden, TV4.

“Saya terdengar mengenainya semasa kejohanan Terbuka British,” kata Alfredsson.

Tambahnya, Woods kelihatan ‘dingin dan aneh’ di sebalik imej bersih yang dipaparkannya sehinggalah skandal seks jutawan golf itu terdedah empat minggu lalu.

“Di dalam air yang paling tenang, di situlah terdapat ikan yang paling hodoh,” ujarnya.

Woods yang bakal berusia 34 tahun seminggu dari sekarang, menangguhkan karier golfnya untuk menangani masalah peribadi selepas ribut media mendedahkan hubungan sulitnya dengan 14 orang wanita setakat ini.

“Sekiranya dia membayar untuk teman sosial, saya memahaminya. Tiada sesiapa perlu tahu.

“Tetapi dia melakukan kesemuanya dengan teman wanita dan pelbagai lagi,” tegas pemain golf wanita ini.

Alfredsson, 44, juga tertanya-tanya mengapa Woods berkahwin sedangkan dia dilaporkan menggunakan kehamilan Nordegren sebagai alasan tidak dapat berasmara selama setahun sebelum anak pertamanya dilahirkan.

“Apabila dia memberitahu wanita lain tidak dapat berjumpa kerana urusan keluarga, semasa Nordegren melahirkan anak, adakah itu tidak dingin?,” tambah Alfredsson.

Golf Digest yang memaparkan Woods dan Presiden AS, Barack Obama di muka depan majalah itu sebelum skandal seks pemain golf tersebut menjadi kontroversi, menyatakan yang Woods tidak akan menulis sehinggalah dia menyambung kembali karier golfnya.

Kisah Tiger Wood ini seakan sama dengan kisah tokoh selebriti Amerika lain seperti Bill Clinton yang terpaksa menanggung malu dan kehilangan sokongan gara-gara skandal dengan Monica Lewinsky sewaktu memegang tampuk Presiden Amerika Syarikat.

Sebenarnya kisah orang politik atau selebriti terlibat dengan skandal terlampau bukanlah perkara aneh untuk dibincangkan, malah boleh menghinggap sesiapa sahaja tidak kira jawatan dan status.

Di Malaysia skandal yang melibatkan ahli politik juga wujud dari ahli politik biasa hinggalah kepada empunya badan yang berstatus Timbalan Perdana Menteri, jawatan kedua tertinggi dalam hirarki pemerintahan di Malaysia.

Namun yang peliknya skandal seks liwat tabie yang melibatkan Anwar Ibrahim seolah cuba dinafikan oleh pelaku dan penyokongnya demi takut hilangnya sebuah populariti.

Kalau kita bandingkan antara Tiger Wood, Bill Clinton ataupun Anwar Ibrahim status dan imej yang ada pada mereka sebelum skandal terbongkar seakan sama, kerana mereka dilihat manusia yang cukup hebat, mempunyai personaliti yang sempurna dan menjadi kegilaaan pelbagai lapisan masyarakat.

Namun apabila terbongkarnya pelbagai skandal, Tiger Wood dan Bill Clinton nampak gayanya lebih jantan berbanding Anwar kerana mengakui kesalahan, berbanding Anwar yang sehingga kini masih berdolak dalih mengenai kesemua skandal yang menyelimuti dirinya.

Samada penafian Anwar itu hanyalah disebabkan faktor politik hanya dirinya sahaja yang mengetahui, sesunguhnya dunia akan sentiasa memerhatikan reaksi dan lakonan Anwar selepas ini dan mungkin namanya akan tersenarai sebaris dengan apa yang dialami oleh Tiger Wood dan Bill Clinton hanya masa akan menentukan.

Thursday, December 17, 2009

Konvesyen Pakatan Rakyat alami masalah, Anwar bertukar "sesumpah" selamatkan keadaan?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipetik BERNAMA telah menafikan wujud silap faham antara parti pakatan pembangkang berhubung isu pemilihan anggota majlis tempatan.

Sambil menafikan dakwaan bahawa PAS dan DAP tidak bersetuju dengan isu berkenaan, beliau berkata mesyuarat selama tiga jam semalam membincangkan butiran mengenai konvensyen parti pakatan yang akan diadakan di Shah Alam pada hujung minggu ini.

"Tidak betul (untuk menyatakan wujud silap faham antara parti pakatan). Saya tidak tahu bagaimana timbul dakwaan wujud jurang perbezaan pendapat yang besar antara kami.

"Contohnya pada hari ini, kami fokus kepada mukadimah dan isu pemilihan majlis tempatan merupakan perkara uang dibincangkan pada mesyuarat lepas," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal parti pakatan.

"Tetapi anda tahu kedudukan setiap parti, seperti Islam pastinya PAS mempunyai lebih kekuatan manakala pendidikan Cina, DAP pula memiliki kelebihan.

"Jadi, kami akan mencari satu formula supaya ia menjadi satu polisi yang jelas," katanya.

Sebelum ini PAS juga digambarkan telah bersetuju dengan setiap polisi termasuk agama seperti yang dinyatakan kepada media oleh Sallehudin Ayub selepas perbincangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat diadakan, hingga dikatakan akan ada suatu perjanjian keramat baru bagi menganti perjanjian kontrak sosial yang di lakukan oleh pimpinan kerajaan sebelum ini.

Namun menurut beberapa maklumat dalaman mengatakan kata sepakat antara DAP dan PAS tidak seperti digambarkan kerana dikatakan wujud percanggahan besar dalam perbincangan isu tersebut. DAP dikatakan tidak selesa dengan pendirian PAS yang ingin membawa islam sebagai agenda utama.

Manakala PAS dikatakan tidak selesa dengan tindakan DAP yang cuba mengenepikan perlembagaan sedia ada termasuk kedudukkan institusi islam.

Sejauh mana Anwar berjaya meleraikan pertikaian antara kedua parti tersebut kini menjadi perhatian umum kedua parti tersebut. Kerana dikatakan PAS mula mempertikaikan tindakan Anwar yang terlalu memberi ruang kepada DAP hingga sokongan pengundi Melayu di Malaysia mula beralih kembali kepada UMNO dan BN dalam tempoh kebelakangan ini.

Adakah anwar sekali lagi akan bertindak seperti "Sesumpah"seperti yang tertera di satu video ceramahnya di BTN, kita akan dapat mengetahui selepas berlansungnya konvesyen pakatan rakyat hujung minggu ini.

Monday, December 14, 2009

Anwar Atarturk : Melayu Singapura mula tolak PAP, Melayu Malaysia menyokong ?


Sokongan orang Melayu kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura adalah kritikal, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, sewaktu Konvesyen Parti PAP di Singapura baru –baru ini.

Laporan yang dipetik dari akhbar dari seberang tambak itu juga juga menyatakan aras sokongan kaum Melayu kepada Pemerintahan PAP adalah paling kritikal semenjak Negara tersebut berpisah dengan Malaysia pada tahun 1963.

“Anggota Melayu perlu bekerja keras untuk berkhidmat kepada semua rakyat dan membolehkan semua masyarakat maju seiring dengan negara,' gesa Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP kepada kelompok pewakilan Melayu didalam parti tersebut.

Anehnya Melayu di Malaysia pula seakan lansung tidak mengambil iktibar mengapa orang Melayu di Singapura hari ini tidak lagi menyokong seratus peratus parti pemerintah.

Sebelum ini juga dilaporkan orang Melayu di Singapura sebenarnya tiada pilihan untuk memberi sokongan kepada mana-mana pihak lantaran terhadnya demokrasi di negara pulau tersebut, hingga menyebabkan terpaksa memberi undi kepada PAP.

Namun dikhabarkan situasi semasa yang tidak memberi impak yang positif kepada orang Melayu menyebabkan kaum minoriti di negara pulau tersebut semakin tawar hati untuk menyokong parti yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew .

Di Malaysia khususnya di Selangor sebaliknya berlaku apabila di dalam PAS apabila ada wakil rakyat DAP mempertikaikan hak orang islam dan Melayu ada kalangan pimpinan PAS yang Pro Anwar telah mengambil tindakan membela wakil rakyat DAP, sebagaimana tindakan Nga Kor Meng mempertikaikan bilangan masjid di Malaysia dibela oleh Khalid Samad dan Dr. Mariah.

Selain itu gara-gara Hassan Ali tidak ingin tunduk kepada desakan DAP dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor telah menyebabkan pemimpin tersebut tidak popular dikalangan penyokong Pakatan Rakyat samada daripada PAS ataupun PKR.

Akhirnya Hassan Ali terpaksa membuat sesi penjelasan kepada anggota parti apa sebenarnya konflik yang wujud di negeri Selangor. Antara hujah yang dinyatakan oleh Hassan Ali dihadapan penyokong PAS di dalam satu majis di Puchong ialah mempertahankan tindakkannya menyingkirkan Saari Sungib dan Khalid Samad dari Dewan Harian PAS Selangor.

1. Hassan Ali menganggap kedua pemimpin tersebut adalah terlalu liberal
2. Saari Sungib dan Khalid Samad bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka hanya orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor sahaja yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Khalid dan Saari Sungib dilaporkan bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantuan tersebut.Walaupun mengetahui sekolah agama lebih banyak berbanding sekolah cina dan Tamil.
4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Dalam isu ini Khalid Samad dan Saari Sungib dilaporkan bersetuju.
5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang akan dibina di sesuatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (Khalid dan Saari juga bersetuju).
6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Khalid dan Saari tidak bersetuju kerana menggunakan hujah ia merupakan enakmen yang digubal kerajaan UMNO. Hassan berhujah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangkan enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.

Walaupun Hassan mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku, namun diberitakan tindakan Hasan Ali telah menyebabkan ia tidak menjadi popular dikalangan orang Melayu yang Pro Pembangkang.

