Friday, December 25, 2009

Antara skandal Anwar, Tiger Wood dan Bill Clinton : Wujudkah perbezaan?

Agensi berita AFP melaporkan bahwa kecurangan Tiger Woods bukan satu rahsia kepada pemain-pemain golf lain, kata bintang LPGA, Helen Alfredsson semalam, ketika majalah Golf Digest mengumumkan yang ia akan menghentikan kolum tulisan pemenang kejohanan utama sebanyak 14 kali itu.

Alfredsson adalah pemain golf profesional pertama menyatakan ada mendengar cerita mengenai kerenah Woods yang ‘bermain kayu tiga’ terhadap isterinya, Elin Nordegren, lapor akhbar New York Daily News yang memetik wawancaranya di rangkaian televisyen Sweden, TV4.

“Saya terdengar mengenainya semasa kejohanan Terbuka British,” kata Alfredsson.

Tambahnya, Woods kelihatan ‘dingin dan aneh’ di sebalik imej bersih yang dipaparkannya sehinggalah skandal seks jutawan golf itu terdedah empat minggu lalu.

“Di dalam air yang paling tenang, di situlah terdapat ikan yang paling hodoh,” ujarnya.

Woods yang bakal berusia 34 tahun seminggu dari sekarang, menangguhkan karier golfnya untuk menangani masalah peribadi selepas ribut media mendedahkan hubungan sulitnya dengan 14 orang wanita setakat ini.

“Sekiranya dia membayar untuk teman sosial, saya memahaminya. Tiada sesiapa perlu tahu.

“Tetapi dia melakukan kesemuanya dengan teman wanita dan pelbagai lagi,” tegas pemain golf wanita ini.

Alfredsson, 44, juga tertanya-tanya mengapa Woods berkahwin sedangkan dia dilaporkan menggunakan kehamilan Nordegren sebagai alasan tidak dapat berasmara selama setahun sebelum anak pertamanya dilahirkan.

“Apabila dia memberitahu wanita lain tidak dapat berjumpa kerana urusan keluarga, semasa Nordegren melahirkan anak, adakah itu tidak dingin?,” tambah Alfredsson.

Golf Digest yang memaparkan Woods dan Presiden AS, Barack Obama di muka depan majalah itu sebelum skandal seks pemain golf tersebut menjadi kontroversi, menyatakan yang Woods tidak akan menulis sehinggalah dia menyambung kembali karier golfnya.

Kisah Tiger Wood ini seakan sama dengan kisah tokoh selebriti Amerika lain seperti Bill Clinton yang terpaksa menanggung malu dan kehilangan sokongan gara-gara skandal dengan Monica Lewinsky sewaktu memegang tampuk Presiden Amerika Syarikat.

Sebenarnya kisah orang politik atau selebriti terlibat dengan skandal terlampau bukanlah perkara aneh untuk dibincangkan, malah boleh menghinggap sesiapa sahaja tidak kira jawatan dan status.

Di Malaysia skandal yang melibatkan ahli politik juga wujud dari ahli politik biasa hinggalah kepada empunya badan yang berstatus Timbalan Perdana Menteri, jawatan kedua tertinggi dalam hirarki pemerintahan di Malaysia.

Namun yang peliknya skandal seks liwat tabie yang melibatkan Anwar Ibrahim seolah cuba dinafikan oleh pelaku dan penyokongnya demi takut hilangnya sebuah populariti.

Kalau kita bandingkan antara Tiger Wood, Bill Clinton ataupun Anwar Ibrahim status dan imej yang ada pada mereka sebelum skandal terbongkar seakan sama, kerana mereka dilihat manusia yang cukup hebat, mempunyai personaliti yang sempurna dan menjadi kegilaaan pelbagai lapisan masyarakat.

Namun apabila terbongkarnya pelbagai skandal, Tiger Wood dan Bill Clinton nampak gayanya lebih jantan berbanding Anwar kerana mengakui kesalahan, berbanding Anwar yang sehingga kini masih berdolak dalih mengenai kesemua skandal yang menyelimuti dirinya.

Samada penafian Anwar itu hanyalah disebabkan faktor politik hanya dirinya sahaja yang mengetahui, sesunguhnya dunia akan sentiasa memerhatikan reaksi dan lakonan Anwar selepas ini dan mungkin namanya akan tersenarai sebaris dengan apa yang dialami oleh Tiger Wood dan Bill Clinton hanya masa akan menentukan.

Thursday, December 17, 2009

Konvesyen Pakatan Rakyat alami masalah, Anwar bertukar "sesumpah" selamatkan keadaan?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipetik BERNAMA telah menafikan wujud silap faham antara parti pakatan pembangkang berhubung isu pemilihan anggota majlis tempatan.

Sambil menafikan dakwaan bahawa PAS dan DAP tidak bersetuju dengan isu berkenaan, beliau berkata mesyuarat selama tiga jam semalam membincangkan butiran mengenai konvensyen parti pakatan yang akan diadakan di Shah Alam pada hujung minggu ini.

"Tidak betul (untuk menyatakan wujud silap faham antara parti pakatan). Saya tidak tahu bagaimana timbul dakwaan wujud jurang perbezaan pendapat yang besar antara kami.

"Contohnya pada hari ini, kami fokus kepada mukadimah dan isu pemilihan majlis tempatan merupakan perkara uang dibincangkan pada mesyuarat lepas," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal parti pakatan.

"Tetapi anda tahu kedudukan setiap parti, seperti Islam pastinya PAS mempunyai lebih kekuatan manakala pendidikan Cina, DAP pula memiliki kelebihan.

"Jadi, kami akan mencari satu formula supaya ia menjadi satu polisi yang jelas," katanya.

Sebelum ini PAS juga digambarkan telah bersetuju dengan setiap polisi termasuk agama seperti yang dinyatakan kepada media oleh Sallehudin Ayub selepas perbincangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat diadakan, hingga dikatakan akan ada suatu perjanjian keramat baru bagi menganti perjanjian kontrak sosial yang di lakukan oleh pimpinan kerajaan sebelum ini.

Namun menurut beberapa maklumat dalaman mengatakan kata sepakat antara DAP dan PAS tidak seperti digambarkan kerana dikatakan wujud percanggahan besar dalam perbincangan isu tersebut. DAP dikatakan tidak selesa dengan pendirian PAS yang ingin membawa islam sebagai agenda utama.

Manakala PAS dikatakan tidak selesa dengan tindakan DAP yang cuba mengenepikan perlembagaan sedia ada termasuk kedudukkan institusi islam.

Sejauh mana Anwar berjaya meleraikan pertikaian antara kedua parti tersebut kini menjadi perhatian umum kedua parti tersebut. Kerana dikatakan PAS mula mempertikaikan tindakan Anwar yang terlalu memberi ruang kepada DAP hingga sokongan pengundi Melayu di Malaysia mula beralih kembali kepada UMNO dan BN dalam tempoh kebelakangan ini.

Adakah anwar sekali lagi akan bertindak seperti "Sesumpah"seperti yang tertera di satu video ceramahnya di BTN, kita akan dapat mengetahui selepas berlansungnya konvesyen pakatan rakyat hujung minggu ini.