Adalah ini dengan nyata timbul persoalan apakah naluri sebenar Melayu yang menyokong Anwar dan DAP? kerana tindakan mereka menunjukkan sebenarnya mereka bukanlah ingin mendaulatkan Islam di Malaysia tetapi lebih inginkan kuasa dan melaksanakan agenda peribadi.

Mereka mengetahui DAP sesekali tidak akan membiarkan Islam akan dilaksanakan di Malaysia, malah mereka seringkali mempertikaikan institusi Melayu dan Islam. Pemimpin PAS demi menjaga hati sekutu politik sanggup memejamkan mata apa sahaja hinaan yang dilakukan oleh DAP.

Mungkin mereka belum mengalami pengalaman kehidupan yang dialami oleh Melayu Singapura menyebabkan mereka merasakan apa yang ada hari ini lebih teruk dari impian melangit yang belum pasti dapat menguntungkan umat islam.

Wednesday, December 9, 2009

Selamatkah KB MALL, benarkah wujud penyelewengan?


Polis Kelantan dikatakan telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall beberapa hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Dalam kejadian pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Disini timbul satu persoalan adakah wajar hanya lelaki dan wanita tersebut sahaja ditahan bagi tujuan siasatan. Bagaimana pula dengan pemilik dan pemaju pusat membeli belah tersebut adakah mereka akan terlepas begitu sahaja?

Sebelum ini difahamkan pihak polis sendiri ada mengeluarkan kenyataan bahawa tembok penghadang yang dibina hanya diperbuat dari batu bata sahaja tanpa memasukkan besi keluli.

Jika kematian pelajar india sewaktu perkemahan 1 Malaysia di Perak dijadikan isu nasional, hingga disegerakan siasatan khas kerana didakwa terdapat penyelewengan pembinaan jambatan gantung tersebut, kenapa kematian dua orang Melayu islam di Kelantan hanya senyap dan sunyi sahaja.

Tiadakah mana-mana parti politik atau NGO tampil untuk membela keluarga mangsa mengeluarkan saman kepada pihak pemaju dan pemilik pusat membeli belah tersebut. Kepada pihak parti pembangkang pula kenapa isu ini tidak dijadikan isu untuk membela orang Kelantan yang selalu mengatakan di zalimi oleh pihak lain.

Inilah hipokritnya politik Melayu, sekiranya ada isu membabitkan kesalahan musuh politik mereka, maka akan gegak gempitalah seluruh alam menghemtam dan mewujudkan pelbagai cerita. Namun bila terkena batang hidung sendiri semua senyap dan sepi sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin sudah nasib orang Melayu Kelantan di pergunakan oleh orang politik.
Walaupun dikatakan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu akan mengadakan siasatan berkaitan isu ini sejauh mana ketelusan siasatan akan dilakukan akan dipersoalkan memandangkan MPKB sendiri terlibat mengeluarkan kelulusan pembinaan bangunan tersebut.

Disebabkan ia melibatkan kepentingan keselamatan umum adalah lebih wajar pihak SPRM ataupun pihak berautoriti lain mengambil tindakan kes berkenaan. Sepanjang rekod kewujudan kemalangan di pusat Membeli belah di Malaysia inilah kali permata ia melibatkan kematian disebabkan kelemahan struktur fizikal bangunan.

Kompleks membeli belah KB Mall dikatakan pernah terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia hingga mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh Malaysia dalam majlis anugerah “Retail Development”(kategori kompleks membeli belah) pada 2007 . Namun Pencapaian luar biasa KB Mall hingga mengatasi pusat membeli belah lain ini seolah tidak kena jika kita melihat dari kejadian yang meragut nyawa pengungjung kompleks tersebut.

Tuesday, December 8, 2009

Zaid mula ikut langkah Anwar saman Kadir Jasin: mana hak sivil rakyat Malaysia?


Gara-gara Kadir Jasin mengelarkan dirinya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60-an yang suka mengacau orang lain, Zaid Ibrahim yang sekarang merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR mengambil keputusan untuk menyaman bekas Ketua Pengarang New Sraits Times Press (NSTP) Malaysia tersebut.

"Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan kepada saman Zaid itu.

"Dalam erti kata yang lain, hak sivil kita semua yang mengambil bahagian dalam blog ini menjadi terhad akibat daripada saman itu. Jadi berhati-hatilah," kata Kadir Jasin seperti di petik didalam blognya.

Selain Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim juga melakukan tindakan yang sama apabila ada pihak lain cuba menlontarkan pandangan mengkritiknya, kalau kita lihat saman yang dilakukan Anwar kita dapati sekurang-kurangnya 5 saman yang masih belum dibicarakan termasuk saman kepada bekas sahabat baiknya Nalakarupan dan juga Chandra Muzafar bekas Timbalan Presiden PKR.

Sikap pimpinan PKR yang suka menyaman ini sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang dilaungkan selama ini, mereka seringkali mendakwa akhbar di Malaysia tiada kebebasan dan hak sivil masyarakat untuk bersuara diketepikan.

Namun jika kita ambil contoh tindakan Zaid Ibrahim ini, sememangnya PKR lah yang lebih autokrasi berbanding pimpinan Kerajaan. Tindakan mereka tidak ubah seperti sikap pimpinan DAP Singapura yang suka mengunakan Mahkamah untuk menutup mulut pengkritik musuh politik mereka.

Cuba kita nilai bagaimana tindakan Anwar dan Raja Petra Kamarudin dalam menfitnah pimpinan kerajaan yang tidak disukainya, tidak cukup dengan media tempatan, media antarabangsa pun digunakannya bagi kepentingan politik.

Sikap kepura-puraan Anwar dan PKR ini sebenarnya membuktikan bahawa merekalah pihak yang paling hipokrit dalam memperjuangkan hak masyarakat. Mereka sering mempergunakan rakyat untuk meraih sokongan, namun apabila sudah memperoleh sokongan mereka akan membiarkan kebajikan rakyat, dan sebaliknya mereka menyalahkan pihak Kerajaan Pusat yang menganiaya rakyat bawahan.

Kisah penduduk india di kampung buah pala Pulau Pinang dan nasib ibu tunggal di Kota Damansara adalah secebis kisah kegagalan Anwar dan PKR menepati janji yang dilaungkan. Itu belum dikira kisah masalah kuil di Shah Alam, semuanya masih membelengu dan tergantung tanpa keputusan terbaik seperti dijanjikan.

Dalam soal kes saman yang melibatkan Kadir Jasin dan Zaid Ibahim ini sebenarnya kita boleh lihat siapa yang lebih emosi dan kalut samada Kadir Jasin ataupun Zaid yangg sentiasa bercakap mengenai kebebasan bersuara.

Jika Kadir Jasin hanya mengangap Zaid pengacau dalam UMNO dan kini pengacau dalam PKR, apakah isu sebenannya yang menyebabkan bekas Menteri Kabinet zaman Pak Lah itu terasa hati dan melenting hingga perlu dibawa ke Mahkamah.

Jika diperhatikan tindakan yang diambil oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu adalah bercanggah dengan apa yang ditulis di blognya.

"Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk" , kata Zaid di dalam blognya bagi menjawab tuduhan Kadir Jasin.

Monday, December 7, 2009

Lain di doa Tok Guru, Lain yang pecahh


Gambar dari wenkt

“kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada penyokong PAS di Medan ilmu Kota Bharu dan telah ia disahut dengan sorakan para penyokongnya, Sewaktu program himpunan bagi menyokong kepimpinan Tok Guru diadakan pada pagi Jumaat lalu, selang dua hari berikutnya iaitu semalam secara tiba-tiba bangunan pusat membeli belah terbesar di Kota Bharu iaitu KB Mall pecah dilanggar kereta hingga menyebabkan 2 mangsa terkorban di dalam bangunan pusat membeli belah tersebut.

Menurut siasatan awal pihak berkuasa punca kejadian adalah disebabkan batuan konkrit yang dibina di bahagian parking di tingkat 3 bangunan terbabit tidak kukuh dan tidak mengandungi kerangsa besi dan keluli bagi menguatkan tembok tersebut.

KB Mall merupakan pusat membeli belah yang dibina oleh PKINK dengan kerjasama sektor swasta di Kota Bharu dengan menempatkan 1 Hypermarket , pusat bowling dan kedai jualan. Selain kompleks membeli belah tersebut mengikut perancangan asal akan juga dibina sebuah hotel disebelah kompleks tersebut, namun sehingga kini ia masih belum mampu berjalan di sebabkan beberapa isu hingga dibawa ke mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasar raya.
“Kita akan panggil jabatan berkaitan seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak pengurusan pasaraya KB Mall pada mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya selain akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan pasar raya di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini hari ini.


Datuk Nik Aziz pula ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.
"Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri," katanya yang melawat kawasan kejadian kira-kira setengah jam.

Saturday, December 5, 2009

Anwar Atarturk : Siapa bersandiwara krisis PAS Kelantan?


“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan.TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya. Apakah sandiwara begini hendak PAS jaja buat mereka yang mengundi PAS. PRU 12 mungkin PRU terakhir buat TGNA tetapi yang pasti bukan terakhir buat PAS. Saya bertahan tidak mahu insiden ini menjadi persepsi pada PAS dan Islam.

Tetapi semuanya berakhir disini. Ternyata insan-insan kecil dan kakitangan PMBK tiada bererti buat TGNA berbanding anak beranaknya. Mengapa lagi perlu ada rasa hormat dari insan kecil buat TGNA, parti dan individu yang membelanya?” Kata Syed Azidi didalam blognya, bagi mengulas isu yang membabitkan dirinya dengan menantu Tok Guru Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Dalam saat ini boleh dikatakan Syed Azidi begitu kecewa layanan yang diterimanya susulan pendedahan demi pendedahan melibatkan Ariffahmi dan keluarga Tok Guru Nik Aziz. Sekiranya dahulu ia dipuja oleh sebilangan besar penyokong PAS kerana kelantangannya membela Tok Guru Nik Aziz berkaitan isu kerajaan perpaduan dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang. Kini beliau sedar majoriti penyokong PAS Kelantan telah mengalihkan sokongan kepada keluarga Menteri Besar Kelantan, malah dia dianggap sebagai beban pula kepada PAS Kelantan.

Pertelingkahannya dengan Ariffami telah menyebabkan ia menjadi isu pergaduhan keluarga apabila ustaz Nik Abduh dan Nik Amalina mengeluarkan kenyataan membela Ariffahmi dan menyalahkan Syed Azidi dan Husam Musa sebagai punca kekalutan.

Di Kelantan hari ini, pelbagai pihak telah mula mempertikaikan tindakan Husam Musa membawa masuk Syed Azidi ke dalam PAS Kelantan yang berstatus ahli VIP. Husam yang panas dengan situasi pergelutan antara menantu Tok Guru dan blloger upahannya seolah tersepit antara isu tersebut.

Bagi mencari jalan selamat Husam dikhabarkan mula berbaik dengan Takiyudin Hassan, exco kerajaan tempatan yang sebelum ini difahamkan mempunyai hubungan yang kurang baik dengannya. Malah seakan ingin menunjukkan kehebatannya apabila beliau mengugut ingin meletak jawatan Exco Kerajaan Negeri pada mesyuarat yang diadakan sebelum hari raya Aidiladha lalu.

PAS Kelantan kini seakan sudah boleh menilai apa yang dilakukan oleh Husam ini adalah salah, namun begitu adakah ia bermakna mereka juga sudah memahami bahawa Husam Musa yang seharusnya bertanggungjawab apabila muncul krisis dalaman PAS melibatkan ustaz Nasharudin dan Tok Guru Nik Aziz.

Pada masa itu hampir seluruh negeri Kelantan, poster dan banner dinaikkan dengan menggesa Ustaz Nasharudin meletak jawatan dan masuk ke dalam UMNO kerana mendakwa Timbalan Presiden PAS tersebut inginkan kerajaan perpaduan. Isu tersebut telah menyebabkan perasaan dan hati keluarga Ustaz Nasharudin terguris malu.

Husam Musa yang dilihat penentang utama kerajaan perpaduan kerana wala kepada Anwar Ibrahim, dilihat begitu berdendam dengan ustaz Nasharudin kerana beliau telah ditewaskan dalam pertandingan 3 penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS di Shah Alam yang lalu.

Jadi disini timbul persoalan adakah apa sahaja musibah yang berlaku kepada Husam Musa dan krisis PAS di Kelantan ini adalah hasil doa petunjuk kebenaran yang dipohon oleh Ustaz Nasharudin sebelum ini.

Walaupun isu antara syed Azidi dan bos kepada PMBK .GLC negeri Kelantan kian reda, namun adalah diyakini bahawa isu tersebut akan menyebabkan jurang antara PAS negeri Kelantan akan semakin melebar. Kumpulan Husam Musa diyakini tidak akan membiarkan maruah dirinya jatuh tersemban di kubu sendiri gara-gara dimalukan oleh Arifahmi dan keluarga.


Wednesday, December 2, 2009

Anwar Atarturk : saya ada fakta lawan kes liwat


Hajat Anwar untuk menggugurkan kes liwatnya akhirnya terburai ditengah jalan apabila Hakim Mahkmah Tingi menolak hajat Anwar semalam dan mengumumkan bahawa 25 Januari merupakan tarikh perbicaraan kes liwat Anwar dengan Mohd Saiful Buhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu setelah menolak permohonan Datuk Seri Anwar dengan alasan laporan perubatan dalam kes itu tidak boleh dijadikan asas bagi mahkamah membatalkan pertuduhan.

Beliau sebaliknya memutuskan hanya perbicaraan penuh dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak penembusan pada dubur pengadu kes tersebut, Mohd Saiful, seperti dalam pertuduhan.

Anwar, 62, dikatakan dituduh meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dii antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Sebelum ini Anwar mempergunakan pelbagai taktik untuk memperlengahkan perbicaran kes liwat, antaranya mencari kelemahan prosiding perundangan dan seringkali beliau menyalahkan pasukan pendakwaan.

Namun apabila Sankara Nair memaklumkan pihak beliau akan membuat rayuan keputusan Hakim tersebut, seolah membuktikan bahawa Anwar sebenarnya yang tidak ingin perbicaraan kes liwar tersebut diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Sememangnya Anwar bijak mengkaburi pandangan umum mengenai kes liwat yang bakal dihadapinya ini, Kalau kita perhatikan sekiranya ada perbicaraan di Mahkamah pasukannya akan lantas mecipta isu untuk mengelakkan umum bercakap mengenai kes liwatnya.

Seperti perbicaraan permohonan Anwar semalam, ia muncul sewaktu isu kewajaran kursus BTN masih lagi hangat diperkatakan.

Polemik yang dirancang oleh Anwar ini seakan hampir memerangkap UMNO sendiri apabila ramai pemimpin tertinggi UMNO mengambil kesempatan mengulas sama isu BTN dalam versi yang pelbagai. Walhal hakikatnya ia merupakan taktik Anwar untuk mengalihkan isu liwatnya.

Menjadi persolan kini sebelum perbicaraan pada 25 januari nanti adakah akan ada isu lain yang akan dicetuskan Anwar Ibrahim. Kerana tidak mungkin Anwar dengan begitu mudah masuk ke dalam Mahkamah untuk mendengar Saiful bercerita mengenai bagaimana dia diliwat oleh bekas bosnya itu.

Seperti kata Anwar kepada wartawan, sejurus selepas pengumuman Hakim Mahkamah Tinggi:

“Saya sangat bimbang dengan keputusan ini. Ini kes pertama dalam zaman moden di mana sebuah mahkamah tidak mengendahkan laporan perubatan yang menunjukkan tiada kesan penembusan atau liwat. Saya rasa kami akan berdepan dengan satu pertarungan yang sukar tetapi kami akan berjuang. Kami mempunyai hujah yang kukuh. Kami mempunyai fakta”

Kata-kata Anwar membuktikan bahawa dia tidak akan berdiam diri, taktik memperlekehkan institusi kehakiman akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melepaskan diri dari perbicaraan.

Dan kita percaya seperti yang telah dilakukan sebelum ini, akan ada sesi ceramah umum untuk meyakinkan orang awam bahawa dia telah menjadi mangsa konspirasi pihak kerajaan.

Meletakkan hukuman sebelum perbicaraan adalah strategi Anwar untuk membuat penyokongnya tidak meragui akan peribadi dirinya.

Samada benar atau tidak punggung Saiful pernah ditembus oleh zakar Anwar atau tidak biarlah saksi perbicaraan yang akan memberi penjelasan.

Sebenarnya kehebatan dunia hari ini menyaksikan wujudnya pelbagai produk untuk memberi kepuasan dalam hubungan anal seks, tanpa membawa kesan buruk kepada pelaku hubungan tersebut.

Sesunguhnya dakwaan Anwar bahawa tiada kesan tusukan zakar merupakan bukti Saiful tidak diliwat sebenarnya amat melucukan bagi pengamal hubungan sejenis seperti dipetik di laman gay tempatan. Sesunguhnya pengamal seks songsang ini lebih tahu bagaimana untuk melakukan hubungan anal seks tanpa menyakitkan pasangan masing-masing.

Mungkin Anwar boleh menipu rakyat umum yang lansung tidak memahami bagaimana hubungan sejenis ini dipraktikkan, namun hakikatnya Anwar tidak dapat menipu kelompok yang sama gender dengannya iaitu pengamal homoseksual dan biseksual.

Tuesday, November 24, 2009

apa yang ditakutkan Anwar dengan Umi Hafilda?


Tahun 1997/1998 Ibu kota Kuala Lumpur dan sebahagian besar bandar-bandar utama di Malaysia di seliputi oleh kabus putih disebabkan asap jerebu. Walaupun punca jerebu itu dikaitkan dengan pembakaran berleluasa di Indonesia dan faktor alam membawa jerebu itu ke Malaysia. Namun kita tidak dapat menafikan segala yang berlaku itu adalah perancangan Allah SWT.

Dalam masa yang sama penduduk Lembah Klang pada masa tersebut juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air kerana lantaran krisis air yang berlaku.

Disebabkan itu catuan air seringkali terpaksa dilaksanakan bagi mengatasi ganguan bekalan air, dan banyak urusan terganggu kerana ramai warga lembah klang terganggu kehidupan ekoran masalah tersebut.

Semasa itu, Anwar Ibrahim sedang berada dalam tempoh terbaik untuk menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia. Selepas mendaki dengan begitu mudah jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan menyingkirkan Abdul Ghafar Baba. Impiannya hanya selangkah sahaja untuk menduduki kerusi nombor satu negara, lebih-lebih lagi dia pernah dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri sewaktu Mahathir Mohamed bercuti selama dua bulan.

Namun beliau hanya merancang namun Allah lebih berkuasa, isyarat dari alam dengan kehadiran jerebu dan masalah krisis air seolah memberi pentunjuk bahawa alam tidak ingin melihat Anwar berkuasa di bumi bernama Malaysia.

Pada masa tersebut, secara tiba-tiba Anwar yang ketika itu berada di puncak kuasa, dan menguasai semua jentera media dan pasukan keselamatan kerajaan, akhirnya terpaksa kalah dengan seorang wanita bernama Umi Hafilda.

Disebabkan ingin menyelamatkan maruah diri pada peringkat awal pembongkaran, Anwar Ibrahim yang semasa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah cuba mencemarkan imej Umi Hafilda dengan pelbagai tuduhan.

Hingga ia membentuk persepsi umum bahawa Anwar telah difitnah, dan pendokong Anwar menyamakan Umi Hafilda dengan wanita yang cuba menfitnah Nabi Muhamad didalam kisah sirah Nabawiyah. Begitulah taksubnya golongan ini dengan Anwar Ibrahim. Namun akhirnya bukan keaiban Umi Hafilda yang terbuka tetapi kepalsuan kehidupan Anwar yang terpancar.

Hakikatnya kita perlu akui pencipta seolah mempermudahkan segala pendedahan Umi Hafilda, secara logik dan hukum alam sekiranya kerja yang dilakukan oleh Umi merupakan kerja menfitnah, nescaya beliau akan menerima bahananya. Tetapi sebaliknya jika Anwar yang sebenarnya menfitnah Umi Hafilda dan musuh politiknya yang lain nescaya beliau yang akan menerima hukum alam.

Sesuatu yang ajaib mengapa Anwar dengan kehebatan dan kuasa yang ada begitu takut dengan pendedahan Umi Hafilda suatu waktu dahulu. Tentu ada yang sebenarnya cuba disembunyikan, kerana sehingga hari ini kita dapati media yang pro Anwar masih lagi cuba memburuk-burukan Umi Hafilda, semacam ketakutan yang luar biasa.

Umi Hafilda bukanlah orang politik dia hanya gadis biasa, tetapi keberaniannya cukup luar biasa kerana cuba menongkah arus dengan membongkar siapa Anuar Ibrahim sebenarnya. Walaupun dia mengetahui bahawa Mahathir Mohamed begitu menyangi Anwar pada masa tersebut dan dilatih untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai orang biasa tentu ada terfikir difikiran kita kenapa Umi begitu berani mendedahkan siapa Anwar sebenarnya, dan disokong oleh adik beradiknya dalam satu surat kepada Perdana Menteri.

Azwan Ali didalam blognya ada menyebut “Kami terpisah lebih 9 tahun...For nothing...kerana durjana seorang mahkluk milik Allah Swt...yang sanggup buat apa sahaja..untuk membunuh sebuh keluarga.....nahuzubillah min zalik!!! Kepada seorang makhluk ini...ko tunggu je...balasan perit Allah Swt di akhirat kelak!!! Kerana ko seluruh Melayu dan negara runtuh...” adakah maksud tulisan Azwan itu boleh kita anggap insan itu adalah bernama Anwar Ibrahim? hanya Azwan Ali sahaja yang mengetahui.

Selain itu, Nalakarupan juga seringkali menyatakan hubungan Azmin dan Shamsidar dengan Anwar begitu istimewa dan sukar diperjelaskan kepada umum dalam beberapa kenyataan media.

Apabila Anuar Shaari pada 17 November membuat laporan polis ekoran adanya saham dan asset atas nama Azmin Ali dan Shamsidar yang bernilai jutaan ringgit, seolah mengesahkan apa yang dilakukan oleh Umi Hafilda kira-kira lebih sepuluh tahun lalu ada asasnya yang harus dinilai kembali kepada masyarakat.

Lebih-lebih lagi kita mengetahui Nalakarupan dan Anuar Shaari adalah orang yang berada hampir dengan Anwar Ibrahim. Dan sudah tentu mereka mengetahui banyak cerita-cerita peribadi Anwar Ibrahim sekeluarga. Semoga kita dapat mengimbas kembali selepas ini apa sebennya kisah tahun 1998 yang telah disembunyikan daripada pengethuan umum.

Monday, November 23, 2009

Ariffahmi letak Jawatan CEO PMBK, Tok Guru tiada pilihan


Semenjak tercetus isu berkaitan menantu Menteri Besar Kelantan, yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman ekoran perbalahan dengan Syed Azidi (blogger Kideckfella) bekas Pegawai Perhubungan Korporat (PMBK) yang dipecat. Kota Darul Naim Pusat Pemerintahan negeri Kelantan seakan menjadi medan melepaskan geram dari pelbagai pihak, sehangat kisah pasukan bola Red Wariors di negeri Kelantan.

Dari tingkahlaku Husam Musa yang khabarnya tidak selesa dengan tindakan menyingkirkan orang kanannya di PMBK hingga mengugut meletakkan jawatan Exco Kerajaan negeri hinggalah keputusan pembatalan Musyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz dari mengerjakan ibadah haji di Kota Mekah kerana isu tajaan. Pelbagai cerita mula dibongkar dan singgah dibibit telinga kita ekoran isu tersebut.

Sebelum ini umum diyakini Kerajaan negeri Kelantan bersih dari unsur salahlaku dan penyelewengan. Namun semenjak isu tersebut timbul, Syed Azidi telah mengeluarkan pelbagai hujah seperti yang tertera di laman blognya yang membabitkan ketidaktelusan Ariffahmi dalam mentadbir PMBK, anak syarikat Kerajaan negeri Kelantan.

Antaranya pembabitan pembangunan Bazar Tok Guru yang kini khabarnya tergendala, dan pembinaan Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka yang dikaitkan dengan kontraktor yang sama mendapat tender membina Bazar Tok Guru. Samada kisah ini benar atau hanya perang yang dilancarkan oleh Syed Azidi untuk memburukkan Ariffahmi hanya masa menentukan, kerana secara logik banyak perkara boleh dipersoalkan motif Syed Azidi membongkar perkara tersebut. Turut disentuh ialah adanya usaha untuk menggulingkan kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai PAS hingga melibatkan nama Naib Presiden PAS sekarang Sallehudin Ayub.

Isu Ariffahmi meniti dari bibir ke bibir peminat politik selama dua minggu. Walaupun diperingkat awal seolah diyakini bahawa Ariffahmi tidak akan meletak jawatan tersebut lebih-lebih lagi beliau dikatakan mendapat sokongan dari kumpulan yang tidak sukakan Husam Musa di dalam Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan.

Namun selepas mendapat pandangan dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr. Hatta Ramli, Tuan Guru Nik Aziz difahamkan telah bersetuju meminta menantunya meletakkan jawatan didalam PMBK.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB)," kata Nik Aziz seperti dipetik harakahdaily.net.

Sebelum ini difahamkan Badan Perhubungan PAS Kelantan enggan campur tanggan isu tersebut kerana menyatakan ia bukan masalah PAS Kelantan seperti dinyatakan oleh Setiausaha PAS Kelantan, Zaki Ibrahim.

Tetapi apabila Presiden PAS dan tokoh tertinggi lain sanggup turun memberi nasihat dan pandangan, jelaslah isu tersebut sebenarnya telah menjadi isu besar dikalangan pucuk pimpinan PAS Pusat. Kerana ia diyakini boleh mendatangkan fitnah kepada parti tersebut dan menjatuhkan imej Parti Islam.

Dari sini timbul pertanyaan sejauh mana kebenaran segala tuduhan yang dilemparkan oleh Syed Azidi kepada Ariffahmi. Jika tuduhan tersebut adalah satu pembohongan, maka seharusnya pihak PMBK mengeluarkan penjelasan berkaitan isu terbabit. Sekiranya ia tidak dipedulikan tidak mustahil isu ini akan tidak selesai dengan perletakkan jawatan Ariffahmi sahaja.

Tindakan Pimpinan PAS Pusat menasihati Ariffahmi melepas jawatan seolah membayangkan isu tersebut akan membawa imej buruk kepada PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Satu situasi pelik sebenarnya wujud berkaitan isu ini, kenapa diperingkat awal sewaktu Tok Guru Nik Aziz dibelit dengan isu tajaannya ke Mekah beliau seolah membela menantunya hingga langsung tidak mendesak Ariffahmi meletak jawatan. Adakah sewaktu itu Tok Guru serba salah dalam melontarkan pandangan kerana melibatkan kedua pihak yang disayanginya. Sebaliknya untuk mencari jalan selamat beliau menyalahkan Quraisy Malaysia.

Jika benar wujud Quraisy Malaysia ini siapa orangnya, diharapkan ia bukan sekadar bermadah kata, bermain bahasa untuk menyorokkan kelemahan diri.


Saturday, November 21, 2009

PAS Kelantan bergolak : Anwar harus dipersalahkan?


PAS Kelantan dikatakan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyatakan ia tiada kaitan dengan soal politik.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim seperti dipetik BERNAMA mengatakan parti itu yakin Menteri Besar mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.

"PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di Kota Bharu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.

Khabar angin didalam blog yang mengatakan Abdul Ariffahmi akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri juga dinafikan oleh Mohd Zaki Ibrahim. Pada mesyuarat itu difahamkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Husam Musa tidak dapat hadir dan dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan.

Sementara itu Husam Musa dalam Malaysia Insider mengulas isu dan pergolakan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan isu PBMK, menjelaskan ia adalah kerja untuk menjatuhkan beliau didalam PAS Kelantan.

Syed Azidi mengulas kenyataan Husam menyatakan beliau amat sedih dengan segala apa yang berlaku kepada Husam Musa kerana cuba disabotaj dari dalaman PAS Kelantan.

"Tidak berada didalam Kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan"

"Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya."

Berdasarkan kenyataan Syed Azidi ini adalah jelas Husam dan Syed Azidi masih lagi merupakan teman yang akrab dan saling memerlukan antara satu sama lain, malah Syed Azidi sendiri menyatakan bahawa dirinya akan membela Husam Musa habis-habisan dari disabotaj pimpinan PAS negeri.

Pendedahan Blogger ini sebenarnya mendedahkan bahawa PAS Kelantan memang bermasalah dan wujud tentangan yang amat kuat dari beberapa pimpinan negeri terhadap Husam Musa. Soalnya sekarang siapa yang cuba mensabotaj Husam Musa, adakah ia melibatkan anak Tok Guru Nik Aziz sendiri iaitu ustaz Nik Abduh yang sebelum ini pernah mengatakan ayahnya mendapat nasihat yang salah dari pembantu sesat yang berada di Kota Darul Naim.

Barangkali juga pimpinan yang cuba mengusir Husam ini adalah Takiyudin yang sebelum ini memang diketahui mempunyai hubungan dingin dengan Husam Musa. Sikap Husam yang disifatkan angkuh dalam membawa agenda peribadi dikatakan antara punca tidak disukai oleh pimpinan PAS Kelantan yang lain.

Walau apapun persepsi dan penafian pergolakan didalam Kerajaan negeri Kelantan, sedikit demi sedikit sudah mula wujud kelompangan pada pentadbiran yang dikatakan berteraskan Islam tersebut. Mungkin selepas ini akan lebih banyak benda yang terselak yang selama ini hanya disimpan rapi dibawah karpet di Kota Darul Nain sahaja.

Diharapkan pimpinan PAS menyedari segala punca perkara ini berlaku dan janganlah hanya menuding jari kepada musuh politik UMNO sahaja. Kerana satu fakta yang tidak dapat disangkal kemelut dalaman PAS ini mula wujud dan berlaku semenjak PAS mengadakan tahaluf siasi dengan Anwar Ibrahim dan juga DAP.



Thursday, November 19, 2009

Kisah penyelewengan PMBK tamat : nasib menantu Tok guru ?


Satu persatu kelemahan Kerajaan Negeri Kelantan kini terselak, yang membongkarnya bukan orang UMNO tetapi dari orang yang pernah menumpahkan taat setia kepada Kerajaan yang dipimpin parti Islam tersebut.

Dengan menjadikan slogan Membangun Bersama islam sebagai teras perjuangan, selama ini amat sukar umum untuk mencari salah dan silap didalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, malah UMNO pun gagal menghidu dimana kelemahan dan kelompangan yang ada hingga PAS mampu berkuasa lebih dari 3 penggal di Kelantan dan selesa memimpin kerajaan negeri tanpa gangguan di Persada Kota Darul Naim.

Namun dalam tempoh terdekat ini, suhu politik di Tanah Serendah Sekebun Bunga itu kian panas, selepas Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz memaklumkan bahawa dirinya membatalkan pemergiannya ke Mekah, dengan menyatakan bahawa terdapat Quraiy Malaysia cuba menghalangnya pergi ke Mekah. Situasi ini wujud dan menjadi isu berpunca dari tajaan mengerjakan haji dari pihak yang mendapat kontrak membekalkan papan iklan di Kelantan kepada Menteri Besar tersebut.

Sekarang ini pelbagai pihak sedang mencari siapakah sebenarnya Quraisy Malaysia seperti yang dinyatakan Tok Guru Nik Aziz, adakah ia Syed Azidi (kideckfella) yang telah mencetuskan isu pertelagahannya dengan ArifFahmi (CEO PMBK) , atau Husam yang merupakan tuan punya manusia bernama Syed Azidi. Ada beberapa pandangan mengatakan gelaran itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO, tetapi masalahnya bukan UMNO yang menimbulkan isu tersebut malah sehingga kini UMNO Kelantan hanya menangguk di air keroh sahaja, segala tindakkan UMNO Kelantan masih dilihat tidak mampu untuk mengugat TOK Guru dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Namun kalau dilihat kepada cara penulisan Syed Azidi (kideckfella )dilaman blognya Quraisy Malaysia itu seakan ditujukan kepada menantu Tok Guru sendiri, iaitu Ariffahmi yang juga merupakan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Menurut Syed Azidi tindak tanduk Ariffahmi sebenarnya telah banyak merosakkkan reputasi Menteri Besar Kelantan.

“Sedarkah Tuan Guru bahawa Tuan Guru sudah menandatangani memorandum persefahaman dengan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja di Kota Bharu pada 6 Mac 2008, dua hari sebelum pilihanraya umum 2008.

Antara intipati memondum itu ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan akan membina Bazar Tok Guru di dalam Projek Madinatul Raudhah. Pembinaan Bazar Tok Guru adalah sebagai tanda penghargaan kepada peniaga-peniaga yang setia menyokong kepimpinan Tok Guru. Tok Guru juga berjanji di dalam memorandum tersebut bahawa Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pemaju tidak akan mementingkan keuntungan di dalam projek ini serta para peniaga akan diberi tingkat bawah di dalam Bazar tersebut.

Apabila menantu Tok Guru diberi kuasa, beliau telah merubah semua perjanjian tersebut dan menyerahkan projek itu kepada sebuah syarikat yang telah membina sebuah bazar di Kota Bharu tetapi terpaksa di ‘bail out’ oleh MPKB kerana peniaga enggan berpindah.” Kata Syed Azidi seperti dipetik didalam blognya.

Ekoran itu permasalah tersebut ia telah menyebabkan kelompangan yang besar dari sudut pentadbiran kerajaan negeri. Menurut Syed Azidi lagi punca ia terjadi keraja Arif Fahmi telah melantik syarikat pilihannya untuk membangunkan projek berkenaaan, hinggakan memorandum asal antara kerajaan negeri dengan penjaja telah diketepikan. Satu isu yang menarik lagi menurut Syed Azidi, Ariffahmi telah memilih Syarikat tersebut kerana persetujuan pihak pengurusan syarikat terbabit untuk menderma wang kepada pembinaan sekolah agama milik Tok Guru di Pulau Melaka.

Selain itu Syed Azidi juga mendakwa Ariffahmi juga telah cuba untuk menawarkan rasuah kepada Presiden Persatuan Penjaja bagi tidak memperbesarkan isu pembinaan bazar tersebut.
Disini satu keadaaan yang pelik timbul, adakah tuduhan-tuduhan Syed Azidi tersebut adalah benar atau hanya bersifat dendam sahaja, walaupun beliau berdendam dengan Ariffahmi namun Tok Guru tetap tidak diusiknya. Sekiranya dakwaan ini benar ia akan membawa maksud Menteri Besar Kelantan pun sudah silap membuat perkiraan kerana terlalu percayakan kepada menantunya. Sebelum ini jika ada pihak cuba mempertikai pelantikan Ariffahmi, biasanya kenyataan Tok Guru seolah-oleh cuba meyakinkan umum bahawa Ariffahmi hanya menjadi mangsa fitnah sahaja.

Oleh itu dalam situasi hari ini siapa yang benar, Syed Azidi atau menantu Tok Guru? Walaupun Ariffahmi difahamkan akan terpaksa meletak jawatan demi menjaga nama baik Kerajaan Negeri Kelantan dan Tok Guru sendiri. Dari prinsip moral kita dapati wujud persoalan terhadap pentadbiran yang telus dan integriti seperti dilaung-laungkan pimpinan PAS sebelum ini. Dan hakikatnya bukan UMNO sahaja yang terpalit kepada masalah penyelewengan kuasa tetapi PAS kini pun sudah menghampirinya.

Tuesday, November 17, 2009

Azmin, Shamsidar punya aset lebih 10.5 juta ; kenapa?


Bagai seperti kehendak kepada permintaan Anwar yang mahu dirinya disiasat dan kenyataan Azmin yang mendakwa ingin menyaman Vigneswaran kerana didakwa menfitnah lantaran kecohnya isu aset dan harta yang dimiliki Azmin beberapa hari lepas. Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim dilaporkan telah membuat laporan polis hari ini dan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian saham oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa penama lain.

Antara nama yang dinyatakan selain Azmin ialah Shamsidar Tahrin iaitu isteri kepada Ahli Parlimen Gombak tersebut. Anuar percaya dengan adanya dokumen tersebut ditangan pihak berkuasa, ia akan dinantikan oleh semua pihak termasuk penyokong Anwar dan Wan Azizah sendiri untuk mengetahui fakta sebenar disebalik pembelian saham aset Azmin dan Isterinya Shamsidar Taharin.

"Dan lebih-lebih lagi, Dr. Azizah pun ingin tahu kerana banyak saham-saham tersebut dinamakan atas nama Shamsidar ".
"Dokumen ini bertarikh 1992 hingga 1994 ketika Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar." Jelas Anuar Shaari kepada wartawan yang sejak pagi menunggu kehadiran bekas orang kanan Anwar itu tampil di luar pintu masuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Perdana Kuala Lumpur.

Dokumen-dokumen penting termasuk baucer pembelian saham tersebut dianggarkan mencecah nilai lebih RM2 juta, tidak termasuk aset lain. Sebelum ini Vigneswaran dalam kenyataannya kepada media mendedahkan ada menerima dokumen berkaitan aset Azmin dan Shamsidar bernilai lebih 8.5 juta.

Kemungkinan besar kedua dokumen ini adalah dokumen berasingan kerana Anuar tidak menyatakan dokumen yang berada ditangannya adalah dokumen sama dengan yang berada dengan Vigneswaran. Oleh itu, sekiranya kedua dokumen ini dicampur jumlah aset yang dimiliki Azmin dan Shamsidar, ia kini adalah melebihi 10.5 juta dan ini tidak termasuk aset lain yang belum dinyatakan.

Sebenarnya angka ini adalah cukup amat besar, lebih-lebih lagi kalau kita nilaikan ia semasa di tahun 1992. Dari rentetan itu kita percaya akan lebih banyak lagi kekayaan Azmin akan didedahkan kepada umum selepas ini.

Tahun 1992, umur Azmin masih muda remaja sudah tentu kulit masih bersih dan mulus, tentu agak ajaib bin pelik jika seorang Setiausaha Sulit akan memiliki harta sebanyak itu pada masa tersebut. Situasi yang mengelirukan lagi kenapa Shamsidar juga dianugerahkan dengan begitu banyak pemberian lot-lot saham dan aset tertentu. Ini seharusnya diungkaikan bermula hari ini oleh pihak berkuasa. Sejauh mana sebenarnya aset-aset ini ada hubung kait antara Anwar Ibrahim dengan kedua pasangan suami isteri tersebut.

Walaupun sebelum ini banyak gosip diberikan mengenai hubungan misteri Azmin, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim, namun sehingga sekarang masyarakat masih tertanya-tanya apakah makna sebenar disebalik kemesraan hubungan tersebut. Diharapkan dengan adanya dokumen ini akan membuka jalan kearah mengetahui kisah sebenar yang tersembunyi selama ini.

Sunday, November 15, 2009

Azmin sebagai pegawai khas Anwar dapat 8.5 juta, Shamsidar ...?


Azmin Ali Naib Presiden PKR dilaporkan media hari ini menafikan beliau, isterinya dan adik iparnya Jamal Tahrin membeli saham bernilai RM 8.5 juta seperti yang didakwa oleh Pengerusi Yayasan Belia india Malaysia, S.A Vickneswaran di media sebelum ini.

Menurut Azmin dokumen tesebut dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menjejaskan karier politiknya.
Soalnya sekarang kenapa tanpa merujuk kepada siasatan pihak berkuasa Azmin terus membuat penafian memiliki harta tersebut. Apa sebenarnya yang menggangu fikiran Azmin kini, adakah dirinya sudah mengetahui kandungan sebenar dokumen tersebut walaupun beliau menyatakan belum melihat dokumen seperti didakwa Vikneswaran.

Kalau kita lihat senario semalam sebaik berita itu disiarkan di akhbar Azmin lantas membuat penafian dan disiarkan dilaman blog Anwar Ibrahim dan media internet. Janggal rasanya melihat laman Anwar sendiri sepantas kilat menyiarkan penafian tersebut, seolah-olah mereka mengetahui kandungan dokumen tersebut.Jika kita lihat isu lain sebelum ini sehari selepas kejadian barulah laman Anwar akan mengambil reaksi terhadap isu yang wujud didalam PKR dan PAS. Pelbagai manefestasi boleh diterjemahkan bila ini berlaku.

Seharusnya dalam situasi ini jika benar Azmin merasakan dirinya tidak bersalah beliau seharusnya menyeru bekas ketua pemuda MIC itu menyerahkan ia kepada pihak berkuasa untuk siasatan dari membuat penafian terus kerana ia lebih gentlemen dan punya kredibiliti.

Saham-saham tersebut dikatakan dimiliki oleh Azmin pada sekitar tahun 1992 hingga 1994, jika tuduhan itu betul timbul tandanya bagaimana Azmin, Shamsidar dan adik iparnya memiliki harta tersebut.

Sedangkan jawatan Azmin pada masa tersebut difahamkan hanyalah merupakan pegawai khas kepada Anwar Ibrahim yang semasa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mengikut keadaan pada masa itu logik elaun seorang pegawai khas dipercayai antara linkungan 2,000 hingga 3,000 setiap seorang.

Bagaimana seorang pegawai khas boleh memiliki saham sebesar itu, yang memelikkan lagi kenapa Shamsidar Taharin dan adik iparnya turut memiliki sama. Adakah ini sebenarnya kiasan yang pernah dinyatakan oleh S.Nalakarupan bahawa Azmin dan Shamsidar mempunyai hubungan istimewa dengan Anwar.

Dengan kata lain saham yang didapati Azmin itu adalah merupakan ganjaran hadiah hubungan Anwar Ibrahim dengan kedua pasangan suami isteri pada masa itu. Azmin juga menjelaskan kepada media bahawa beliau sentiasa difitnah oleh musuh politik untuk mengaibkan diri dan keluargannya.

Isu dokumen ini hadir disaat Anwar baru sahaja melancarkan perang kepada Najib dengan mengumumkan pelantikkanya sebagai Penasihat ekonomi negeri Selangor dengan bayaran hanya RM1. Mungkin kehadiran dokumen ini akan menyebabkan Anwar pun seakan gelisah sama kerana dua orang kesayangganya terlibat dengan kes tersebut.

Oleh itu, selepas ini kita mungkin dapat jangkakan Anwar demi membela orang kesayangganya akan memikirkan strategi yang pelbagai untuk menangkis dakwaan tersebut.
Dan kita percaya isu ini mungkin akan lebih panjang selepas ini jika kita mengetahui kenapa Azmin dan Shamsidar memiliki kekayaan yang diluar kemampuan seorang pegawai khas sewaktu itu. Sama-sama kita nantikan kisah ini...

Friday, November 13, 2009

Nik Aziz batal bertolak ke Mekah : Arif Fahmi liabiliti kepada Tok Guru?

Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu Kota Bharu pagi tadi difahamkan Tok Guru Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. Namun begitu tidak dinyatakan secara jelas punca yang menyebabkan ibadah tersebut terpaksa dibatalkan. Cuma mesej yang tersebar Tok guru ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

Soalnya kini siapa yang telah menfitnah Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar kelantan tersebut. Atau adakah tindakan Tok Guru itu diambil bagi melenyapkan kisah pemberian tajaan mengerjakan Haji oleh Syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd yang memperolehi tender memasang Papan Iklan di seluruh negeri Kelantan sebelum ini.


Jika itu alasannya adalah wajar menteri besar Kelantan bertindak begitu kerana ia jelas mempunyai elemen-elemen yang dikaitkan dengan rasuah. Walaupun Tok Guru beranggapan ia hanyalah hadiah namun dalam konteks definisi perbuatan rasuah, ia seharusnya dielakkan oleh Tok guru sebagai teladan kepada ahli PAS dan umat islam lain.

Timbul persoalan kini siapa sebenarnya yang menyebarkan berita tersebut, adakah ia datang dari dalaman PAS sendiri khususnya dikalangan Kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) atau dari kalangan Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang ingin merebut jawatan Menteri Besar. Ini yang bermain difikiran rakyat kelantan sekarang.

Wabau bagaimanapun dalam saat ini, semua percaya punca tercetusnya isu ini adalah rentetan dari pergeleseran menantu Menteri Besar iaitu Arif Fahmi CEO PMBK dengan Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga dikenali sebagai Kickdeffela hingga menyebabkan Blogger tersebut dipecat dari jawatan yang disandang di PBMK.

Dalam senario hari ini, adakah mungkin apa yang berlaku kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dahulu akan dialami sama dengan nasib yang akan diterima Tok Guru Nik Aziz.

Jika sebelum ini Tok Guru Nik Aziz dibelit dakwaan adanya pembantu sesat Tingkat satu pimpinan Anuar Bakri seperti dakwaan anaknya sendiri Ustaz Nik Abduh, kini penangan menantu juga akan menyebabkan Tok Guru mengalami nasib seperti apa yang dialami oleh Pak Lah terhadap apa yang diperkatakan umum terhadap Khairy Jamaludin.

Suatu persoalan menarik juga wujud siapa sebenarnya yang menjadi dalang tercetusnya isu ini, adakah ia benar-benar wujud atau sudah dirancangkan dari peringkat awal lagi oleh pihak yang berkeinginan merebut jawatan no satu di negeri yang baru menerima peruntukkan wang ehsan minyak dari Kerajaan Persekutuan.

Mungkin boleh kita katakan isu ini wujud kerana pertarungan untuk merebut kekayaan negeri Kelantan di PMBK antara Kumpulan Husam diwakili Syed Azidi dan Anuar Bakri dengan Arif Fahmi yang menguasai PMBK.

Umum mengetahui Husam sekarang ini, selepas gagal menempatkan diri dalam pimpinan PAS Pusat cuba sebolah mungkin untuk menguasai kepimpinan kerajaan negeri. Namun beliau menyedari bukan senang jalan tersebut kerana seorang demi seorang pahlawan yang diletakkanya untuk menguasai kekayaan Kelantan kini telah mula dihapuskan dari musuh dalaman PAS Kelantan.

Semua mengetahui Syed Azidi merupakan peminum tegar arak ,condong kepada liberalis dan Pro-Anwar, langkah Husam membawa masuk Syed Azidi ke dalam kerajaan Kelantan dilihat sesetengah pihak sebagai akan membebankan Kerajaan Kelantan dan PAS Kelantan. Namun disebabkan liciknya politik Husam Syed Azidi berjaya diberi jawatan sesuai dendan kelayakkannya.

Namun kini perkara itu sudah berlalu dan Tok Guru buat pertama kalinya terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah walaupun urusan pemergiannya sudah disempurnakan dari awal-awal lagi. Adakah boleh kita katakan ini juga merupakan usaha agar mendesak Tok Guru bersara awal dari menjadi Menteri Besar Kelantan.

Seharusnya Tok Guru menilai kembali adakah ini juga kesan kecil yang akan diterima oleh PAS selepas berdampingan dengan penuh setia dengan Anwar Atarturk. Kerana hari ini gara-gara berdampingan dengan PAS, PAS langsung tidak kelihatan seperti sebuah Parti Islam, sebaliknya penuh dengan pelbagai cerita yang membawa unsur negatif kepada parti.

Dengan melihat cara Syed Azidi berdendam dengan tindakan Arif Fahmi di laman blognya, adalah tidak mungkin kisah di PMBK akan senyap begitu sahaja. Mungkin selepas ini akan ada lagi kisah yang mengemparkan umum yang boleh menyebabkan imej PAS Kelantan semakin pudar dan tercalit dengan kisah yang tidak sepatutnya.

Monday, November 9, 2009

Gagal urus ekonomi Selangor: Khalid Gagap arah yuran KUIS naik

Tanpa disangka secara tiba-tiba yuran pengajian Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) naik mendadak tidak seperti yang digambarkan oleh slogan kerajaan negeri Selangor yang memerintah iaitu “Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”. Hasilnya satu piket diadakan oleh pelajar kolej Universiti itu seperti yang disiarkan Buletin Utama 6 November 2009.

Ekoran itu dilaporkan lebih 2,000 pelajar KUIS yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Sedar mengadakan demontrasi dipekarangan kolej itu.

Jika sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menelan kegagalan mereka melaksanakan sepenuhnya agihan duit RM 1,000.00 seorang kepada seluruh anak Selangor yang berjaya masuk ke Universiti seperti yang dijanjikan dalam pilihanraya. Kini mereka bukan lagi ingin memberi bantuan tetapi makin pula menambah beban kepada anak Selangor dengan kenaikan yuran berlipat kali ganda berbanding sebelum ini.

Agak-agaknya tentu pelajar-pelajar tersebut boleh berjumpa dengan Anwar Ibrahim memandangkan kerap kali Anwar berkunjung ke tempat IPT tersebut selain Unisel untuk membawa mesej umat islam perlu menerima islam ala Amerika.

Sebelum ini melalui Dr. Halimah Exco Kerajaan negeri selalu mendendangkan bahawa mereka akan menjaga kebajikan pelajar di IPT dibawah kerajaan negeri Selangor lebih baik berbanding IPT dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Namun cakap-cakap itu kini hanyalah seperti retorik tidak ubah seperti apa yang Anwar janjikan.

Kini segala pembohongan Anwar dan Pakatan Rakyat akan terdedah dengan dengan sendirinya, dan tidak mustahil akan semakin banyak berita seperti ini akan kita saksikan.

Di masa itu kita tunggu sahaja reaksi Anwar Atartuk, apakah lagi yang cuba dimanipulasinya.

Anwar Atarturk ungkap kata dua kepada ahli PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memberi kata dua kepada pemimpin dan anggotanya — sama ada setia atau keluar daripada parti itu jika tidak mahu mengikut dasar dan keputusan yang ditetapkan oleh Azmin Ali.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersedia untuk menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan ahli-ahli yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan oleh pucuk kepimpinan lebih-lebih lagi yang diarahkan oleh Azmin Ali.


"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk saya dan Azmin Ali atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” kata beliau. Ini dilihat sebagai pendirian tegas dinyatakan Anwar ekoran perkembangan dalam parti itu sejak beberapa bulan lalu, antaranya kemelut diantara Azmin dan Jefry Kitingan dan perselisihan diantara Azmin dan Zaid Ibrahim.


Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam tadi. Dalam ucapannya malam tadi, Anwar menambah, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti. "Beri komitmen dan kerjasama kepada Azmin Ali atau anda akan diliwat seperti Saiful,” kata beliau lagi.


Sumber dari Reformis

Saturday, November 7, 2009

Aziz Bari agen umno ke agen Anwar Atarturk?

Pergolakkan dalaman PAS hari ini semakin panas, ekoran tindakan Dr. Aziz Bari menyamakan Presiden PAS dengan legasi kepimpinan UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi didalam portal Malaysiakini, menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dikakalangan pimpinan PAS terhadap tokoh akademik itu.

Kini sebagai membalas balik kritikan Aziz Bari, Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi membalas hujah dengan mengatakan Aziz Bari adalah agen UMNO untuk memusnahkan PAS. Kata Tantawi seperti dinyatakan didalam blognya :

"Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO"

Hujah Ketua Pemuda PAS ini sebenarnya adalah dangkal kerana secara meluru mengaitkan UMNO dengan Aziz Bari, sedangkan umum mengetahui bagaimana kritikalnya pensyarah undang-undang tersebut kepada UMNO. Malah seringkali Aziz Bari menyokong Nizar Jamaludin dalam krisis perlembagaan dan Menteri Besar di negeri Perak. Dan menyambut baik polisi dan cadangan yang dilontarkan Anwar Ibrahim didalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya kini Tantawi cuba bermain jalan selamat, takut dihemtam penyokong Anwar didalam parti beliau mengaitkan dengan mengkambinghitamkan UMNO, walhal dia sendiri mengetahui siapa disebalik ucapan Aziz Bari. Buktinya dengan kata-kata ini:

"apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya "

Timbul persoalan siapa puak-puak seperti yang dinyatakan oleh Nasarudin Tantawi ini? Adakah Najib ataupun Anwar Ibrahim, kalaulah Najib puak yang dinyatakan Aziz Bari ini sudah tentu hebat benar pimpinan Najib ini kerana mampu menerobos masuk kedalam parti PAS. Namun realitinya amat sukar UMNO untuk masuk ke dalam jemaah PAS, seperti diketahui PAS amat sensitif dengan bau UMNO dan secara logik tidak mungkin dengan begitu mudah aura Najib atau UMNO akan dapat masuk kedalam Jemaah PAS.

Namun kalau Puak-Puak itu adalah jemaah yang wala kepada Anwar Ibrahim adalah tidak mustahil, kerana UIA tempat beradanya Dr. Aziz Bari memang diketahui adalah kubu kuat Anwar Ibrahim. Disamping itu, geng Jemaah IRC/JIM didalam PAS adalah kumpulan yang jelas setia kepada Anwar, melalui Husam, Khalid Samad, Dzulkifli Ahmad, Dr. Hatta dan geng Erdorgannya, kumpulan ini seringkali cuba mengambil alih kepimpinan PAS dari kumpulan yang Pro Ulama.

Sebenarnya Ketua Pemuda PAS ini mengetahui tentang perkara ini, namun takut dilabel anti Anwar dan tidak popular dikalangan penyokong pakatan rakyat, dirinya sanggup bermain silap mata dengan menghalakan punca permasalahan kepada UMNO.


Anwar Atarturk : Mengapa Aziz Bari begitu berkuasa didalam PAS?

Oleh Bashir Hj Ismail
Ahli PAS Kubang Pasu

Seminar Politik Pas Pusat yang akan diadakan pada hari esok Sabtu, 7 November yang menghimpun seluruh kepimpinan parti semua peringkat adalah suatu tindakan pro aktif yang boleh menjadi medan perbincangan strategik parti bagi mengharungi cabaran di masa kini dan akan datang.

Di samping pastinya ia juga sebagai landasan yang terbaik dalam usaha menyatupadukan kepimpinan dan ahli-ahli Pas serta memperkasakan tubuh badan Pas itu sendiri.


Namun disebalik kebaikan penganjuran program tersebut terdapat sedikit kepelikannya, apabila pihak penganjur mengundang orang luar yang telah membuat pengakuan secara terang bahawa dia bukan ‘orang parti’ untuk memberi ucapan maupun wacananya di program tersebut selama 30 minit. Orang yang dimaksudkan membuat pengakuan bahawa bukan ‘orang parti’ tersebut ialah Dr Abddul Aziz Bari.

Dalam kontesk Pas, siapakah Dr Abdul Aziz Baru ini ? Adakah dia seorang individu yang telah diberi tanggungjawab oleh parti ataupun pemimpin-pemimpin Pas tertentu untuk memberi pandangan dan mengkritik pemimpin tertinggi dan pemimpin kanan Pas secara sesuka hati. Kuasa kritikan yang ada kepadanya sehingga memperlekehkan Presiden Pas, di samping mengaitkan kekalahan Pas di Bagan Pinang adalah disebabkan oleh beberapa kepimpinan Pas yang lain.

Walaupun Pas secara prinsipnya mengalu-alukan serta mendukong konsep kebebasan bersuara kepada seluruh manusia termasuklah Dr Aziz Bari, namun apakah tindakan Dr Aziz Bari yang memperlekehkan kepimpinan Pas dengan hanya memberi hujah yang dangkal dan naïf melalui media massa boleh dipandang ringgan oleh ahli Pas yang berfikiran waras dan rasional. Sehinggakan kritikannya tersebut hampir mencetuskan krisis kepimpinan dalam Pas.

Di sini saya cuma nak menimbulkan persoalan kepada pihak penganjur apabila menjemput Dr Aziz Bari datang ke seminar untuk memberi pandangan maupun wacananya. Apapun alasan yang bakal diberikan oleh pihak penganjur, saya tetap mengatakan keterlibatan Dr Aziz di dalam seminar tersebut adalah tidak wajar dan sama sekali tidak diperlukan oleh Pas kerana ia bukan sahaja bukannya ‘orang parti’ tetapi secara jelas ia bersikap negative kepada beberapa kepimpinan Pas termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden Pas.

Perlekehannya ke atas Presiden Pas, saya kira cukup mendukacitakan ahli-ahli Pas kecuali bagi mereka-mereka tertentu yang mungkin mahukan Dr Aziz Bari ataupun pihak luar berbuat begitu kepada Presiden Pas. Ahli Pas yang rasional saya yakin ia amat tersentuh dengan perbuatannya itu.

Oleh itu, saya juga beranggapan bahawa kesediaan pihak penganjur mengundang Dr Aziz Bari adalah suatu kesilapan besar serta berpotensi menimbulkan masalah baru kepada Pas di masa depan.

Perlu diingatkan kepada pihak penganjur bahawa Pas tidak perlu kepada wacana ataupun kritikan dari ‘orang bukan parti’ seperti Dr Aziz Bari terhadap kepimpinannya kerana ahli-ahli Pas sendiri mampu untuk memikir dan menilai kepimpinannya sendiri. Dalam sejarah Pas, belum pernah berlaku ‘orang bukan parti’ begitu berkuasa dalam memberi pandangan dan teguran kepada Pas sehinggakan menyebabkan Mursyidul Am Pas melenting dan hampir- hampir mencetuskan krisis kepimpinan serta perpecahan dalam parti.

Nampaknya, kritikan dan perlekehan terhadap Presiden Pas dan pemimpin kanan Pas lain yang dilakukan oleh Dr Aziz Bari begitu berkuasa sekali sehinggakan ia diajak sama turut serta dalam seminar politik Pas pada Sabtu ini. Mungkinkah seminar politik ini nanti memberi kesempatan kepadanya untuk memperlekehkan pemimpin Pas di depan para peserta yang terdirin kepimpinan Pas dari seluruh negara.

Akhirnya, pihak penganjur sewajarnya membatalkan undangan tersebut, sebaliknya mengundang tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS itu sendiri di dalam memberi pandangan maupun kritikan di atas apa jua isu di dalam seminar politik yang akan diadakan tersebut. Biarlah tokoh dan pemimpin Pas sahaja yang memberi pandangan mereka, barulah pengisian seminar tersebut benar-benar menghasilkan suatu perbincangan dan keputusan yang tulen dan memenuhi matlamat ia diadakan.

Sumber : utaraonline

Mengapa Aziz Bari begitu berkuasa kepada PAS?

Oleh Bashir Hj Ismail
Ahli PAS Kubang Pasu

Seminar Politik Pas Pusat yang akan diadakan pada hari esok Sabtu, 7 November yang menghimpun seluruh kepimpinan parti semua peringkat adalah suatu tindakan pro aktif yang boleh menjadi medan perbincangan strategik parti bagi mengharungi cabaran di masa kini dan akan datang.

Di samping pastinya ia juga sebagai landasan yang terbaik dalam usaha menyatupadukan kepimpinan dan ahli-ahli Pas serta memperkasakan tubuh badan Pas itu sendiri.


Namun disebalik kebaikan penganjuran program tersebut terdapat sedikit kepelikannya, apabila pihak penganjur mengundang orang luar yang telah membuat pengakuan secara terang bahawa dia bukan ‘orang parti’ untuk memberi ucapan maupun wacananya di program tersebut selama 30 minit. Orang yang dimaksudkan membuat pengakuan bahawa bukan ‘orang parti’ tersebut ialah Dr Abddul Aziz Bari.

Dalam kontesk Pas, siapakah Dr Abdul Aziz Baru ini ? Adakah dia seorang individu yang telah diberi tanggungjawab oleh parti ataupun pemimpin-pemimpin Pas tertentu untuk memberi pandangan dan mengkritik pemimpin tertinggi dan pemimpin kanan Pas secara sesuka hati. Kuasa kritikan yang ada kepadanya sehingga memperlekehkan Presiden Pas, di samping mengaitkan kekalahan Pas di Bagan Pinang adalah disebabkan oleh beberapa kepimpinan Pas yang lain.

Walaupun Pas secara prinsipnya mengalu-alukan serta mendukong konsep kebebasan bersuara kepada seluruh manusia termasuklah Dr Aziz Bari, namun apakah tindakan Dr Aziz Bari yang memperlekehkan kepimpinan Pas dengan hanya memberi hujah yang dangkal dan naïf melalui media massa boleh dipandang ringgan oleh ahli Pas yang berfikiran waras dan rasional. Sehinggakan kritikannya tersebut hampir mencetuskan krisis kepimpinan dalam Pas.

Di sini saya cuma nak menimbulkan persoalan kepada pihak penganjur apabila menjemput Dr Aziz Bari datang ke seminar untuk memberi pandangan maupun wacananya. Apapun alasan yang bakal diberikan oleh pihak penganjur, saya tetap mengatakan keterlibatan Dr Aziz di dalam seminar tersebut adalah tidak wajar dan sama sekali tidak diperlukan oleh Pas kerana ia bukan sahaja bukannya ‘orang parti’ tetapi secara jelas ia bersikap negative kepada beberapa kepimpinan Pas termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden Pas.

Perlekehannya ke atas Presiden Pas, saya kira cukup mendukacitakan ahli-ahli Pas kecuali bagi mereka-mereka tertentu yang mungkin mahukan Dr Aziz Bari ataupun pihak luar berbuat begitu kepada Presiden Pas. Ahli Pas yang rasional saya yakin ia amat tersentuh dengan perbuatannya itu.

Oleh itu, saya juga beranggapan bahawa kesediaan pihak penganjur mengundang Dr Aziz Bari adalah suatu kesilapan besar serta berpotensi menimbulkan masalah baru kepada Pas di masa depan.

Perlu diingatkan kepada pihak penganjur bahawa Pas tidak perlu kepada wacana ataupun kritikan dari ‘orang bukan parti’ seperti Dr Aziz Bari terhadap kepimpinannya kerana ahli-ahli Pas sendiri mampu untuk memikir dan menilai kepimpinannya sendiri. Dalam sejarah Pas, belum pernah berlaku ‘orang bukan parti’ begitu berkuasa dalam memberi pandangan dan teguran kepada Pas sehinggakan menyebabkan Mursyidul Am Pas melenting dan hampir- hampir mencetuskan krisis kepimpinan serta perpecahan dalam parti.

Nampaknya, kritikan dan perlekehan terhadap Presiden Pas dan pemimpin kanan Pas lain yang dilakukan oleh Dr Aziz Bari begitu berkuasa sekali sehinggakan ia diajak sama turut serta dalam seminar politik Pas pada Sabtu ini. Mungkinkah seminar politik ini nanti memberi kesempatan kepadanya untuk memperlekehkan pemimpin Pas di depan para peserta yang terdirin kepimpinan Pas dari seluruh negara.

Akhirnya, pihak penganjur sewajarnya membatalkan undangan tersebut, sebaliknya mengundang tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS itu sendiri di dalam memberi pandangan maupun kritikan di atas apa jua isu di dalam seminar politik yang akan diadakan tersebut. Biarlah tokoh dan pemimpin Pas sahaja yang memberi pandangan mereka, barulah pengisian seminar tersebut benar-benar menghasilkan suatu perbincangan dan keputusan yang tulen dan memenuhi matlamat ia diadakan.

utaraonline

Friday, November 6, 2009

Aziz Bari senjata terbaru Anwar Atarturk untuk musnahkan PAS

Konflik dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang kini belum nampak akan reda sepenuhnya sebenarnya tercetus kerana terdapat sesetengah pemimpin dan anggota parti itu sendiri tidak mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Kelompok ini walaupun berada didalam PAS seakan teruja dan inginkan Anwar Ibrahim dilantik mengetuai kerajaan Malaysia sekiranya Pembangkang memerintah Malaysia.

Dengan itu kelompok ini menjadikan kerajaan perpaduan cetusan Haji Hadi Awang sebagai alasan kuat untuk menidakkan kemampuan Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri.

Manakala kumpulan yang menyokong kepimpinan Hadi Awang difahamkan meragui usaha mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri lantaran pelbagai isu yang menyelimuti bekas tokoh penting disebalik penubuhan Foundation For Futeru sebuah yayasan yang dibiayai oleh Amerika di Timur Tengah.

Sebelum ini, wartawan akhbar The Star, Joceline Tan, dalam ruangan Insight menyatakan permasalahan dalam PAS bukan sahaja melibatkan golongan UG, tetapi juga melibatkan isu anti-Anwar dikalangan pendokong PAS.

Menurut analisis itu, golongan tersebut mahukan Presiden PAS, Hadi Awang, dan bukannya Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.

Ini menyebabkan kelompok yang pro kepada Anwar didalam Parti, seperti Husam Musa telah cuba mengaitkan beberapa nama untuk dikambinghitamkan sebagai liabiliti kepada parti. Hasilnya Dr. Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor terpaksa mengadap jawatankuasa disiplin PAS ekoran cuba memperjuangkan polisi PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

Hari ini suara Dr. Aziz Bari seolah suara Muryidul Am dikalangan orang PAS. Apa sahaja saranan pensayarah UIA yang mempunyai ikatan yang erat dengan Anwar dan Husam itu akan disahut oleh penyokong PAS yang pro Anwar.

Kini Aziz Bari cuba menunjukkan belangnya apabila mendesak Presiden PAS Haji Hadi Awang berkorban demi parti dan berundur dari jawatan yang disandang.
Sungguh lucu tindakan Aziz bari ini, dengan mengunakan UG sebagai alasan beliau cuba mempengaruhi pewakilan PAS agar tidak lagi wala kepada Presiden yang dipilih melalui muktamar tempoh hari.

Tindakan Aziz Bari ini menyebabkan timbul persoalan kenapa umum beliau begitu beria-ia menyerang Presiden PAS, walhal beliau bukan ahli parti tersebut hanya sebagai Pensyarah Perundangan di UIA sahaja, dan yang lebih jelek lagi kedududukan Anwar Ibrahim lansung tidak pernah disentuh oleh Aziz Bari.

Walhal semua mengetahui sudah banyak kali Anwar cuba menipu rakyat Malaysia dari janji penubuhan kerajaan 16 September hinggalah cubaan penangguhan kes liwatnya. Pelbagai kes-kes yang menyelubungi Anwar sebelum ini pun Aziz Bari cuba menutupinya. Inilah yang menyebabkan kredibiliti Aziz Bari sebenarnya boleh dipertikai.

Adalah mungkin suara yang dilontarkannya adalah suara dari hati Anwar Ibrahim sebenarnya dan beliau hanya tukang menyampaikanya sahaja. Dengan kedudukkannya yang selalu dikenali sebagai ahli akademik Pro PAS dan PKR mungkin Anwar melihat kata-kata Aziz Bari dapat membentuk pandangan umum dikalangan ahli untuk membuat perubahan didalam parti PAS.Dan ini tidak mustahil dilakukan Anwar kerana beliau sememangnya lebih mampu dari hal tersebut, sedangkan Ustaz Badrul Amin dan dan Ramlan Porigi pun Anwar mampu rosakkanya apatah lagi dengan Aziz Bari yang hanya layak digelar ustaz mee celup sahaja.

Kerana Anwar mengetahui selagi Hadi Awang berada didalam PAS, segala misi yang digaris Anwar belum tentu akan berjaya. Oleh itu pada Anwar, kedudukkan Hadi Awang seharusnya dijatuhkan walau bagaimana kaedah sekalipun.

Sebenarnya senario itu begitu disedari oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Haron Din, sebab itulah menjelang muktamar tempoh hari beliau sempat mengingatkan kepada pewakilan PAS mengenai bahayanya golongan musuh didalam selimut didalam parti. Ingatkan itu pada pewakilan menyebabkan Husam mengalami kekalahan dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden Parti, dan sekaligus menghancurkan pelan Anwar untuk menguasai PAS.

Namun itu sedikitpun tidak mematahkan Anwar untuk menguasai kepimpinan PAS, kini reputasi yang ada pada Aziz Bari pula cuba dipergunakan Anwar untuk meruntuhkan kepimpinan PAS sedia ada yang dilihat tidak sealiran dengan misi Anwar Ibrahim. Dan yang pasti tindakan mainan Anwar dan Dr. Aziz bari ini tidak akan dibiarkan dengan mudah oleh kelompok yang setia dengan Presiden PAS sekarang.